Jika diperhatikan trend semasa sekarang, harga emas mengalami penurunan.
Sekadar pendapat dari saya.
NILAI emas tidak pernah turun.
HARGA emas sahaja yang turun.
Emas, nilainya kekal tinggi, dulu, kini dan selamanya.
Cuma, emas zaman ini diletak 'price tag'.
Diletak 'harga' yang diwakilkan oleh matawang.
Nilai matawang tersebut bergantung kepada negara ia dicetak.
Sebenarnya, yang naik turun adalah nilai matawang tersebut.
Banyak faktor yang menentukan 'nilai' sesuatu matawang sesebuah negara.
'Pengeluaran' emas dikawal oleh tuhan.
Manakala 'pengeluaran' matawang dikawal oleh manusia di bank pusat sesebuah negara.
Bank pusat tersebut dikawal pula oleh organisasi lain, dan mereka yang terlibat sama ada direct atau indirect.
Satu dunia boleh 'dikawal' dengan satu ciptaan daripada kertas bernama wang.
Apabila 'kuasa' mengawal dunia cuba diambil alih oleh manusia untuk kepentingan pihak tertentu, maka akan wujud ketidakseimbangan.
Seterusnya sikit demi sedikit mengakibatkan barah dalam kehidupan.
Akan banyak 'barah ekonomi' yang bakal berlaku.
Seterusnya membawa kepada 'barah gejala sosial'.
Dan yang paling kritikal menularnya 'barah dalam akidah'.
Mungkin sesekali kita boleh fikirkan, kenapa sesetengah negara mempunyai nilai matawang yang rendah berbanding negara 'kuasa besar dan paksinya'.
Siapa yang menentukannya?
It just pieces of paper. The same paper.
Ada negara yang memerlukan wang dengan harga jutaan hanya untuk membeli barang di kedai.
Memang ada juga negara yang nilai matawangnya agak tinggi atau setanding negara kuasa besar. Kerana adanya faktor dan sumber yang berharga yang ada di negara tersebut, sama ada 'emas hitam' atau pun faktor lain, yang membawa keuntungan dan boleh 'dibeli'.
Dont get me wrong. Saya bukan anti wang. Saya bukan benci wang.
I love money.
'Real money'.
Matawang itu adalah makhluk juga. Ia tidak bersalah.
Ia umpama pisau yang bergantung kepada siapa pemegang utamanya.
Cuma bezanya hirisan-hirisan matawang terlalu halus dan menusuk untuk dilihat lukanya dalam kehidupan seharian.
Kecuali kepada mereka yang tidak membiarkan diri mereka di hiris.
OK, BACK TO MY TRADING
Last week punya, graf untuk gold still downtrend. Penurunan harga dari 14xx kepada 13xx. Anyway, saya tetap dengan disiplin. Kata yang mesti dikotakan, dalam perlaksanaan strategi akaun terlibat. I just buy. I keep on observing and monitoring the trend. Dan open position pada masa yang sesuai untuk mengaut keuntungan. Walau tak besar untung, kita tetap bersyukur. Masa harga tengah rendah sekarang ni lah, masa untuk beli emas.
Kelebihan membeli emas secara online ini adalah kita still boleh dapat untung, walau harga emas menjunam. Kalau beli emas fizikal, memang ambil masa untuk harga tu naik balik, dan dapat untung. Lagipun tak tau bila ia akan naik.
Kalau harga emas tengah jatuh menjunam, is it good news or bad news?
Kalau anda nak beli barang, anda nak beli pada harga rendah atau tinggi?
Sure, anda tahu jawapannya.
Anyway jawapannya terpulang pada matlamat dan strategi tiap orang. Bergantung juga sama ada yang dibeli itu emas fizikal atau trading secara online. Emas bukan untuk mereka yang nak cepat kaya. Ia untuk mereka yang ada perancangan jangka panjang.
Kita boleh buat analisa teknikal dan fundamental, kita boleh buat prediction, tetapi hanya tuhan yang tahu jawapannya untuk masa depan. As long kita mempunyai ilmu, strategi dan disiplin dalam apa jua tindakan, dan risiko yang ingin diambil adalah calculated risk, bukannya risiko main tikam-tikam harapkan nasib.
Kita nak trade & invest, bukan nak berjudi. So, terima apa yang market hidangkan pada kita, tidak kira uptrend atau downtrend.
Sentiasa bersyukur.
Alhamdulillah.