Sorry, lewat update blog miggu ni. Last minute, saudara datang rumah, then anak-anak buah teringin nak pegi berjalan sempena cuti Hari Malaysia ni. Apatah lagi anak buah teringin nak pergi mandi beach (previously saya ada update blog tentang ayahnya yang baru meninggal dunia few months ago). Tengok kat online, semua resort dan penginapan dah full. So, redah je lah pergi jugak, mana tau ada lagi tempat-tempat yang kosong untuk bermalam. Dan alhamdulillah setelah pergi survey beberapa tempat dapat jugak tempat yang selesa. Happy, apabila tengok anak buah happy.
Back to trading..
Minggu lepas melihat penurunan mendadak harga emas. Titik tolak kejatuhan bermula apabila Presiden Syria bersetuju dengan Rusia untuk proses rundingan. It means, serangan ke atas Syria ditangguh untuk seketika, menyebabkan harga emas dan minyak turun berterusan (sebelum tu harga minyak naik, dan Malaysia pun kena tempiasnya). Malam Sabtu hari tu gold baru start naik sikit. Tapi petang hari ni (Isnin), time artikel ni ditulis mula turun balik. Apapun, kita akan terus monitor.
Di sini, AS yang sekian lama telah mejadi polis dunia agak tercabar sebenarnya dengan langkah Rusia, yang juga kuasa besar yang berpengaruh (tapi tak tau jugaklah, kalau ianya juga sebahagian dari skrip drama). Maybe pendekatan yang diambil oleh Obama sangat berbeza dengan gaya Bush, apatah lagi zaman keterbukaan pada hari ini, lebih mencabar kepada semua politician bukan sahaja di AS, malah seluruh dunia. Setiap keputusan dan tindakan akan mejadi tumpuan dan perbincangan dalam media online yang lebih berpengaruh dan mempunyai kredibiliti berbanding media arus perdana yang semakin kurang mendapat kepercayaan.
Selepas itu, tiba-tiba ada pula khabar berlakunya lagi serangan chemical weapon terbaru. Juga khabar-khabar bahawa few month before the gas attack, kemasukan bahan kimia yang terlibat untuk pembuatan senjata tersebut ke Syria meningkat dan dalam kuantiti besar (tetapi ia officially diklasifikasi untuk tujuan pembuatan industri komersial. Yang unofficial, they dont have the figure). Menurutnya ia dibawa masuk dari sebuah negara kuasa besar juga di Eropah sana. Then setiausaha PBB juga memberi kenyataan yang lebih berpihak kepada menyalahkan Presiden Syria, membayangkan keputusan yang boleh dijangka, ke atas siasatan yang masih sedang dijalankan sekarang.
Yang pastiya semua 'ejen-ejen' yang ditugaskan di negara-negara timur tengah sedang bekerja keras sekarang, untuk melakukan segala tugasan mereka bagi memporak perandakan negara-negara di sana, satu persatu. Mungkin memerlukan lagi 'kejutan' terancang sebelum tindakan secara agresif dilancarkan nanti? Yang pastiya, bagi mereka, matlamat akan menghalalkan cara, tidak kira dengan cara apa, by hook or by crook. Kita doakan keamanan di sana.
Krisis di timur tengah salah satu program untuk menarik perhatian dunia. Mereka start and create, then menggunakan krisis di Middle East untuk memberi alasan kepada kenaikan dan kejatuhan harga, tidak kira emas, minyak atau stock market seluruh dunia. Kerana paling mudah untuk memanipulasi emosi dan persepsi manusia, dan mereka tak kisah lagi tentang logik kerana mereka tahu logik selalunya diketepikan dalam pemikiran dan pembuatan keputusan manusia, termasuk trader tidak kira di Wall Street atau di mana sahaja.
Contoh paling mudah, berapa ramai penonton yang menangis melihat filem Ombak Rindu, sedangkan secara logikya mereka tahu 100% itu sekadar lakonan Aaron Aziz dengan Maya Karin. Kita sudah diajar dan di praktiskan, untuk membiar dan merelakan diri kita ditipu. Sejak kecil sampai besar, tak kira Bollywood atau Hollywood. Begitu juga dengan penerimaan berita di seluruh dunia, berapa banyak perubahan harga dan rate yang berlaku kesan dari sesuatu breaking news yang punyai high impact. Apatah lagi, 'berita' mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding movie. Ianya dianggap fakta dan dianggap 100% benar, berbanding movie yang ianya 100% auta. Tengok filem auta pun orang boleh percaya, apatah lagi kalau tengok berita yang bercampur baur atara fakta dan drama, orang lagi akan percaya. So it is easy to manipulate people perception. So, start or create a news or tragedy, and someone can make some gain from it, tidak kira sama ada money or power, or just political opportunity. Tetapi, walau apa jua their reason, yang sebenarnya, akidah adalah salah satu their main concern paling teras. Itu yang mereka nak jatuhkan, tak kira di mana-mana negara.
Kejatuhan harga emas sekarang ini juga merupakan masa yang sesuai untuk membeli emas fizikal, bagi mereka yang terlepas harga rendah pada beberapa bulan lepas. Maybe ia akan ambik masa untuk naik, kerana pergerakan kenaikannya bukan satu garis lurus. Contoh perumpamaan; perjalanan dari JB ke Kangar, perjalanannya bukan melaui highway PLUS yang terus menerus tanpa henti naik ke utara. Ada masa bila sampai Melaka dia akan u-turn balik pergi ke Segamat, then ke Mersing, then naik balik lalu Kuantan. Kat sana maybe stay dulu beberapa minggu. Ianya bukan satu garis lurus. Tetapi untuk long term, ianya merupakan penyimpan kekayaan yang paling baik. Kerana ia akan terus naik.
Harga minyak terus naik.
Peliknya, harga emas turun naik dalam pattern yang sukar dijangka. Manipulasi dalam pasaran emas adalah yang paling dahsyat, and its happening now.
Beli emas sekarang sebelum ianya telambat.
Kita selalu dengar minyak naik, tapi susah kita nak dengar harga minyak turun. Adakah harga minyak yang naik? Atau matawang kertas kita semakin kehilangan nilainya? Semakin tak laku dari tahun ke tahun...
So, adakah perlu kita simpan banyak-banyak, benda yang semakin tak laku?
# Trading tips:
Kurangkan menonton TV (merujuk kepada rancangan kurang membina minda), kerana menonton adalah satu aktiviti yang pasif, we are at the passenger seat, and our emotion are easily being controlled. Kita akan membiarkan emosi kita dikawal oleh benda 4 segi bernama TV itu. Kita boleh ketawa, sedih, suka, geram, marah dan lain-lain. Trading tidak boleh ada emosi. Jika emosi kita takut atau tamak semasa menghadap trading platform di skrin (metatrader, dll), atau tatkala melihat perubahan harga yang mendadak, kita tidak dapat membuat keputusan secara rasional lagi. And it is very dangerous for long term.
# Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Quran: Surah al Hujurat, ayat 6)
( O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.)
TRADING
Alhamdulillah still profit, walau tak tinggi percentage dia. Kena extra berhati-hati lebih sikit di waktu arus kuat supaya tak dibawa arus, asalkan bot tak tenggelam, dan sampai ke tepian.