Tuesday, 25 March 2014

Di akhir zaman ini...




-maaf lewat sikit update blog, baru balik dari outstation.-

Dengan pengumuman terkini tentang pesawat MH370, harapan dan peluang semakin menipis. Apapun, kita doakan moga Tuhan mencucuri rahmat kepada semua para penumpang dan kru. Kerana pasti Tuhan sentiasa menyayangi mereka. Dan kekuatan untuk keluarga dan sahabat mereka.

Ini masanya untuk kita semua bersatu, tanpa mengira siapa, tanpa mengira bangsa, agama dan parti. Sejak akhir-akhir ini beberapa insiden besar yang tak pernah berlaku, mulai terjadi di negara kita. Jadi perlu kita semua terus mempersiapkan diri, kerana selepas ini kita belum pasti adakah akan ada lagi cabaran besar bakal menanti.

Peringatan sudah diberi lebih dari seribu tahun dahulu, di dalam Quran juga hadis. Tentang besar dan dahsyatnya pengaruh dan kuasa golongan 'mereka' dalam tamadun manusia di akhir zaman. Bukan sekadar menguasai dunia kewangan dan monetari, bahkan merangkumi aspek kehidupan sosial lain juga. Jika 'mencorak' seluruh dunia sudah menjadi rutin kebiasaan bagi mereka, inikan pula untuk 'mencorak' sesebuah negara atau umat manusia, untuk mengikut 'acuan' yang mereka ingini. Semuanya dikendali; termasuklah negara besar, kerajaan, teknologi, agensi risikan, apatah lagi kita semua sebagai individu. Sudah pasti pemberi perlindungan mutlak, dan pemberi petunjuk untuk kita semua hanyalah Dia yang satu.

Dominasi kekuasaan di era ini bukan dengan kekuatan fizikal, peperangan senjata, dan perluasan wilayah tanah jajahan, tetapi lebih kepada peperangan psikologi, kemajuan teknologi, dan dominasi minda. Siapa yang terus ke depan,  siapa yang ketinggalan, dan siapa yang terus bercakaran. Sudah masanya kita semua buang semua kebencian dan prejudis, dan mula bersatu kembali ke jalan yang lurus.


*******
And on that Day [i.e. the Day Ya'juj and Ma'juj (Gog and Magog) will come out], We shall leave them to surge like waves on one another, and the Trumpet will be blown, and We shall collect them all together.
(Quran: Surah al Kahfi: 99)

*******


TRADING
Tiada statement dipaparkan untuk minggu lepas punya. Kerana harga emas terus turun menjunam since Monday, dan berterusan sepanjang minggu, kecuali hari Jumaat, ada sedikit kenaikan. Dalam situasi yang tak menentu, dengan konflik di Crimea, juga pengumuman dari Yellen, better untuk kita trade trade safely. Extra hati-hati. Umpama nelayan yang ingin ke laut dalam, jika laut terlalu bergelora elok elakkan. Yang penting, kapal kita selamat.

Tuesday, 18 March 2014

Keep on Praying




Miracle Happen

MH370
kehilangannya masih dicari

di satu sudut
dalam misteri ini
dapat kita perhati 

di mana 
bukan satu negara
bukan satu benua
bahkan satu dunia
tiada jawapan
bahkan 
semakin banyak persoalan 
semakin banyak misteri dan ilusi
semakin banyak teori konspirasi

**
di zaman manusia maju dengan sains dan teknologi
akan ada fasa di mana tuhan akan menguji
adakah saat itu manusia akan bergantung kepada sains semata
adakah manusia akan bergantung kepada bomoh, jin dan lainnya
atau, adakah manusia tidak lupa dan akan terus bergantung kepada Nya.

**

di sudut yang lain
dapat kita lihat beberapa hikmah semakin dirasa
manusia bersatu tanpa mengira agama
manusia bersatu tanpa mengira bangsa
manusia bersatu tanpa mengira negara
manusia bersatu tanpa mengira warna
manusia bersatu tanpa mengira parti politik

di saat misteri besar ini terjadi
kita yakin perubahan positif besar boleh dirasai 
oleh semua umat manusia selepas ini
di mana semua manusia boleh bersatu kembali
tiada lagi perpecahan seperti sebelum ini

**

Doa dipohon untuk semua kru dan penumpang MH370
Semoga sentiasa di dalam lindungan Nya.
Amiin.



Monday, 10 March 2014

#PrayForMH370







To Allah do belong the unseen of the heavens and the earth, 
and to Him goeth back every affair (for decision): 
then worship Him, 
and put thy trust in Him: 
and thy Lord is not unmindful of aught that ye do.
(al Quran, surah Hud:123)

Tuesday, 4 March 2014

Lets write



Salah satu benda yang saya agak sukar nak praktis masa mula mula dulu adalah menulis matlamat, perancangan, dan apa yang kita nak. Bila masa pergi ke kursus motivasi pun, salah satu benda yang di suggest adalah untuk menulis kita punya malamat. So, nak tak nak kena tulis jugaklah.

Benda ni simple je. Sangat simple, dan kadangkala  kerana kesimpleannya, ia dianggap remeh dan tak perlu.
Tapi saya silap.

Benda ni sangat penting.
Menulis sangat penting.

Dalam trading, ada pelbagai strategi dan teknik. Walau teknik yang saya gunakan sangat simple dan tak komplikated, ianya perlu juga ditulis. Saya perlu menulis strategi dan teknik trading saya di atas kertas, dan membaca dan memahaminya tiap hari. Apabila benda itu ditulis, ia dah terzahir di satu medium, yang menjadi perlembagaan dan peraturan yang perlu kita ikuti. Tak kisahlah sesimple mana ianya. Sebab jika tidak ditulis, kita akan cenderung untuk merubah dasar yang ada pada bila-bila masa. Di situ bahanyanya, di mana lama lama ia akan tergelincir dari landasan asal matlamat dan strategi yang ingin dicapai, sedikit demi sedikit, tanpa disedari. Dengan ditulis, kita akan membacanya hari hari, dan ia akan melekat di kepala otak kita.

Menulis perancangan dan strategi ini juga applied kepada bidang lain juga dalam kehidupan. Tak kira sama ada student, pemimpin, berbisnes atau makan gaji.  Tak kira siapa kita, apa yang kita buat. Ianya sangat penting.

Saya juga terfikir.
Sedangkan Allah pun menulis segala detail lengkap takdir alam ini di Luh Mahfuz, sebelum kita lahir lagi di duñia ini. Kenapa kita yang jauh terlalu kecil darinya tidak applied benda yang sama. Sure Dia boleh mencipta dan mengatur alam ini tanpa menulisnya, kerana Dia Maha Berkuasa. Tetapi ada rahsia sangat besar yang Dia mahu kita semua fikirkan.  Di dalam Quran sendiri ada surah Al Qalam, menunjukkan betapa besarnya power aktiviti menulis itu sendiri. Dengan penulisan ia boleh mengatur hidup ini, menjadi panduan kepada para pengimpi matlamat, menjadi pedoman kepada seluruh umat rakyat. Dengan penulisan ianya boleh memusnahkan sebuah negara. Dengan penulisan juga ianya boleh membina dan membangun sebuah empayar bangsa.

Lets start writing.
Write good things.




Trading
Alhamdulillah. Walau minggu lepas harga emas ada buat junaman sikit, always be careful. Jangan bermain ditepi pantai ketika nak ada ombak besar, apatah lagi semasa musim bergelora. Sedangkan tsunami pun boleh datang dengan tiba-tiba, jadi perlu alert setiap masa. Sentiasa, ikuti ramalan cuaca.

Juga satu link yang amat menarik untuk dibaca. Apa yang actuallly happen dalam market.. Apapun, seperti biasa, 'ikan ikan besar' akan terus menafikannya... Cuma mereka belum sedar lagi kot, zaman ni bukan zaman milik 'si ikan besar lagi'..

http://www.bloomberg.com/news/2014-02-28/gold-fix-study-shows-signs-of-decade-of-bank-manipulation.html














Saturday, 1 March 2014

Pengumuman untuk peserta.

Salam.
Untuk bulan Februari, maaf terlewat sikit nak update the report thru email. Payment pulak, ada sebahagian yang dah selesai, dan sebilangan kecil tak sempat nak transfer tadi, sistem dah offline. Insyaallah semuanya akan saya settle kan latest Ahad ni, sebab awal subuh Sabtu nanti dah nak gerak, ada urusan last minute punya di luar kawasan. Apapun, saya akan cuba selesaikan secepat mungkin.

 Terima kasih.