Friday, 30 October 2015

Pengumuman & Penutup

Ringkasan info dan pengumuman:


NOVEMBER 2015 BULAN TERAKHIR TRADING
Seperti dimaklum sebelum ini, target date program ini akan berjalan hingga Disember 2015.
Dan, buat masa ini, melihat kepada situasi semasa,  saya dah buat keputusan untuk tidak menyambung program ini selepas tarikh itu.
(Sama ada akan datang kita continue lagi, yang tu nanti kita cerita lain, dan akan dimaklumkan kelak. Kita settlekan fasa pertama ini dulu)

For info, aktiviti trading akan dibuat hingga bulan November 2015 sahaja.
Untuk bulan Disember tiada trade.
Bermakna, ada sebulan sahaja lagi untuk saya update page untuk 'trading statement'.
Untuk hujung November dan bulan Disember saya nak fokus sepenuhnya pada pembayaran kepada setiap peserta.

PENGALAMAN DAN CABARAN
Saya tak pernah buat program sebegini, dan banyak benda saya pelajari.
Sama ada yang manis atau yang pahit, semuanya proses pembelajaran dan iktibar untuk mematangkan lagi.  Saya akui banyak kekurangan, terutama dalam sistem perlaksanaannya yang banyak guna kaedah manual.
Jika anda perhati juga, sejak akhir-akhir ini peratus profit agak menurun. Saya akui tahun 2015 ini agak mencabar, terutama bila saya berdepan dengan beberapa krisis dan ujian besar yang tak pernah saya alami sebelum ini. Ianya isu yang melibatkan hal peribadi, mungkin ada beberapa peserta yang pernah bertanya tahu serba sedikit secara kasar. Apa pun, harap akan selesai dengan sebaiknya untuk semua pihak.

PEMBAYARAN PROFIT+MODAL DIBUAT DALAM TEMPOH 30 NOV - 31 DIS 2015
Untuk pulangkan semula modal semua peserta, perlukan masa dan medium yang sesuai. Saya akan transfer melalui online, manakala untuk jumlah agak besar mungkin melalui cek, akan saya maklumkan nanti kepada tiap peserta.

NISBAH BAYARAN BALIK MODAL UNTUK NOV & DIS
For info, untuk penghujung November akan dilangsai 50% modal anda.
Dan pada bulan Disember pula 50% lagi modal.
Profit yang di reinvest juga akan dibayar.
*Untuk peserta yang melabur dalam jumlah kecil, akan dibuat sekali sahaja iaitu hujung November nanti.

PROFIT UNTUK OKTOBER AKAN DI REINVEST
For info lagi, trading untuk bulan Oktober 2015, semua profit akan di labur semula.
Tiada pembayaran profit untuk Oktober.
Laporan bulanan, akan di hantar melalui email seperti biasa.
Profit akan dibayar pada hujung bulan November beserta  modal anda.

TENTANG KELEWATAN PEMBAYARAN BEBERAPA  PESERTA
Sebelum ini, ada beberapa peserta yang menghadapi tunggakan dan kelewatan pembayaran profit. Saya minta maaf banyak, memang diakui buat  program ini akan ada cabaran.
Teringat saya kepada guru/mentor saya dulu, yang tak galakkan untuk trade kan duit orang lain. Memang psikologi akan lebih mencabar, selain mungkin akan timbulnya isu lain, terutama isu perundangan dengan institusi kewangan.
Anyway, untuk pembayaran semula modal & profit, saya sudah prepare dengan back up plan, dengan alternatif lain, bila berlakunya perkara di luar jangka. Antaranya dengan mencairkan beberapa aset yang ada. Cuma saya akui proses tersebut akan ambil masa sedikit. Apapun, saya dah mulakan proses beberapa bulan lepas, insyaallah selewatnya by end of Nov ini settle.

DOKUMEN PENERIMAAN DEPOSIT
Kepada yang  belum pernah request surat Dokumen Penerimaan Deposit, boleh berbuat demikian.
Sila berikan: Nama Penuh, No KP, dan Alamat untuk saya poskan dokumen tersebut.
Boleh hantar email atau sms. Kepada yang dah request tapi tak terima lagi, boleh resend lagi, takut saya overlook, tak perasan.

Kepada yang buat penambahan modal, tidak perlu request lagi, cukup dengan komunikasi melalui email atau sms sebagai lampiran tambahan. Tetapi, jika anda request, saya tetap akan sediakan.

TUJUAN DOKUMEN
Dokumen itu sebagai akujanji saya untuk jaminan modal anda selamat, dan in case anything happen pun, walau di luar kawalan saya, maka saya bertanggungjawab untuk melunaskan walau dengan apa cara atau sumber yang ada.
Dan jika berlaku perlanggaran perjanjian, dan menjelang 30 November 2015, pembayaran masih belum dibuat, maka anda sebagai peserta berhak untuk membawa perkara ini ke saluran perundangan. Selain dokumen itu, segala transaksi melalui bank, slip deposit, email, sms akan menjadi supporting dokumen anda kelak. Sudah tentu, saya tidak ingin perkara ini terjadi, dan ia cabaran untuk saya bagi mengotakan tiap janji.

Anyway, insyaallah moga semuanya berjalan lancar dalam masa yang dirancang. Amiin..

PESERTA YANG BUAT COMPOUNDING/REINVEST
For info, kepada yang buat compounding/reinvest, sama juga. Payment juga akan dibuat dalam 2 bulan tersebut Separuh pada November 2015 dan separuh lagi pada bulan Disember 2015.

UPDATE DARI  MASA KE SEMASA.
Dari masa ke semasa saya akan update tentang pembayaran terkini, dan anda akan dihubungi melalui email dan sms. Saya akan cuba settlekan semuanya lebih awal, jika boleh, harap semuanya berjalan lancar.

MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN & TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SELAMA INI
Akhir kata, maaf jika selama saya buat program ni ada salah silap, dan kekurangan. Saya akui, ianya sangat mencabar untuk memenuhi expectation para peserta, untuk punctual on time buat pembayaran tiap bulan, buat all the calculation, dan banyak lagi.. Dan bila berlaku kesilapan, atau kelewatan, atau tunggakan, saya sendiri rasa tak sedap hati, apatah lagi, ada antara anda yang bergantung kepada program ini dalam belanja bulanan anda, dan lagi lagi bila ada yang urgent untuk gunakan wang. Saya minta maaf banyak banyak atas segala kekurangan.
Terima kasih juga, kerana selama ini memberi sepenuh kepercayaan. Moga dipermudahkan Nya..



Terima kasih.



Tuesday, 20 October 2015

Action speaks louder than words




Dalam trading, dan apa juga, yang paling penting adalah hasilnya.

Kita boleh ada sistem terbaik, strategi terbaik, tapi sepanjang perjalanan akan ada cabaran datang.

Bagaimana kita menanganinya, dan mendapatkan keputusan terbaik,

bukan mengharapkan kesempurnaan,

kerana cabaran adalah salah satu subjek untuk pembelajaran.


Reminder untuk diri saya juga.

Tuesday, 13 October 2015

Selamat Menyambut Awal Muharram





New year's eve, is the best time for us to reflect..

What we have prepare, for the next day.. month.. year..

But, it is also very important for us to prepare for the 'next life'...

Happy new year