Friday, 30 August 2013

Siapa Nak Jadi Jutawan?


"Who wants to be a millionaire?"

Satu rancangan yang agak popular suatu ketika dulu.

Secara mudahnya, pada persepsi umum, untuk menjadi jutawan taklah sesukar mana. Ada sejuta ringgit, automatik dah jadi jutawan. Tak kiralah menang pertandingan, hasil income dari bisnes, atau diwarisi dari famili yang kaya-raya. 

Di zaman ini, untuk mencapai tahap jutawan tak seperti dahulu. Era globalisasi dan era internet membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang bijak dan berani merebut peluang, tanpa mengambil kira orang tu ada degree atau spm cuma, tak kira dia anak orang berada atau orang biasa. Sudah tak ada gap lagi pada zaman ni compare zaman dulu. Cuma, nak atau tak nak sahaja. Apatah lagi, nilai sejuta ringgit zaman sekarang ni tak sama dah dengan 20 atau 30 tahun dulu. 

Tapi, adakah mereka yang punyai wang berjuta ringgit itu dah dianggap jutawan?

Sekadar pedapat saya.. Status jutawan bukan dicapai dengan hanya punyai simpanan sejuta ringgit dalam akaunnya sendiri. Jutawan adalah seseorang yang dah meyumbangkan at least jutaan ringgit kepada masyarakat sekeliling. Barulah boleh digelar jutawan sebenar. Kita punyai tokoh-tokoh jutawan dermawan seperti Syed Mokhtar Al Bukhary, usahawan yang berjaya dan perlu kita contohi. Walau income berjuta-juta, tetapi beliau punyai perwatakan yang humble. Dan saya yakin semakin ramai jutawan Muslim zaman ini yang banyak meyumbang kepada pembangunan ekonomi tanpa mengira bangsa atau warna kulit. Zaman 'jutawan tipikal era lama' sudah berlalu, cuma mungkin ada segelintir yang belum sedar masih terikut-ikut dengan gaya bermewah-mewah keterlaluan untuk kepentingan diri sahaja. Kita doakan mereka berubah ke arah menjadi lebih baik.

Apapun mari kita sama-sama kuat berusaha meningkatkan ekonomi dan menjadi jutawan yang dermawan. Rasulullah sendiri adalah bisnesman yang kaya dan berjaya. Kita sayang kepada Rasulullah kan..? So, mari kita contohi beliau.


TRADING:
Pada awal minggu, harga emas naik. Tapi, dalam sehari dua ni dia start turun pulak.. 
Kalau harga turun lagi dalam masa terdekat pun, kita just get ready masa yang sesuai untuk buy balik.
Apapun, trading terus positive dan menguntungkan. Sila rujuk statement.

**
Moga Syria, tidak akan menerima nasib seperti Iraq. Seluruh pelusuk dunia sekarang semakin bijak dan tahu membezakan mana berita betul dan mana berita rekaan. Boleh pulak tiba-tiba ada penggunaan gas beracun. Ada-ada je helah diorang nak cari sebab nak attack. Lepas tu nak dilaga-lagakan antara Syiah dan Sunni, kalau boleh nak dibesar-besarkan dan kucar kacir negara-negara di timur tengah. Yang lebih menyedihkan, ada negara Islam yang support geng-geng negara samseng. Moga keamanan dapat dicapai.



***
Selamat Hari Merdeka, dan Selamat Terus Memperjuangkan Kemerdekaan!




Saturday, 24 August 2013

Aiman tak kisah...


Sebuah kisah separuh benar, terjadi di sebuah pedalaman:

"Ibu..kenapa cara Aiman berjalan tak macam orang lain?" keluh Aiman, sebaik saja sampai di rumahnya.

'Sebab Aiman special, tidak seperti orang lain. Kerana setiap orang dilahirkan istimewa", balas ibunya ringkas.

"Tapi kawan-kawan Aiman kata cara Aiman jalan tak sama seperti mereka.. Sewaktu bermain dengan kawan-kawan, cuma Aiman je yang jalan lain macam.. Aiman malu, sebab kawan-kawan tak nak kawan sangat dengan Aiman."

"Bukan itu sahaja, mereka turut mengata ibu di sekolah..mereka kata umpama ibu ketam mengajar anaknya berjalan tegak, sedangkan dia berjalan mengiring...kenapa ibu?

Ibunya tersenyum sambil menjawab:
"Tuhan telah menjadikan setiap makhluknya dengan fitrahnya sendiri. Setiap makhluk berbeza dengan makhluk yang lain. Untuk berjaya dalam hidup, kita tidak perlu menjadi orang lain. Untuk maju kita tidak perlu mengikut arus. Apatah lagi di zaman sekarang ini, yang majoritinya adalah sudah bukan di landasan yang sepatutnya. Mereka dengan sengaja melanggar hukum yang telah ditetapkan. Dan tanpa disedari, majoriti akan mengikuti jalan-jalan tersebut, kerana jika tidak mengikutnya bimbang dipinggirkan dalam masyarakat."

"Untuk berjaya, kita mestilah menjadi diri kita sendiri. Kita dilahirkan istimewa, maka sepatutnya kita membesar dengan penuh keistimewaan dan menggunakan segala keupayaan dan kelebihan yang kita ada. Bukannya dengan sekadar akur dengan sekeliling, atau akur dengan cakap orang lain yang mahu kita mengikut cara seperti mereka. Semata-mata nak ikut trend kononnya"

"Kita bukan mereka. Kerana kita adalah spesies ketam, yang sudah sediakala berjalan mengiring tatkala kita dilahirkan. Tak perlu kita mengubah fitrah anugerah Tuhan ini. Biarlah dengan apa yang manusia cakapkan itu, kerana ibu yakin tidak semua manusia berfikiran sedemikian sekarang ini. Kerana zaman ini juga, semakin ramai manusia yang semakin rajin berfikir tatkala melihat alam sekeliling kejadian Tuhan, dan belajar bersyukur." terang ibu Aiman kepada anak kesayangannya itu.

"Terima kasih ibu, sebab menyedarkan Aiman, yang Aiman ini sebenarnya seekor anak ketam. Baru Aiman perasan, rupa-rupanya kawan Aiman kat pantai tu adalah belangkas, ikan tembakul, dan umang-umang, dan mereka spesis yang berbeza dengan kita. Patutlah cara mereka berjalan lain, tak seperti Aiman. So, tak perlulah Aiman jadi seperti mereka. Macam kata ibu itu, untuk berjaya biarlah kita mensyukuri segala keistimewaan yang dikurniakan kepada kita." jawab Aiman dengan senyuman yakin.


*note: coretan spontan selepas makan ketam masa lunch tadi. tiba-tiba terfikir pulak pasal kehidupan ketam. musim raya ni asyik makan rendang, lemang, kuih raya, etc...sesekali nak makan yang lain sikit.


TRADING
Alhamdulillah. Syukur.
Note kepada para peserta, maaf kalau saya agak terlewat nak respons to email, sms, etc...Iyalah, kadang-kadang banyak urusan nak disetel. Apapun, saya akan cuba untuk memberi maklum balas secepat mungkin. Terima kasih.

**
Krisis di Mesir, semakin kritikal. Pelbagai babak dan watak baru muncul. Hosni Mubarak yang dah lama senyap pun dipanggil semula oleh 'tuan director'. Kita doakan yang terbaik untuk semua. 


Friday, 16 August 2013

Lets Choose Positive!




"Kejap pakai tudung .. kejap tak pakai tudung.. Baik tak payah pakai terus.."
"Pakai baju bertutup pun sexy, sama je.. baik bukak je terus"

Dialog di atas terdengar masa beraya hari tu.. 
terdengar dalam satu perbualan sekumpulan yang sedang menonton rancangan raya di TV..


Selalu dan biasa sangat kita dengar dalam masyarakat kita...
Dan ada masanya ia diucapkan oleh mereka yang ada gelaran 'ustaz' dan dipandang tinggi dalam masyarakat.

Banyak sangat kecenderungan ke arah NEGATIF dan MENJATUHKAN di dalam masyarakat kita.

Bukan dalam part berpakaian je..
Banyak lagi dalam bidang dan perkara lain yang lebih besar. 
Ekonomi, sosial, politik dan lain-lain.

Contohnya; kalau ada orang tu baru nak start belajar bisnes:
"Berniaga pun kejap untung, kejap rugi, untung pun tak seberapa.. baik tak payahlah..banyak kerja lain lagi  boleh buat..makan gaji jer, kan lagi senang..

Sedangkan kita sentiasa diberi pilihan.
Antara POSITIF dan NEGATIF. 
Antara MEMBINA dan MENJATUHKAN.
Antara CONSTRUCTIVE dan DESTRUCTIVE.
Antara OPTIMIST dan PESSIMIST.

Bukankah lagi elok kalau MENDOAKAN.  
Dan memberi NASIHAT & TEGURAN SUPPORTIVE SECARA BERHEMAH.
Memberikan GUIDANCE, ALTERNATIVE, INSTRUCTION dan SOLUTION.
Agar sesuatu/seseorang yang ada kekurangan itu boleh IMPROVE KEPADA LEBIH BAIK.

Jika ingin menegur, tegur dengan cara baik dan sopan.
Bukannya dengan rasa ego dan takbur seolah-olah ilmu terlalu penuh di dada.
Dan dirinya saja yang betul.
Baru orang respek kepada ajaran Islam itu sendiri.

Apabila orang beragama lain 'merendahkan' maruah Islam kita marah.
Tetapi, apabila orang beragama Islam sendiri 'merendahkan' agama Islam, sepatutnya kita perlu lebih buka mata.
Let's change.

Jika suatu situasi itu gelap, suram atau kurang cahaya, maka TERANGILAH IA DENGAN CAHAYA.
Bukannya ditambah lagi dengan kegelapan.

Choose to shine.



TRADING
Alhamdulillah. Semakin ramai penganalisa yang meramalkan harga emas akan semakin naik. For me, saya tidak solely trading, base on data yang telah lepas, atau pun data yang belum berlaku. I trade on the data pada SAAT INI. Jika harga emas terus naik, alhamdulillah. Jika tidak pun, kita terus trade macam biasa. Sila rujuk di statement.

http://www.forbes.com/sites/anthonydemarco/2013/08/15/global-gold-jewelry-demand-reaches-five-year-high/

Permintaan kepada emas semakin tinggi dan terus meningkat. Lagi-lagi masa time harga emas tengah rendah sekarang.  Good news.

Monday, 12 August 2013

Budaya Duit Raya



Memandangkan sekarang mood raya, just nak citer sikit sesuatu yang related dengan suasana hari raya. Fokus pada one thing, iaitu budaya pemberian duit raya, especially pada kanak-kanak.

Few things dari pemerhatian saya, yang rasanya perlu diambil perhatian.

-Budak-budak dah pandai meminta-minta, sedangkan duit raya adalah satu pemberian, jika tidak dididik, ditakuti mereka membesar dengan sikap suka meminta-minta, dan mengharap pada orang lain.

-Orang dewasa duduk di kerusi, dan budak-budak beratur untuk dapatkan duit raya. Suppose the other way. Ia nya pemberian, so perlu pergi kepada mereka, dan give ke tangan mereka. Ditakuti terbawa-bawa gaya itu ke dalam bidang politik, orang susah terpaksa beratur untuk mendapatkan hak mereka. Semata-mata nak publisiti dari media.

-Ditayang-tayang duit raya semasa memberi, especially jika melibatkan jumlah yang agak besar.

-Beraya di rumah orang sekadar nak collect duit raya. Ada juga tuan rumah yang bagi terus duit raya, dan tak invite masuk, sebab 'malas' nak layan budak2 yang datang tu, sibuk sangat nak layan astro.

-Penerima secara terbuka membuka sampul dan mengira, lagi teruk membanding-bandingkan, dan paling teruk mengeluh sebab jumlah sikit sangat.

Memang benda ni nampak kecik je. Tapi dari benda kecik ni lah ia akan juga mempengaruhi budak tu bila besar nanti. Kita tak nak mereka jadi meminta-minta, dan kalau jadi pemberi pula, mereka jadi pemberi yang ada udang disebalik batu. Lagi teruk kalau mereka pegang jawatan besar dalam agensi tertentu atau ada jawatan dalam politik.

So, sama-sama kita didik anak-anak kita tentang etika pemberian dan penerimaan duit raya, dan jadikan kita contoh yang baik kepada mereka.

Kita disuruh bersedekah. Ianya sangat baik. 
Tapi mesti kena dengan caranya. Kita tak nak ia sia-sia.

Salam Syawal dari saya untuk semua.


TRADING
Lewat update minggu lepas punya, sebab terlebih makan ketupat, lemang, rendang dan kuih raya. 
Juga banyak tempat nak beraya.
Alhamdulillah trading terus profit.
Sila rujuk di ruangan trading statement.
Terima kasih.


Wednesday, 7 August 2013

Salam Aidilfitri!




Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin
Saya ucapkan kepada semua peserta
Juga kepada pembaca blog ini

Saturday, 3 August 2013

Veni, Vidi, Vici



I came.
I saw.
I conquered.

Moto di atas sudah lama dipraktikkan oleh penjajah sejak beratus tahun dahulu.

Negara-negara Eropah menjelajah ke seluruh pelusuk, termasuk negara kita disinggahi. Bukan sekadar singgah untuk berteduh dan melepaskan lelah je Kalau takat nak singgah kejap, tak apa, boleh juga hidangkan ubi rebus panas, cecah sambal, dengan air kopi o kat diorang. Negara kita dikenali sebagai Semenanjung Emas. Selain hasil bumi yang kaya, ada juga yang mengatakan memang kerajaan-kerajaan besar yang ada masa tu memang masyhur dan kaya, punyai simpanan emas yang banyak. Dari Portugis sampai ke British. Masa tu 'syarikat korporat' yang memainkan peranan adalah Kompeni India Timur Inggeris, atas arahan 'CEO' mereka yang berada nun jauh di negara mereka datang.

Panjang sejarahnya lepas tu. So kita pendekkan cerita, sebab tak semua berminat dengan kisah buku teks sejarah.

Dipendekkan cerita, akhirnya mereka 'memberi kemerdekaan' kepada kita.

Diorang dah tanam benih yang berakar umbi terlalu dalam mencengkam apabila kita menggunapakai 'acuan perlembagaan tertinggi' yang dihadiahkan oleh mereka, sebelum mereka balik.
So, MISSION ACCOMPLISHED.


Di zaman moden ini, kaedah dia lain sikit. Tak perlu dah naik kapal laut berbulan-bulan di laut. Lagi mudah dan pantas dengan pelbagai teknologi yang sangat hebat.

Dan tak sesukar dulu kalau nak mengaut kekayaan dari negara lain. Juga untuk mengawal sesebuah negara mengikut skrip yang diingini. Tengok kes, situasi poitik dan tengok negara jugak lah, so ada yang drama kategori ganas, ada yang thriller, ada yang soap opera beratus episod tak habis-habis.


Suatu ketika dulu, tiada bank asing di Iraq. Sedangkan negara itu antara negara terbesar pengeluar emas hitam (petroleum). Mestilah, ramai orang jeles kan. Iraq memang punyai kisah yang pergolakan yang panjang. Rasanya semua dah sedia maklum dan tak perlu diceritakan di sini.

Dan kini, setelah habis negara Iraq dimusnahkan, masa untuk membina kembali.
Nak bangunkan negara kena pakai duit.. A lot of money..A lot of business opportunities. $$
Satu persatu pirate of the caribbean  zaman moden tiba.
Cuma bezanya, pirate zaman ni smart, pakai kot dan tie dan berwajah manis, dan hanya membawa pen mahal.
Bukannya berwajah bengis, bermata satu, muka berparut, dan menghunus pedang tajam.
(the pen is mightier than the sword?..)
Kadang-kadang bila difikirkan, pirate zaman dulu lagi gentleman kot, sebab diorang jujur mengaku diorang jahat.

Cengkaman penjajah zaman moden, dengan menggunakan RIBA sebagai senjata utama mereka untuk mengawal kehidupan manusia, tanpa mengira warganegara, tanpa mengira siapa. Riba akhir zaman lebih bahaya sebenarnya, sebab mereka gunakan nama Islam dalam packaging produk tersebut. So, ramai yang dengan rela hati membiarkan dan merelakan diri dirantai selama berpuluh tahun.

Anyway, kita ambil iktibar atas apa yang telah dan sedang terjadi. Jiran-jiran negara Iraq pun tengah panas. Mesir pun tengah sangat genting. Demokrasi yang 'mereka' agungkan, demokrasi itu juga mereka boleh musnahkan bila-bila masa. Kita doakan yang terbaik untuk perjuangan saudara-saudara kita, dan untuk kita semua, tanpa mengira bangsa, untuk pertahankan akidah, bukan sekadar ekonomi.


TRADING
Alhamdulillah. Pada awal minggu harga emas banyak ke bawah, di akhir-akhir baru naik balik sikit. Walau minggu lepas agak penuh jadual dengan aktiviti, still achieve target dan profitable. Kindly refer to the trading statement menu.