
Nak share sikit beberapa berita terkini.
Kat negara kita yang tercinta, tak perlu pergi jauh-jauh:
Just sebahagian sahaja.
Yang lepas-lepas macam kenaikan harga petrol, etc... tak dimasukkan la ye, kita ambik yang latest je.
Ini cuma sebahagian kecil. Baru di negara kita, belum kita tengok di luar negara.
Seperti biasa ia akan jadi topik hangat yang diperbincangkan tak kira sama ada di parlimen atau di kedai kopi. Masing-masing akan memberi hujah, dan juga ada yang mengambil kesempatan demi kepentingan politik.
Kerana ia memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Dan yang paling menerima kesan adalah golongan kelas pertengahan. Kerana kebanyakan rakyat terdiri daripada kelas pertengahan. Especially yang makan gaji.
Seperti biasa, yang dihebahkan oleh media adalah 'harga barang' yang naik.
Tidak sekalipun diceritakan, bahawa 'harga nilai matawang kita' yang semakin SUSUT (semakin tiada harga..sekadar cebisan kertas atau polimer yang dicetak menggunakan printer).
Bukan sekadar matawang kita, tetapi semua matawang di seluruh dunia mengalami situasi yang sama.
Kerana semua matawang yang digunakan di seluruh dunia kini mengaplikasikan sistem ekonomi yang sama.
Iyalah, jika di Malaya suatu ketika dulu, sejak dari zaman Portugis hingga ke British, 'mereka' dah bersusah payah datang nak menseragamkan sistem ekonomi seluruh dunia yang mereka inginkan. Agar mudah ditadbir hingga ke era milenium sekarang, dan akan datang.
Begitu juga halnya di negara jiran. Maybe tiap negara tak totally sama, contohnya dulu Indonesia ditadbir Belanda, Filipina ditadbir oleh Sepanyol. Kena pecah-pecahkan, baru lagi best, sebab tiap negara punyai suasana budaya politik yang berbeza. Tetapi, matlamatnya tetap sama.
'Mereka' yang mengawal 'nilai matawang', mereka boleh mengawal dunia atau sesebuah negara. Tak kisahlah siapa yang memerintah sesebuah negara tu, sama ada parti kerajaan atau parti pembangkang, 'mereka' tak kisah sangat, benda tu boleh di adjust.
Dan 'rompakan' tersebut berterusan selama ratusan tahun hingga ke hari ini. Bukan susah nak adjust exchange rate, inflation rate, dan macam-macam lagi terma ekonomi dan kewangan yang lain. Dan dari situ, ada 'pihak' yang dengan mudah mengaut 'kekayaan cara mudah'. Penjajahan dan rompakan zaman moden.
Jadi, adakah kita akan berterusan memberi sepenuh kepercayaan kepada 'helaian-helaian kertas yang diberi nilai oleh mereka?
Dan apabila berlaku kenaikan harga barang, terus menyalahkan barang tersebut. Menyalahkan kerajaan. Menyalahkan pembangkang. Menyalahkan pihak itu. Menyalahkan pihak ini. Menyalahkan pemimpin. Menyalahkan rakyat.. Blame game tersebut berterusan...
Atau, kita yang menentukan sendiri ekonomi sendiri dan tak terkesan atas apa yang terjadi pada 'ekonomi tiruan' mereka.
Keputusan di tangan kita, juga di kepala kita. Bagi mereka yang mahu berfikir...
TRADING.
Alhamdulillah. Terus positive!
Banyak benda nak naik tahun 2014 ni (tak lama lagi).
Agak-agak harga emas pun akan naik juga ke?
Benda-benda lain pun tak boleh tahan, terpaksa dinaikkan....
Kita tengok berapa lama lagi 'mereka' boleh tahan harga emas dari terus naik :)
No comments:
Post a Comment