Wednesday, 2 September 2015

Tentang Penyertaan dan Pertanyaan





1) Saban hari saya terima email untuk menyertai program ini.

Di sini saya ingin maklumkan secara rasmi, mulai hari ini saya tidak lagi menerima sebarang penyertaan untuk peserta baru. Harap maklum, dan saya sangat hargai sokongan dan kepercayaan anda.


2) Tentang pertanyaan bagi sesuatu program pelaburan/buat duit di internet, saya cadangkan untuk anda menghantar email terus kepada saya, bukan di ruangan komen. Sebelum ni saya ada bincangkan dan komen secara terbuka, tapi adanya pihak-pihak yang kurang senang terutama dari pembuat program yang illegal.
Apapun saya akan terus kongsi idea dan pendapat, di blog atau forum lain, tapi tidak di sini, untuk elakkan gangguan yang tak sepatutnya. Dan saya ingin lebih fokus kepada aktiviti trading.

Terima kasih.