Friday, 8 July 2016

8 Julai 2016

Sedikit demi sedikit pembayaran dibuat. Masih perlahan, tapi wajib diteruskan, kerana masih ramai yang belum dibuat pembayaran balik modal. Pemberitahuan dan makluman akan dibuat terus ke email anda. Kepada yang belum terima, maknanya sedang dalam giliran, maaf sebab benda ni ambil masa lebih dari yang sepatutnya.

Saya tidak balik beraya, juga tiada persiapan raya..tapi itu semua tak ada apa jika dibanding dengan anda yang sangat lebih memerlukan wang modal bagi perbelanjaan di hari raya juga selepas raya, terutama yang sudah berkeluarga.

Maaf dari saya atas kesusahan dalam tempoh ini yang perlu anda lalui sekarang. Saya pasti ianya tempoh yang sangat mencabar dalam hidup anda, kerana saya juga merasakan, walau pastinya cabaran anda sure ada yang lebih besar dari saya.

Raya akan berlalu,,tapi yang lebih penting, saya mesti terus buat kerja dan usaha untuk settle kan semua tunggakan dan janji. Itu jauh lebih penting, kerana ianya amanah yang wajib dilangsai, untuk ringankan beban kewangan anda semua. Kerana ini bukan masa bersuka ria.

Moga di bulan syawal ni, momentum pembayaran akan lebih lagi dari sebelumnya.