Tahniah team Malaysia, walau tak menang Thomas cup semalam, at least hampir hampir nak menang.
Saya bukan nak mengulas pasal sukan, sebab saya sendiri kaki bangku dalam sukan, tak kira apa sukan. Masa sekolah dulu pun, rasanya acara sukan yang saya pernah dapat pingat cuma tarik tali je, lain lain memang takde. (err..rasanya dapat hadiah botol air je kot, bukannya pingat..sebab masa tu sekolah rendah lagi..)
Ok, kali ni saya ingat nak tulis sikit persamaan antara dunia trading dengan dunia sukan.
Basic rules.
Dalam trading atau sukan, setiap ahli sukan atau trader akan belajar ilmu dan peraturan yang sama. Peraturan asas yang standard yang perlu dipatuhi. Antara Chong Wei dan Lin Dan, mereka belajar peraturan permainan yang sama. Semua pemain merujuk buku manual dan kursus 'how to play' yang sama. Tapi yang menentukan siapa pemenang, akan ditentukan dalam pertandingan sebenar. Begitu juga trading. Jika dua sekawan, Ali dan Abu ambik kursus trading yang sama, dan bayar yuran kursus rm 10,000 seorang, kemudian mereka trade secara live. Result tidak akan sama, walau mereka belajar ilmu yang sama, juga guru yang sama, bahkan guna sistem yang sama. Mungkin yang seorang boleh berjaya, dan seorang lagi perlu ambil masa.
Mental strength
Mental strength dan fokus menjadi benda penting yang perlu di kekalkan dalam satu satu acara. Apatah lagi apabila yang dihajati, tak tercapai, bahkan ia melawan balik, semua serba tak menjadi, di situ emosi akan diuji, sama ada emosi menguasai diri, atau dia terus keep calm and fokus, mengawal stress. Apatah lagi dalam game besar, yang memikul harapan sebuah negara, bukan satu tugas ringan. Dalam trading juga, ianya tersangat penting, dan menjadi nombor satu, sama ada profit hijau diperoleh, atau loss merah menyentap emosi.
Target.
Dalam sukan, tiap event ada point atau markah yang tertentu. Even jika bukan kiraan markah, ia dilimitkan dengan kiraan tempoh masa. Selepas masa tamat, atau markah dicapai, game over, pemenang akan ditentukan. Begitu juga dalam trading, amat perlu untuk ada target dalam sesuatu trading. Contohnya dalam program ini, saya targetkan dalam 20% sebulan. Ianya bukan fix, maybe lebih sikit maybe kurang sikit. Tapi i try my best for it. Walau pun sesetengah orang anggap tak banyak, but ianya sesutu yang munasabah, dan better dari amanah saham... dan lain lain pelaburan konvensyenal.. Amat bahaya jika tiada target dalam trading, contohnya 'aku nak dapatkan profit sebanyak mungkin'. Sebanyak mungkin tu terlalu umum, berapa banyak secara spesifiknya? Ia umpama drive kereta, tapi tak tau ke mana destinasi nak dituju.. Sampai masanya apabila minda keletihan, ia akan memilih dan memasuki jalan jalan yang tak sepatutnya dilalui, dan di sana, segala yang diperolehi sebelumnya, boleh hilang semuanya...
Practice, practice, practice
Ia menjadi penentu kejayaan seseorang trader dan ahli sukan. Bukan sekadar tempoh masa lama yang diluangkan, bahkan kualiti sesuatu latihan itu. Berapa komited ia. Berapa sungguh sungguh ia. Dan mungkin bukan semua orang sanggup praktis dengan penuh disiplin.
Di atas just sebahagian..Banyak lagi rasanya persamaan..maybe next time kita continue..
Now i am at hospital, tengok anak buah tak sihat since few days dah. Moga dia cepat sembuh.
Now i am at hospital, tengok anak buah tak sihat since few days dah. Moga dia cepat sembuh.
yup betol....diri sendiri tue yang penting tuan....contoh terbaik diri saya sendiri....saya bru jer lepas mc smlm...kena kaji balik diri sendiri...wlaupon blog tuan tak ajar trading secara directly tapi blog tuan ajar trading cara tersirat...kuatkan diri sendiri dulu
ReplyDeleteye betul tu..tahniah kerana berani belajar dari MC dan mengakui kesilapan diri..setiap trader pasti pernah merasai MC..
Deleteteruskan belajar mengenali diri..dah kenal maka kita akan lebih mencintai diri sendiri dan menghargai diri..dan kemudian berputiknya kuntum yang paling mahal iaitu kesyukuran dalam diri..yang seterusnya akan memekarkan bunga mewangi indah dipandang, dan buahnya sebagai hasil untuk dinikmati..