Monday, 30 September 2013

Genap 6 Bulan Program Ini Berjalan!



Alhamdulillah, di penghujung September ini, maka genaplah 6 bulan program ini berjalan dengan lancar. Cepat sungguh masa berlalu, dah setengah tahun dah usianya. Walau pada mulanya mendapat terdapat sebilangan kecil  suara-suara yang was-was akan ketelusannya, namun alhamdulillah kini ia semakin mendapat kepercayaan terutama dari semua peserta sedia ada. Saya faham, dan tidak menyalahkan mereka yang kurang yakin, kerana saya sendiri pernah terkena dengan pelbagai jenis program yang bukan-bukan suatu ketika dulu. Jadi, langkah berhati-hati itu adalah satu perkara yang bagus juga.

Kepada yang telah menilai semasak-masaknya dan mengambil tindakan menyertai, terima kasih dan tahniah saya ucapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada peserta paling awal iaitu Cik Siti Nur Aishah dan Encik Roselan. Masa tu planning untuk payment adalah 3 bulan sekali, namun mereka dengan penuh kepercayaan menyertainya. I really appreciate it.

Juga kepada peserta-peserta lain yang menyertai kemudian, terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.  Walau saya tak sebut nama anda, sincerely i appreciate your trust. Jumlah pelaburan, tiada istilah kecil atau besar, tidak kira walau RM 100 atau RM 10,000, semuanya adalah amanah yang saya perlu jaga dengan baik. Bahkan, ada yang terus menambah pelaburan pada setiap bulan. Terima kasih saya ucapkan. Kebanyakan peserta yang join mendapat info dari mulut ke mulut, dari mereka yang dah join. Saya hargainya, sebab dalam program ni tiada sebarang komisyen kalau ajak ahli baru, tak seperti program lain yang perlu sentiasa 'cari orang baru' untuk memastikannya terus hidup. Tetapi, walau tanpa imbuhan kewangan , ia disampaikan dan terus tersebar. Saya pun dah tak iklankan dimana-mana tempat, last sekali masa mula-mula dulu di majalah dot com sahaja, tiada tempat lain.

Kita akan terus maintain program ini dalam bilangan peserta yang optimum, tidak terlalu besar, sebab kalau ramai sangat pun banyak pulak nanti tugas saya, takut tak cukup tangan. Kerana fokus saya adalah untuk trading. Manakala program ini adalah sedikit sumbangan saya untuk membantu mereka yang punyai kesungguhan mencari side income.

PENGUMUMAN:

Last week, tiada trade. Kerana, saya dalam proses membuat pemindahan dana ke broker baru. Uruskan proses withdrawal dan deposit to the new broker.

Ianya dibuat memandangkan jumlah pelaburan peserta yang semakin meningkat. Jadi, setelah setengah tahun program ini berjalan jadi rasaya sudah tiba masanya. Iya, dalam akaun tersebut ianya adalah gabungan modal saya dan juga modal peserta. Tetapi, pegang duit orang dengan pegang duit sendiri, tak sama. Walau amaunnya dalam currency adalah sama, contohnya walau pegang duit RM 100, tapi kalau duit orang tanggungjawabnya lebih besar dan perlu berhati-hati. Actually since few months back nak transfer ke broker baru, tetapi tunggu masa yang sesuai. Untuk bulan September, pergerakan harga emas agak tak menentu, belum betul-betul nampak trend yang dituju. Jadi, trade pun tak banyak sebab perlu extra berhati-hati, so better rasanya saya transfer pada masa ini. Kalau masa tengah uptrend nanti boleh kita fokus on trading dan collect profit banyak-banyak.

Tetapi saya minta maaf sebab lupa nak inform kepada para peserta tentang perpindahan dana ini. Lagipun bulan lepas jadual agak sibuk, macam-macam perkara lain nak diuruskan. Apapun akan datang, any info saya akan inform briefly terlebih dahulu. Tujuan perpindahan ini adalah untuk kebaikan peserta juga, di mana broker yang baru ini adalah lebih strictly regulated, jadi ia bertujuan untuk mengurangkan risiko perkara tak diingini pada masa akan datang. Bukannya broker lama tak bagus, ianya bagus juga, tapi saya sekadar nak ambil langkah-langkah keselamatan tambahan.

PERGERAKAN HARGA EMAS.

Last week, terdapat pergerakan yang turun naik pada awalnya belum jelas halatuju, cuma kemudian nampak juga arahnya semakin mengalami kenaikan. Banyak isu dan news penting yang berlaku melibatkan krisis di Syria, isu dengan JP Morgan, isu US punya debt limit, kenyataan-kenyataan penting dari Federal Reserve berkaitan tapering juga 'government shutdown', juga banyak lagi isu paenting. Semuanya akan memberi impak kepada pergerakan harga emas dunia. (Sama ada ia memberi impak secara langsung, atau mungkin ada orang yang mengambil kesempatan atas breaking news yang berlaku).

Berakhirnya September maka berakhirnya suku ke 3 bagi tahun 2013. Dan bermulanya Oktober maka bermulanya suku terakhir 2013. Ramai yang meramalkan tahun depan harga emas akan terus melonjak, dan starting nya mungkin tak lama lagi... Maybe end of this year. Kita take action NOW, then baru tunggu dan lihat kemudian. Bukan sebaliknya.

Moga kita semua terus suksess. 
Amiin.



Trading Tips:

~Tidak trade (kerana market tak mengizinkan) dan kekal positif adalah lebih baik, daripada bukak trade (walaupun tahu market tak mengizinkan) dan lepas tu negatif.

~Trade adalah aktiviti yang terdiri daripada; buy, sell, ataupun tak buat apa-apa. Tapi biasanya yang last sekali tu paling susah trader nak buat.

Sunday, 22 September 2013

Taming Sari




Berilah apa saja keris atau senjata kepada Hang Tuah, kepahlawanan beliau tetap utuh. 
Tetapi jika keris Taming Sari diberikan kepada beliau, ianya menjadi pelengkap kepada status kepahlawanan yang gemilang.

Namun, jika diberikan Taming Sari kepada orang kebanyakan, belum tentu senjata tersebut akan menonjolkan kehebatan tuannya. Mungkin juga ia bakal melukakan, atau menjadi senjata yang makan tuan.

Konsep yang sama diaplikasikan dalam trading.

Kebanyakan trader baru seringkali mencari senjata yang 'terbagus'.
Seringkali mencari teknik, indikator, EA, sistem, robot, dan formula yang terbaik dan terbagus yang bakal memberikan profit. Ada beribu-ribu teknik dijual dipasaran, yang free, yang dijual, macam-macam ada.

Ianya satu kesilapan besar jika hanya  untuk mencari teknik luaran, sedangkan kekuatan dalaman tidak dicari terlebih dahulu..

Pendekar handal suatu masa dahulu bertapa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun hanya untuk memantapkan jatidiri dan kekuatan dalaman diri. Di penghujung perguruan barulah senjata yang sesuai akan dipilih untuk digunakan. Its not about the weapon, tetapi soal utamanya siapa yang memegang senjata tersebut.

Kesilapan yang berlaku kepada kebanyakan trader baru adalah ingin mencari 'Taming Sari', sedangkan tidak mahu 'bertapa' terlebih dahulu.

Jadi, jangan dicari Taming Sari itu. Biarkan.. Kerana apabila tiba masanya ia akan datang sendiri, atau takdir akan menemukan anda dengannya. Bahkan, mungkin sesuatu yang lebih hebat dari Taming Sari itu. Segalanya mungkin. 

Selami diri, mantapkan kekuatan jiwa dan peribadi. Teruskan pencarian ilmu.

Kerana mungkin tidak semua boleh menjadi Hang Tuah. 
Kerana sesetengah orang lebih layak menjadi Hang Jebat yang punya keberanian dan kekuatan tersendiri.

Dan mungkin tanpa keris pun, masih tetap kekal sebagai pendekar sejati.


TRADING
Selepas pengumuman dari Ben Bernanke pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia), harga emas melonjak naik mendadak. Pasaran saham seluruh dunia juga menerima kesannya. Ianya menerima respons yang bercampur-baur dari para pakar ekonomi seluruh dunia. Ramai juga yang bimbang, dan membayangkan kepada keparahan situasi ekonomi dunia pada saat ini. Pelbagai respons juga, to taper or not to taper..Maybe next month akan berlaku lagi suprise...Kenaikan harga emas itu tak lama Semalam (Jumaat), harga emas menjunam kembali. Kita saksikan 'filem aksi' yang sedang ditayangkan sekarang, banyak adegan yang mencemaskan dan tak diduga, juga few twist dalam skripnya. Tak kira siapa protagonis, siapa pula antagonis, as i said before..jangan biarkan emosi kita dikawal. 


Monday, 16 September 2013

Emas & Minyak: Naik & Turun


Sorry, lewat update blog miggu ni. Last minute, saudara datang rumah, then anak-anak buah teringin nak pegi berjalan sempena cuti Hari Malaysia ni. Apatah lagi anak buah teringin nak pergi mandi beach (previously saya ada update blog tentang ayahnya yang baru meninggal dunia few months ago). Tengok kat online, semua resort dan penginapan dah full. So, redah je lah pergi jugak, mana tau ada lagi tempat-tempat yang kosong untuk bermalam. Dan alhamdulillah setelah pergi survey beberapa tempat dapat jugak tempat yang selesa. Happy, apabila tengok anak buah happy.

Back to trading..

Minggu lepas melihat penurunan mendadak harga emas. Titik tolak kejatuhan bermula apabila Presiden Syria bersetuju dengan Rusia untuk proses rundingan. It means, serangan ke atas Syria ditangguh untuk seketika, menyebabkan harga emas dan minyak turun berterusan (sebelum tu harga minyak naik, dan Malaysia pun kena tempiasnya). Malam Sabtu hari tu gold baru start naik sikit. Tapi petang hari ni (Isnin), time artikel ni ditulis mula turun balik. Apapun, kita akan terus monitor.

Di sini, AS yang sekian lama telah mejadi polis dunia agak tercabar sebenarnya dengan langkah Rusia, yang juga kuasa besar yang berpengaruh (tapi tak tau jugaklah, kalau ianya juga sebahagian dari skrip drama). Maybe pendekatan yang diambil oleh Obama sangat berbeza dengan gaya Bush, apatah lagi zaman keterbukaan pada hari ini, lebih mencabar kepada semua politician bukan sahaja di AS, malah seluruh dunia. Setiap keputusan dan tindakan akan mejadi tumpuan dan perbincangan dalam media online yang lebih berpengaruh dan mempunyai kredibiliti berbanding media arus perdana yang semakin kurang mendapat kepercayaan.

Selepas itu, tiba-tiba ada pula khabar berlakunya lagi serangan chemical weapon terbaru. Juga khabar-khabar bahawa few month before the gas attack, kemasukan bahan kimia yang terlibat untuk pembuatan senjata tersebut ke Syria meningkat dan dalam kuantiti besar (tetapi ia officially diklasifikasi untuk tujuan pembuatan industri komersial. Yang unofficial, they dont have the figure). Menurutnya ia dibawa masuk dari sebuah negara kuasa besar juga di Eropah sana. Then setiausaha PBB juga memberi kenyataan yang lebih berpihak kepada menyalahkan Presiden Syria, membayangkan keputusan yang boleh dijangka, ke atas siasatan yang masih sedang dijalankan sekarang.

Yang pastiya semua 'ejen-ejen' yang ditugaskan di negara-negara timur tengah sedang bekerja keras sekarang, untuk melakukan segala tugasan mereka bagi memporak perandakan negara-negara di sana, satu persatu. Mungkin memerlukan lagi 'kejutan' terancang sebelum tindakan secara agresif dilancarkan nanti? Yang pastiya, bagi mereka, matlamat akan menghalalkan cara, tidak kira dengan cara apa, by hook or by crook. Kita doakan keamanan di sana.

Krisis di timur tengah salah satu program  untuk menarik perhatian dunia. Mereka  start and create, then menggunakan krisis di Middle East untuk memberi alasan kepada kenaikan dan kejatuhan harga, tidak kira emas, minyak atau stock market seluruh dunia. Kerana paling mudah untuk memanipulasi emosi dan persepsi manusia, dan mereka tak kisah lagi tentang logik kerana mereka tahu logik selalunya diketepikan dalam pemikiran dan pembuatan keputusan manusia, termasuk trader tidak kira di Wall Street atau di mana sahaja.

Contoh paling mudah, berapa ramai penonton yang menangis melihat filem Ombak Rindu, sedangkan secara logikya mereka tahu 100% itu sekadar lakonan Aaron Aziz dengan Maya Karin. Kita sudah diajar dan di praktiskan, untuk membiar dan merelakan diri kita ditipu. Sejak kecil sampai besar, tak kira Bollywood atau Hollywood.  Begitu juga dengan penerimaan berita di seluruh dunia, berapa banyak perubahan harga dan rate yang berlaku kesan dari sesuatu breaking news yang punyai high impact. Apatah lagi, 'berita' mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding movie. Ianya dianggap fakta dan dianggap 100% benar, berbanding movie yang ianya 100% auta. Tengok filem auta pun orang boleh percaya, apatah lagi kalau tengok berita yang bercampur baur atara fakta dan drama, orang lagi akan percaya. So it is easy to manipulate people perception. So, start or create a news or tragedy, and someone can make some gain from it, tidak kira sama ada money or power, or just political opportunity.  Tetapi, walau apa jua their reason, yang sebenarnya, akidah adalah salah satu their main concern paling teras. Itu yang mereka nak jatuhkan, tak kira di mana-mana negara.

Kejatuhan harga emas sekarang ini juga merupakan masa yang sesuai untuk membeli emas fizikal, bagi mereka yang terlepas harga rendah pada beberapa bulan lepas. Maybe ia akan ambik masa untuk naik, kerana pergerakan kenaikannya bukan satu garis lurus. Contoh perumpamaan; perjalanan dari JB ke Kangar, perjalanannya bukan melaui highway PLUS yang terus menerus tanpa henti naik ke utara. Ada masa bila sampai Melaka dia akan u-turn balik pergi ke Segamat, then ke Mersing, then naik balik lalu Kuantan. Kat sana maybe stay dulu beberapa minggu.  Ianya bukan satu garis lurus. Tetapi untuk long term, ianya merupakan penyimpan kekayaan yang paling baik. Kerana ia akan terus naik.

Harga minyak terus naik.
Peliknya, harga emas turun naik dalam pattern yang sukar dijangka. Manipulasi dalam pasaran emas adalah yang paling dahsyat, and its happeninnow.

Beli emas sekarang sebelum ianya telambat. 
Kita selalu dengar minyak naik, tapi susah kita nak dengar harga minyak turun. Adakah harga minyak yang naik? Atau matawang kertas kita semakin kehilangan nilainya? Semakin tak laku dari tahun ke tahun...

So, adakah perlu kita simpan banyak-banyak, benda yang semakin tak laku?


# Trading tips:
Kurangkan menonton TV (merujuk kepada rancangan kurang membina minda), kerana menonton adalah satu aktiviti yang pasif, we are at the passenger seat, and our emotion are easily being controlled. Kita akan membiarkan emosi kita dikawal oleh benda 4 segi bernama TV itu. Kita boleh ketawa, sedih, suka, geram, marah dan lain-lain.  Trading tidak boleh ada emosi. Jika emosi kita takut atau tamak semasa menghadap trading platform di skrin (metatrader, dll), atau tatkala melihat perubahan harga yang mendadak, kita tidak dapat membuat keputusan secara rasional lagi. And it is very dangerous for long term.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Quran: Surah al Hujurat, ayat 6)

( O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done.)



TRADING
Alhamdulillah still profit, walau tak tinggi percentage dia. Kena extra berhati-hati lebih sikit di waktu arus kuat supaya tak dibawa arus, asalkan bot tak tenggelam, dan sampai ke tepian.


Monday, 9 September 2013

Rahsia Dapakan Rezeki Tak disangka-sangka




Kat mana-mana kedai atau rumah selalu kita nampak ayat 1000 dinar tergantung di dinding. Ayat tersebut mengingatkan kepada pembacanya tentang konsep rezeki, dan siapa yang berkuasa mutlak dalam pemberian rezeki.

Tetapi, jika sekadar digantung dan dibaca tidak cukup. Perlu juga untuk dihayati maknanya, dan paling penting USAHA DAN TIDAKAN dalam urusan harian.

Di sini saya nak kongsi sikit antara rahsia nak dapatkan rezeki yang tak disangka-sangka. Agar rezeki itu datang. 

Ok. bagaimana nak dapatkan rezeki tak disangka-sangka dalam hidup seharian?

RAHSIANYA DENGAN MEMBERIKAN KEBAIKAN, PERTOLONGAN ATAU REZEKI KEPADA PIHAK LAIN, TANPA DISANGKA-SANGKA OLEH PIHAK LAIN TERSEBUT.

Banyak boleh dilakukan, bergantung kepada kedudukan kewangan kita dan kemampuan kita. besar atau kecil bukan ukuran, kerana yang lebih penting besarnya keikhlasan hati dalam melaksanakannya.

Antara contoh paling mudah; 

1-Andai usahakan kedai makan. Maybe sesekali boleh bagi rezeki tak disangka-sangka kepada pelanggan, contohnya air minuman free. Atau boleh juga boleh masak lebih sikit dan sedekahkan kepada gelandangan di kotaraya, yang mungkin tak cukup makan. Satu kenikmatan bagi mereka yang dalam kelaparan, tiba-tiba menerima makanan dari seorang stranger.

2-Andai di area perumahan kita tu ada seorang makcik yang jual kuih, dan makcik tu memang berusaha gigih megusahakan perniagaan kecilnya, selain kuih yang sedap Why not kita inform seminggu lebih awal, cakap kita nak order kuih dalam amaun yang besar pada hari Jumaat minggu depan. Pada hari Jumaat kuih tersebut kita agih-agihkan kepada beberapa masjid berhampiran tatkala solat Jumaat. Ianya satu rezeki kepada makcik kuih tersebut, memberi sokongan kepada bisnes sarahidupnya, pada masa sama memberi rezeki kepada jemaah yang hadir pada solat Jumaat, memberi makan kepada mereka yang lapar, satu perbuatan mulia.

3-Kita nak masuk kedai 7 Eleven, ada nampak kucing yang nampak kelaparan di kaki lima. Elok jika beli sekali Friskies packet dalam 7E tu, dan sebelum kita beredar, bagi kucing itu makan. Kebaikan perlu dibuat kepada siapa sahaja, manusia, binatang dan juga alam. Juga jangan mengira bangsa, agama  atau pangkat.

4-Nampak ada orang tengah tukar tayar kereta yang bocor atau kereta rosak kat tepi jalan. Elok jika beri pertolongan.

Di atas cuma antara contoh mudah, dan terlalu banyak lagi amalan yang kita boleh lakukan bergantung kepada kemampuan kita pada masa itu. Yang penting juga kita terus usaha TINGKATKAN KEMAMPUAN KITA, berterusan, to give more, dan elakkan sikap 'cukuplah dengan apa yang dah ada'

Anyway keyword dalam setiap amalan adalah IKHLAS, sepenuh hati.
Buat kebaikan jangan mengharap balasan atau sanjungan masyarakat. 
Kerana keredhaan tuhan itu lebih besar nilainya.


TRADING
Syukur alhamdulillah. Sila rujuk statement.

Saturday, 7 September 2013

Update

Salam kepada all group members & readers.
I'll update the blog a.s.a.p, latest by Monday.
Currently i am outstation, tempat agak pedalaman & the broadand coverage here memerlukan kesabaran yang agak tinggi.

TQ

p/s: trading, alhamdulillah positive!