Kebanyakan trader akan melihat carta, melihat pergerakan harga market dengan mata.
Pergerakan market keseluruhan digambarkan di carta.
Tak kira sama ada metratrader, atau platform lain.
Melihat sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian.
Tapi kadang manusia lupa untuk mendengar bagi mencari jawapan
Lupa untuk mendengar bagi membuat keputusan.
Apatah lagi untuk mendengar suatu yang tak punya suara.
Tak semua trader, sudi 'mendengar' market.
Ramai yang suka mendengar suara di dalam kepala otak sendiri sahaja.
Dan 'suara' di carta tak diendahkan.
Ada juga yang suka melawan kata kata dari carta.
Be a good listener.
Not just watching the chart, but listen to it.
Dengar betul betul..apa yang nak disampaikan..
Kalau major trend tengah uptrend..atau downtrend
Kalau price tiba tiba berubah arah
Kalau price kejap naik kejap turun.
Setiap pattern ada mesej penting yang nak disampaikan pada saat itu
Dengar apa jeritan yang carta nak sampaikan.
Dengar apa bisikan yang carta nak sampaikan.
Listen carefully
Sesekali, cuba praktis..
Lihat carta dengan mata..tapi jangan fikir apa apa.
Just watch without thinking
But listen...
p/s
Antara latihan terbaik untuk menjadi good listener adalah dalam solat jemaah.
Dalam solat jemaah kita dilatih untul listen to imam.
Listen kepada tiap bacaan.
Listen kepada tiap pergerakan.
Hanya take action dan follow apabila imam dah habis lafazkan takbir bagi setiap pergerakan
Antara kesilapan yang biasa dilihat dalam masyarakat, ada makmum yang 'bersaing dengan pergerakan imam'
Sepatutnya makmum perlu 'ikut imam'
Maksudnya, imam dah selesai sebut lafaz takbir 'alluhuakbar', dalam setiap takbir dalam solat.. barulah makmum gerak, bukan di pertengahan takbir imam itu, makmum dah mula bertukar posisi.
Apatah lagi yang imam belum takbir dia dah gerak dulu, mendahului..pun ada juga..
Dalam hidup ni kita perlu proaktif dan progresif.
Tapi, untuk wujudkan keharmonian, ada masa dan ketika kita perlu follow.
Good follower, asalkan jangan follow blindly.