Monday, 27 January 2014

Solat pakai helmet?



Sebuah kisah benar.

Di suatu petang, hari Sabtu lepas.
Lokasi kat Lake Garden.
Di saat saya sedang berehat selepas beberapa round berjoging (taklah joging sangat actually, sebab lebih banyak berjalan dari berlari).
Terjumpa seorang pakcik dalam lingkungan umur lewat 40an, yang sama-sama berehat kat salah sebuah kerusi dekat taman permainan.

Pakcik: Nak tau tak, pakcik bengang betul lah semalam. 
Saya: Apesal  pakcik?
Pakcik: Pakcik nak pergi sembahyang jumaat, jadi on the way ke masjid, ada ke patut, polis trafik tu tahan pakcik sebab tak pakai topi keledar. Dia tak tau ke masa tu orang nak pergi sembahyang Jumaat, kopiah pun ada pakai, fikirlah sikit.
Saya: Habis pakcik bagi alasan apa kat polis tu?
Pakcik: Pakcik pun balas balik kat dia. Takkan pakcik nak sembahyang pakai helmet? Habis tu kalau nak sujud dan rukuk macam mana? Kan susah, dan tak sah solat tu. Gunalah otak sikit... Pakcik sound dia balik...

Lepas tu dia meneruskan sesi luahan perasaan dan ketidakpuashatian dia...

Pada mulanya saya fikir, pakcik tu buat lawak jer. Tapi setelah beberapa ketika berbual, dan saya tanya balik, memang betul itu jawapan yang dia bagi kat polis trafik yang menjalankan tugas tu. Terlopong jugaklah dengan 'alasan' yang dia bagi tu. Sepanjang saya bersembang dengan dia, dia seorang yang agak berpendidikan jugaklah, kerja di salah sebuah syarikat minyak kat area Damansara.

Tapi itu realitinya perkara yang kita akan tengok pada hari Jumaat kat KL ni, dan rasanya kat tempat lain jugak. Dan bukan solat Jumaat je, bahkan yang lain-lain. Kalau dah kena tahan, macam-macam alasan keluar.

Kat sini, apa yang boleh kita nampak adalah kematangan pengguna jalan raya masih ada yang mempunyai level terlalu rendah. Sesuatu peraturan itu dibuat sebab ada reasonnya tersendiri. Helmet dan seatbelt dicipta untuk tujuan keselamatan dan langkah berjaga-jaga. Tapi yang berlaku, ianya hanya dipakai sebab takut pada polis atau JPJ, tak nak kena saman. 

Dan yang lebih tak patut menggunakan alasan nak ke masjid, nak beribadah, maka takde siapa yang boleh mempersoalkan apabila kopiah dah dipakai. Tak taulah, maybe adanya persepsi 'aku nak ke masjid, nak beribadah di rumah Allah, sure tuhan akan protect aku sepanjang perjalanan'. 

Kalau kat dalam area kampung atau dekat-dekat kawasan taman je, maybe tak apalah, tapi bila dah masuk jalan besar, sepatutnya undang-undang itu dihormati, untuk kebaikan diri sendiri jugak.


TRADING
Alhamdulillah profit.

Antara berita terbaru tentang gold, demand yang makin terus meningkat masa harga rendah ni, kilang sampai kena buat OT lagi:
http://www.bloomberg.com/news/2014-01-27/gold-mint-runs-overtime-in-race-to-meet-world-coin-demand.html

Monday, 20 January 2014

Respect is EARNED, not given!




Beberapa hari lepas, lelaki yang mengaku Sultan Melaka dah kena tangkap.
Tak kisahlah, sama ada memang iya, dia ada keturunan dengan Sultan Melaka atau tidak.
Sepatutnya, perlu untuk dia 'memahami' maksud dan tanggungjawab seorang raja dahulu. 

Tak perlu menjadi raja untuk membangunkan negeri dan membela agama.
Tak perlu sebarang jawatan untuk menolong seramai mungkin rakyat dan manusia.
Tak perlu memanggil seramai mungkin orang untuk mengiktiraf diri dan mengagung-agungkan diri.

Setiap diri kita, dilahirkan untuk MENJADI KHALIFAH. 
Dan kita semua punyai potensi itu, terpulang pada kita sama ada nak hidup sebagai khalifah, 
or just hidup biasa-biasa, 
or just robot yang telah diprogramkan to obey the obselete system.

Kan lebih bagus kalau rajin berusaha. 
Usahakan (beramal) mencari rezeki yang halal.
Gandakan usaha dan ilmu untuk capai sebanyak mungkin kekayaan.
Jadi kaya, berjaya, dan beriman... 
Contohnya, punyai net worth few billion ringgit.. Dont say impossible, kerana Dia Maha Kaya.
(tapi jangan simpan dalam bank la, sebab orang yang betul-betul kaya tak simpan duit di bank).
Then, bantu sebanyak mungkin manusia, tak terhad kepada sesuatu 'negeri jajahan takluk' sahaja.
Bantu semua orang, tanpa mengira bangsa, agama, negara, atau tanah jajahan.

Masa tu tak perlu rasanya nak declare diri raja. 
Tak perlu nak 'tuntut hak'.
Tak perlu nak menceroboh negeri orang dan kononnya nak tuntut balik sejarah lama.

Kerana yang penting adalah pandangan dan penilaian dari tuhan.
Bukannya sanjungan dari manusia.

Berapa banyak yang kita boleh 'beri' kepada orang lain.
Bukannya berapa banyak yang kita boleh 'mintak' dari orang lain.

Semua manusia sama di sisi tuhan. 
Yang membezakan hanya IMAN dan AMALANNYA.
Bukan pangkat, jawatan, menteri, raja, sultan, dato, datin...etc...

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



TRADING
Alhamdulillah, banyak atau sikit, teruskan bersyukur.
Terus dan terus positive!

Monday, 13 January 2014

Golden Chersonese





Hari ni rasa nak baca sikit tentang sejarah.
Dah lama tak bukak buku sejarah, sejak tinggalkan bangku sekolah dulu....

Tentang, betapa istimewanya tanah air kita ini.



Golden Chersonese is the ancient name for the Malay Peninsula, as named by the Greek geographer and astronomer Ptolemy.


Flowing from north to south throughout the length of the Peninsula, Ptolemy depicted a large river, which in its lower reaches divided into three streams. Ptolemy conceive of the Malayan drainage system as consisting of a trunk stream flowing from north to south down the centre of the Peninsula, with lateral rivers branching off to the east and west coast somewhere to the south of the widest part.

Golden Chersonese bears a witness to the importance of Malay as a sources of gold for the ancient world.

It is believed that the mining of gold in Peninsula began two thousand years ago. In the first century Indian dispatched a number of expedition to seek this mythical land. 

The Indians called the Malay Peninsula, ‘Suvarna Bumi’ or The Golden Land. They were already making regular visits to peninsula in search of the precious metal, tin and aromatic jungle woods.

In the first century onwards Indian Kingdoms has begun to be formed in the Golden Chersonese or Malay Peninsula.

Much more significant was the dominance of the mighty Srivijaya Empire, which held sway from the 7th to the 13th centuries.

Under the protection of the Srivijayans, a significant Malay trading state grew in the Bujang Valley of Kedah.

A pieces of gold and gold jewellery used in the Srivijaya empire between the seventh and thirteenth century have been found in the Bujang Valley.

By the sixteenth century, the legends of the Golden Chersonese, about the distant land having more gold and exotic treasures than people were established among the sea going nations of Europe.

The court of the Kingdom of Langkasuka, which was said to have sprung up on the Malay Peninsula during the 2nd century AD, was legendary for its ostentatious display of gold. The king was known to parade astride an elephant that was adorned from head to toe in gold.

In addition, Pahang gold seems to have been an important item of commerce from before the Christian era until 17th or 18th century AD.
Golden Chersonese


sumber dari:
http://malay--history.blogspot.com/2011/05/golden-chersonese.html




TRADING
Kita teruskan kepositifan trading kita. 
Harga akan terus bergerak, hanya dua arah, sama ada ke atas atau ke bawah.Ia tidak akan statik. 
Alhamdulillah atas segala rezeki. Thank you Allah.

p/s; 
sori kalau lately ni lewat sikit reply email or sms, currently sedang uruskan few things. 
anyway, trade akan tetap berjalan as usual.

Wednesday, 8 January 2014

Working hour & Solat hour


foto: http://adib.typepad.com/blog/2009/11/off-to-solat.html


-sorry, lewat update blog minggu ni..-

Kali ni nak cerita sikit tentang waktu solat semasa bekerja (untuk yang makan gaji).

Sebagaimana semua tahu, semasa seseorang staf itu sign appointment letter, dah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, working hour dari pukul berapa sampai pukul berapa. Dan waktu lunch/rest pukul berapa.

Tapi jika kita lihat sekarang ni, ada masanya rules itu tidak dipatuhi. Waktu lunch hour, diguna untuk makan, minum, berborak, smoking, or shopping. Then lepas habis lunch hour baru masuk kerja (ada yang siap ada masa tambahan lagi, masuk ofis lewat). Sambung kerja, sambil layan FB, etc... Then, lepas tu baru nak pergi solat.

For me, waktu solat boleh dilakukan semasa lunch hour tadi. Dan bukankah lagi afdhal solat di awal waktu. Terutama mereka yang bekerja di syarikat korporat yang punyai working culture yang berbeza, tak seperti agensi lain yang ada waktu untuk minum pagi, minum petang, etc...So, jika dah join company tersebut, perlu adapt dan mematuhi peraturannya.

Sebelum ni (suatu ketika dulu) saya bekerja di beberapa buah bank, local and foreign bank. Dan majoriti boss-boss saya adalah non Muslim. Kebanyakannya chinese. So far semasa saya bekerja dulu, alhamdulillah tidak pernah timbul isu dengan bos-bos saya tentang waktu solat, tidak kira solat fardhu biasa atau solat Jumaat. Saya akui, ada ada beberapa staf Melayu lain yang menyalahgunakan keutamaan solat hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan bangsa lain yang non muslim. Kadang susah jugak saya nak tegur dan nasihat kawan-kawan saya tu.. Ada tu yang ambik masa sampai hampir setengah jam untuk Zohor, dan setengah jam lagi untuk Asar. Itu belum waktu solat Jumaat, lagi panjang masanya. Ada sorang kawan saya tu tiap kali solat Jumaat mesti masuk lewat antara setengah jam hingga sejam. Sampaikan ada satu hari tu boss yang panggil saya ke dalam dalam bilik, sebab nak tanya beberapa perkara tentang solat..bila masuk waktu, berapa lama, dan few things tentang Islam yang saya akui kebanyakan disalahfaham, berpunca dari orang islam itu sendiri. Hingga ia memberikan wrong impression pada mereka.

Selalunya saya akan solat Zuhur pada lunch hour.
Untuk waktu Asar pula saya dah awal-awal inform boss saya untuk keluar. Dan saya akan gantikan waktu tersebut dengan balik lewat maybe dalam 15 min to setengah jam biasanya. Dan sudah menjadi kebiasaan untuk balik jam 9 atau 10 malam, even hingga 12 tengah malam, bukan sesuatu yang luarbiasa waktu itu. Dan saya akui, saya bukan bagus sangat, bukan selalu solat di awal waktu, kadang habis working hour baru solat Asar.

Islam itu mengutamakan kejujuran. Kejujuran termasuk dalam waktu kerja dan solat. Juga kebersihan dalam rezeki kita. Andai 10 minit kita 'mengular' akan ditanya kelak. Kerana rezeki itu boleh jadi haram. Apatah lagi aktiviti 'mengular' tersebut di cover beri alasan untuk solat, seolah-olah memberi kuasa veto dan tidak boleh dipersoalkan oleh orang. Benda ni yang kebanyakan orang terlepas pandang atau pandang ringan. Kalau rasuah, pecah amanah, mencuri tu orang dah lama faham. Tapi part mencari rezeki haram dengan cara tak nampak ni, yang orang tak kisah. Sebab tu rezeki boleh hilang keberkatannya dan gaji tak pernah cukup walau kerja berpuluh tahun.

Apatah lagi jika yang mempersoal penyalahgunaan waktu solat tersebut adalah non Muslim, terus melenting. Sedangkan adalah perlu untuk mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Agar Islam itu dipandang mulia oleh bangsa lain juga.


Apapun hidup ini sentiasa ada pilihan. 
Sama ada pilihan hidup yang dikawal oleh orang lain, atau hidup yang diatur oleh diri sendiri.
Income yang ditentukan oleh orang lain, atau income yang ditentukan oleh diri sendiri.

Apapun, sekarang saya lebih prefer menceburi bidang business. 
We can make our own rules.

selain dapat mengelakkan diri dari sumber yang 'diragui', juga menjauhkan diri dari 'industri riba'....

****
Some sharing dari Dr Danial Zainal Abidin & Ustaz Azhar Idrus:





TRADING
Still positive. Alhamdulillah.

some interesting story to share: