
Tinggal dua hari lagi kita akan meninggalkan 2013 dan memasuki 2014.
As usual, ramai yang akan nak buat azam baru, bagus.. especially yang berazam kepada lebih baik
Akan ramai juga merasa, "Eh kejapnya...dah nak tahun baru dah..rasa macam baru je celebrate new year hari tu.."
Program yang saya buat ini pun masih diteruskan dengan lancar dan jayanya, dah sembilan bulan dah. Walau tanpa pengalaman sebelum ini, pada mulanya objektif saya nak buat program yang boleh memberi manfaat setakat yang termampu. Nak buat kelas atau kursus tentang trading, saya bukannya otai atau professional trader. Banyak lagi benda saya perlu pelajari. Lagipun, pandangan, pendekatan dan pemahaman trading saya tak sama dengan orang lain. Dan maybe tak semua orang akan setuju dengan kaedah ini.
Anyway, dalam hidup ini, kita tidak perlu mendapatkan approval pihak lain dulu dalam apa juga yang kita nak buat, sekiranya kita yakin benda tu betul. Kalau nak berjaya, tidak perlu minta izin dari orang lain, yang juga masih belum berjaya. Saya suka ambik contoh Wright brothers..kalau mereka nak minta approval dari orang lain terlebih dulu, kapal terbang tak akan tercipta.
Sedikit perkongsian fakta terkini tentang program ini:
Jumlah peserta; Still below 50 orang. Ramai yang tak percaya tentang details ini. Tetapi ianya fakta. Matlamat saya memang TIDAK AKAN AMBIL RAMAI PESERTA. Ini bukan program MLM. Dan saya rasa, kalau akan datang saya tambah lagi pun, saya tak nak ambil ramai, by invitation only. Hampir setiap hari ada email yang request dan berminat untuk menyertai, tetapi maaf banyak-banyak kerana saya ingin fokus kepada trading dan memberi servis yang terbaik. Terima kasih kepada yang menghantar email, i appreciate it. Sampai masanya, insya allah saya akan hantar jemputan nanti.
Peserta; terdiri dari PELBAGAI BANGSA, Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, juga dari negara jiran. Walau blog banyak dalam bahasa Melayu, dan pada awalnya saya mengandaikan ia akan diikuti oleh pembaca Melayu sahaja, tetapi alhamdulillah ianya dapat diterima semua orang tanpa mengira latarbelakang.
Saya akui, trade dengan duit sendiri dan trade dengan duit orang feel dia berbeza. Dari segi psikologinya juga, saya perlu meningkatkan lagi keberhati-hatian dan fokus. Ia juga menjadi komitmen tambahan yang perlu dipenuhi dengan disiplin.
Saya akui, trade dengan duit sendiri dan trade dengan duit orang feel dia berbeza. Dari segi psikologinya juga, saya perlu meningkatkan lagi keberhati-hatian dan fokus. Ia juga menjadi komitmen tambahan yang perlu dipenuhi dengan disiplin.
Saya menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua tidak kira peserta atau bukan. Juga kepada silent reader yang terus mengikuti blog ini. Based dari statistik yang saya check, jumlah pembaca harian terus meningkat dari masa ke semasa.. Walaupun saya tak pernah buat sebarang promosi. Promosi beberapa kali je dulu beberapa bulan lepas di web majalah dot com.
Last sekali, selamat tahun baru 2014.
TRADING
Hujung tahun ni, kebanyakan orang tengah holiday mood dan festival mood. Market pun nak 'berehat' jugak. Kalau 'on' terus, lama-lama panas enjin dia :)
Alhamdulillah, trading terus positif.
No comments:
Post a Comment