Saturday, 31 May 2014

pengumuman

-untuk bulan mei, profit peserta ada yang dah dibayar, ada yang belum
-mana yang dah, saya dah sent email n sms.
-last week agak busy skt coz uruskan anak buah yg x sihat di hospital, alhamdulillah makin ok.
-but, tak sampai setahun abg ipar meninggal, seorang lg abg ipar meninggal..innalillah.. need to attend, balik kampung, tahlil, etc..
-so, kpd yg belum receive profit, insyaallah akan sy settle secepat mungkin, bila semuanya selesai.
-sms, email, sy akan reply, but sori kalau lewat skt..line internet kat kg pun sgt2 tak ok..

31.05.2014

 TQ

Monday, 26 May 2014

Antara trading dan Thomas Cup




Tahniah team Malaysia, walau tak menang Thomas cup semalam, at least  hampir hampir nak menang.

Saya bukan nak mengulas pasal sukan, sebab saya sendiri kaki bangku dalam sukan, tak kira apa sukan. Masa sekolah dulu pun, rasanya acara sukan yang saya pernah dapat pingat cuma tarik tali je,  lain lain memang takde. (err..rasanya dapat hadiah  botol air je kot, bukannya pingat..sebab masa tu sekolah rendah lagi..)

Ok, kali ni saya ingat nak tulis sikit persamaan antara dunia trading dengan dunia sukan.

Basic rules. 
Dalam trading atau sukan, setiap ahli sukan atau trader akan belajar ilmu dan peraturan yang sama. Peraturan asas yang standard yang perlu dipatuhi. Antara Chong Wei dan Lin Dan, mereka belajar peraturan permainan yang sama. Semua pemain merujuk buku manual dan kursus 'how to play' yang sama. Tapi yang menentukan siapa pemenang, akan ditentukan dalam pertandingan sebenar. Begitu juga trading. Jika dua sekawan, Ali dan Abu ambik kursus trading yang sama, dan bayar yuran kursus rm 10,000 seorang, kemudian mereka trade secara live. Result  tidak akan sama, walau mereka belajar ilmu yang sama, juga guru yang sama, bahkan guna sistem yang sama. Mungkin yang seorang boleh berjaya, dan seorang lagi perlu ambil masa.

Mental strength
Mental strength dan fokus menjadi benda penting yang perlu di kekalkan dalam satu satu acara. Apatah lagi apabila yang dihajati, tak tercapai, bahkan ia melawan balik, semua serba tak menjadi, di situ emosi akan diuji, sama ada emosi menguasai diri, atau dia terus keep calm and fokus, mengawal stress. Apatah lagi dalam game besar, yang memikul harapan sebuah negara,  bukan satu tugas ringan. Dalam trading juga, ianya tersangat penting, dan menjadi nombor satu, sama ada profit hijau diperoleh, atau loss merah menyentap emosi. 

Target. 
Dalam sukan, tiap event ada point atau markah  yang tertentu. Even jika bukan kiraan markah, ia dilimitkan dengan kiraan tempoh masa. Selepas masa tamat, atau markah dicapai, game over, pemenang akan ditentukan. Begitu juga dalam trading, amat perlu untuk ada target dalam sesuatu trading. Contohnya dalam program ini, saya targetkan dalam 20% sebulan. Ianya bukan fix, maybe lebih sikit maybe kurang sikit. Tapi i try my best for it. Walau pun sesetengah orang anggap tak banyak, but ianya sesutu yang munasabah, dan better dari amanah saham... dan lain lain pelaburan konvensyenal.. Amat bahaya jika tiada target dalam trading, contohnya 'aku nak dapatkan profit sebanyak mungkin'. Sebanyak mungkin tu terlalu umum, berapa banyak secara spesifiknya?  Ia umpama drive kereta, tapi tak tau ke mana destinasi nak dituju.. Sampai masanya apabila minda keletihan, ia akan memilih dan memasuki jalan jalan yang tak sepatutnya dilalui, dan di sana, segala yang diperolehi sebelumnya, boleh hilang semuanya...


Practice, practice, practice
Ia menjadi penentu kejayaan seseorang trader dan ahli sukan. Bukan sekadar tempoh masa lama yang diluangkan, bahkan kualiti sesuatu latihan itu. Berapa komited ia. Berapa sungguh sungguh ia. Dan mungkin bukan semua orang sanggup praktis dengan penuh disiplin.


Di atas just sebahagian..Banyak lagi rasanya persamaan..maybe next time kita continue..

Now i am at hospital, tengok anak buah tak sihat since few days dah. Moga dia cepat sembuh.

Monday, 12 May 2014

Program buat duit. Apa matlamatnya?



Zaman sekarang ni macam macam jenis program buat duit yang muncul. Ada yang betul, ada yang kurang betul, ada yang separuh betul, ada yang langsung tak betul. Jadi, apabila ada yang menanya saya soalan sama ada program itu scam atau tidak, ianya sukar nak  saya jawab dengan jawapan objektif.

Saya akui juga program zaman ni lebih kompleks berbanding 10 or 20 tahun dulu. Walaupun ianya berpotensi untuk scam atau merugikan, ada yang berjalan atas nama syarikat. Ada yang berdaftar. Ada yang libatkan VIP. Ada yang libatkan artis. Ada yang libatkan ustaz. Ada yang keluarkan kad  debitcard. Ada yang betul betul ada pejabat syarikat. Ada yang ada lesen. Ada yang libatkan orang politik. Dan banyak lagi point besar yang akan mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai dengan program itu.

Apatah lagi, program zaman ini, kebanyakannya bertahan lama dan jangka hayat lebih panjang sampai beberapa tahun. Bukan sekadar fly by night, bukan sebulan dua.

Apapun, saya akan share  satu tips  yang boleh menggambarkan sesuatu program itu yang berpotensi untuk bertahan atau tak, scam atau tak, walau ianya berjangka panjang. Tak kira ianya pogram pelaburan, MLM, perniagaan, atau program buat duit lain. Saya akui, ada program yang bukan scam, program yang jujur, tapi jika caranya tak kena, sukar nak bertahan lama.

Caranya dengan tengok niat dan  matlamat diaorang.

Kat website diorang.. Ada tak gambar orang pegang duit banyak siap boleh buat kipas lagi.? Ada gambar orang bergambar depan kereta mewah  dengan tersenyum lebar hidung kembang kempis?. Ada orang bergambar depan gambar rumah besar? Ada gambar kapal layar? . Jika sesuatu perniagaan atau pelaburan berfokus kepada kekayaan material semata, ianya tak kekal lama. Apatah lagi kekayaan yang ditunjuk banggakan. Matlamat tu dah lari. Jadi jika terjumpa program sedemikian, elok cari alternatif lain.

Matlamat bisnes or pelaburan adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain. Fokus kepada orang lain, dalam menyelesaikan masalah. Jangan  keliru dengan matlamat dan tujuan bisnes dan pelaburan. Jangan fokus kepada kepentingan sendiri. Jangan fokus kepada wang semata.

Ada yang tak pernah kisah dengan duit yang diperoleh dari downline yang mengikat perut, dan sentiasa memberi harapan kepada downline agar terus bekerja keras bagi memastikan program itu terus hidup dan upline terus banyak duit.. Jika ada produk pun, kadang kos dan nilainya cuma berapa ringgit je, tapi ia di jual dengan mark up melampau harga ratusan ringgit,  untuk memastikan untung besar  boleh dibahagi bahagikan dengan syarikat dan upline upline yang ada. Produk cuma buat syarat je untuk dapatkan lesen, dan fokus utama adalah aliran wang masuk. Memang orang yang berusaha dan tak duduk diam akan dapat hasilnya. Perompak yang bijak, tekun, berani dan berusaha gigih pun boleh berjaya dan kaya raya dengan mengambil hak orang lain, walau caranya dengan cara yang kasar dan straight to the point, tak payah  pakai tie dan guna ayat manis berbelit. At least perompak tu taklah tamak sangat, untung satu level jer, tak berterusan kaut untung sampai bertingkat tingkat lapisan downline.

Memang boleh dapat kekayaan jangka pendek dengan matlamat material sedemikian, tapi ianya tak kekal lama (termasuk si perompak tu). Sebab tak berkat. Hidup pun tak bahagia walau punya segala, dan pada bila bila masa ia boleh back to zero atau lagi dahsyat jadi negative hidupnya.

Memang saya sendiri sebagai manusia biasa, kadang nak tergelincir juga, tapi kita perlu sentiasa cuba sedaya upaya untuk cepat cepat sedar dan fokus semula on the track. Kita manusia biasa, memang godaannya sangat menarik, dan mudah untuk hilang fokus jika tak alert.

Kekayaan, tak kira wang atau material lain akan datang sendirinya dengan automatik, sekiranya ia tidak dijadikan fokus dan matlamat utama.

Kadang, yang datang tu jauh lebih besar dan lebih baik dari jangkaan pemikiran kita.

Kerana kekayaan yang dikurniakan adalah jauh  lebih best, daripada kekayaan yang dikejar, dicari dan dikumpul.

Monday, 5 May 2014

Discipline through fasting


Bagaimana nak jadi trader yang betul-betul berdisiplin?
Antara soalan yang diterima. 
Tak pasti sama ada saya pernah menjawab persoalan ini sebelumnya. 
Apapun, just coretan saya sebagai perkongsian.

Disiplin tersangat super penting. 
Bukan saja dalam trading. Malah semua bidang. Tak kira bisnes atau bekerja dengan orang lain, student, housewife, atau siapa saja. Even seorang penganggur pun perlu berdisiplin untuk terus meningkatkan taraf hidupnya menjadi lebih baik.

Salah satunya, kaedah yang terbaik untuk disiplinkan diri, yang dah diajar sejak sekian lama, adalah dengan berpuasa.
Puasa melatih disiplin kita dengan  Tuhan.
Nak berpuasa tak perlu  tunggu bulan puasa, sebaliknya sepanjang tahun boleh dibuat. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis antaranya.

Actually berpuasa pada bulan biasa lagi kurang cabarannya sebenarnya. Sebab, tiada longgokan makanan di bazaar ramadhan yang boleh menggiurkan. Tiada dikelilingi oleh mereka yang tiba tiba  mood lemah longlai produktivitinya, sedikit sebanyak boleh berjangkit aura kurang bermaya tersebut, walau pada hal hanya kerja di dalam aircond di kerusi empuk, bukannya berpeluh membanting tulang di bawah terik mentari seperti orang lain. Saya sendiri kurang setuju dengan budaya kita yang membenarkan balik kerja awal di bulan itu. Menggambarkan seolah puasa, selain salah tanggapan sebagai bulan berpesta makanan, ianya juga bulan menurunkan produktiviti, pada tanggapan mereka yang non muslim especially, kerana mungkin mereka tidak mendapat mesej yang sebenarnya tentang puasa. Jika sedemikian,  bagaimana keindahan islam itu dapat digambarkan dalam bentuk sebenarnya yang terindah? Keindahan itu terlindung, kerana terlalu bayak disaluti dengan misunderstanding dan misconception oleh muslim itu sendiri.

Semasa berpuasa;
kita ada duit, dan boleh beli makanan untuk dimakan pada masa itu, yang sedang lapar dan dahaga. 
Tapi kita tak beli.
Begitu juga dalam tading; 
kita boleh ubah lot jadi besar dari 1 kepada 10 contohnya, untuk dapat wang besar sekelip mata.
Tapi kita tak ubah...kerana modal yang belum cukup besar, untuk cover jika anything happen.

Kita boleh makan menyorok, dan bagitau orang lain yang kita puasa. 
Tapi kita tak boleh menyorok dari tuhan, atau pun cuba nak pura pura puasa depan Dia. 

Begitu juga konsepnya kita yang tak boleh menipu diri sendiri. 
Respect diri kita sendiri terlebih dulu. 
Its about internal strength. Dan ianya sangat sangat penting dalam trading, juga  dalam hidup.

Puasa akan menajamkan fikiran. Pembuatan keputusan yang tepat. 
Sesekali pemikiran akan cuba mempengaruhi kita, tapi dengan self discipline, kita akan take in charge dan mengawal pemikiran kita. 
Tak perlu emosional. 
Tak perlu rasional.
Hanya fokus.

Trader boleh mengawal emosi, ataupun emosi yang mengawal dirinya.  
Dalam trading, trader punya pilihan untuk follow strategi yang telah dirangka. 
Atau tiba tiba mengubah teknik hanya kerana nak 'cuba nasib'. 
Tak ada istilah cuba nasib dalam trading.
Nak cuba nasib hanya di kedai yang menjual cebisan kertas untuk ditulis nombor di atasnya.

Dalam trading, yang penting apa yang perlu dibuat pada saat itu. 
Keputusan sama ada buy, sell, or do nothing. Nampak simple, tapi biasanya trader akan dipengaruhi hormon terlebih  aktif bergejolak dalam jiwa, apatah lagi cuba mengangankan $$$ yang besar dan banyak yang bakal diperoleh jika membuat keputusan drastik dan terus klik pada masa itu. 

Trading tidak boleh melihat ke depan. 
Trading juga tidak boleh melihat ke belakang. 
Trading perlu BERADA & SEDAR DI DALAM SAAT ITU.