Tuesday, 18 March 2014

Keep on Praying




Miracle Happen

MH370
kehilangannya masih dicari

di satu sudut
dalam misteri ini
dapat kita perhati 

di mana 
bukan satu negara
bukan satu benua
bahkan satu dunia
tiada jawapan
bahkan 
semakin banyak persoalan 
semakin banyak misteri dan ilusi
semakin banyak teori konspirasi

**
di zaman manusia maju dengan sains dan teknologi
akan ada fasa di mana tuhan akan menguji
adakah saat itu manusia akan bergantung kepada sains semata
adakah manusia akan bergantung kepada bomoh, jin dan lainnya
atau, adakah manusia tidak lupa dan akan terus bergantung kepada Nya.

**

di sudut yang lain
dapat kita lihat beberapa hikmah semakin dirasa
manusia bersatu tanpa mengira agama
manusia bersatu tanpa mengira bangsa
manusia bersatu tanpa mengira negara
manusia bersatu tanpa mengira warna
manusia bersatu tanpa mengira parti politik

di saat misteri besar ini terjadi
kita yakin perubahan positif besar boleh dirasai 
oleh semua umat manusia selepas ini
di mana semua manusia boleh bersatu kembali
tiada lagi perpecahan seperti sebelum ini

**

Doa dipohon untuk semua kru dan penumpang MH370
Semoga sentiasa di dalam lindungan Nya.
Amiin.



No comments:

Post a Comment