
Sebuah kisah separuh benar, terjadi di sebuah pedalaman:
"Ibu..kenapa cara Aiman berjalan tak macam orang lain?" keluh Aiman, sebaik saja sampai di rumahnya.
'Sebab Aiman special, tidak seperti orang lain. Kerana setiap orang dilahirkan istimewa", balas ibunya ringkas.
"Tapi kawan-kawan Aiman kata cara Aiman jalan tak sama seperti mereka.. Sewaktu bermain dengan kawan-kawan, cuma Aiman je yang jalan lain macam.. Aiman malu, sebab kawan-kawan tak nak kawan sangat dengan Aiman."
"Bukan itu sahaja, mereka turut mengata ibu di sekolah..mereka kata umpama ibu ketam mengajar anaknya berjalan tegak, sedangkan dia berjalan mengiring...kenapa ibu?
Ibunya tersenyum sambil menjawab:
"Tuhan telah menjadikan setiap makhluknya dengan fitrahnya sendiri. Setiap makhluk berbeza dengan makhluk yang lain. Untuk berjaya dalam hidup, kita tidak perlu menjadi orang lain. Untuk maju kita tidak perlu mengikut arus. Apatah lagi di zaman sekarang ini, yang majoritinya adalah sudah bukan di landasan yang sepatutnya. Mereka dengan sengaja melanggar hukum yang telah ditetapkan. Dan tanpa disedari, majoriti akan mengikuti jalan-jalan tersebut, kerana jika tidak mengikutnya bimbang dipinggirkan dalam masyarakat."
"Untuk berjaya, kita mestilah menjadi diri kita sendiri. Kita dilahirkan istimewa, maka sepatutnya kita membesar dengan penuh keistimewaan dan menggunakan segala keupayaan dan kelebihan yang kita ada. Bukannya dengan sekadar akur dengan sekeliling, atau akur dengan cakap orang lain yang mahu kita mengikut cara seperti mereka. Semata-mata nak ikut trend kononnya"
"Kita bukan mereka. Kerana kita adalah spesies ketam, yang sudah sediakala berjalan mengiring tatkala kita dilahirkan. Tak perlu kita mengubah fitrah anugerah Tuhan ini. Biarlah dengan apa yang manusia cakapkan itu, kerana ibu yakin tidak semua manusia berfikiran sedemikian sekarang ini. Kerana zaman ini juga, semakin ramai manusia yang semakin rajin berfikir tatkala melihat alam sekeliling kejadian Tuhan, dan belajar bersyukur." terang ibu Aiman kepada anak kesayangannya itu.
"Terima kasih ibu, sebab menyedarkan Aiman, yang Aiman ini sebenarnya seekor anak ketam. Baru Aiman perasan, rupa-rupanya kawan Aiman kat pantai tu adalah belangkas, ikan tembakul, dan umang-umang, dan mereka spesis yang berbeza dengan kita. Patutlah cara mereka berjalan lain, tak seperti Aiman. So, tak perlulah Aiman jadi seperti mereka. Macam kata ibu itu, untuk berjaya biarlah kita mensyukuri segala keistimewaan yang dikurniakan kepada kita." jawab Aiman dengan senyuman yakin.
*note: coretan spontan selepas makan ketam masa lunch tadi. tiba-tiba terfikir pulak pasal kehidupan ketam. musim raya ni asyik makan rendang, lemang, kuih raya, etc...sesekali nak makan yang lain sikit.
TRADING
Alhamdulillah. Syukur.
Note kepada para peserta, maaf kalau saya agak terlewat nak respons to email, sms, etc...Iyalah, kadang-kadang banyak urusan nak disetel. Apapun, saya akan cuba untuk memberi maklum balas secepat mungkin. Terima kasih.
**
Krisis di Mesir, semakin kritikal. Pelbagai babak dan watak baru muncul. Hosni Mubarak yang dah lama senyap pun dipanggil semula oleh 'tuan director'. Kita doakan yang terbaik untuk semua.
No comments:
Post a Comment