Kaya itu tak salah, daripada tak kaya, baik kita pilih jadi kaya..
Walaupun lahir tak kaya, tapi kaya boleh diperoleh dengan dengan usaha + ilmu.
Bergaya itu tak salah, daripada selekeh..baik kita kemas dan bergaya..
Cuma kadang orang kita salah faham dengan maksud bergaya..
Bergaya tak semestinya yang branded or mahal.
Juga tak semestinya berlebih lebihan.
Walau bergaya simple pun masih boleh sedap mata memandang.
Kenapa saya tuliskan isu ini.
Kerana kita semua tahu,
masih ada segelintir yang memegang perumpamaan usang 'biar papa asal bergaya'...
Baru baru ini, saya ada terjumpa seorang kawan lama tak jumpa.
Dia dah ada kereta ..
Cuma dia sanggup menyewa kereta lain,
yang 'nampak mahal sikit' bila nak balik raya ke kampung nanti..
Dan bila tiap kali nak balik kampung, memang dia akan menyewa kereta..
bukan setakat raya je.
Dan kampungnya pun tak jauh sangat pun...dari KL dalam sejam dua je..
Bila saya tanya kenapa nak sewa kereta pulak? Kenapa tak pakai kereta sendiri?
Jawabnya sebab jiran jiran akan memerhati dan bercerita, dan kebiasaan orang orang kat tempat dia memang saling berlawan lawan..termasuklah dalam bab kereta.. Dia pakai kereta 'biasa', jadi bila balik kampung dia akan pastikan kereta yang dibawa dalam kategori 'mahal' sikit la..
Saya pun tak tau nak komen macam mana....
Apapun, memang diakui zaman ni ada lagi yang sanggup ikat perut semata nak pakai smartphone yang mahal, nak pakai handbag mahal, nak pakai baju mahal, nak pakai kereta mahal ... ..
Tak salah kalau nak merasai keselesaan dan kemudahan yang lebih baik sebagaimana orang kaya...
TAPI.. MESTI DIUTAMAKAN TERLEBIH DAHULU UNTUK RAJIN BERUSAHA DAN BERFIKIR seperti orang kaya juga..
Agar kelak tidak kaya pula dengan hutang...
Kita delete peribahasa lama yang tak membina...
Kita kayakan diri kita dulu, lepas tu barulah boleh bergaya.
Biar kaya, lagi bergaya...