Monday, 24 February 2014

Memberi manfaat pada orang



Tak kira siapa kita. 
Apa kita buat. 
Di mana kita.

Dijadikannya kita semua. 
Untuk beribadah.
Termasuk dalam makna ibadah itu, dengan memberi manfaat kepada orang lain.
Walau kecil manfaatnya, pun bagus. 
Apatah lagi kalau manfaatnya lebih besar, lagi sangat bagus.

Kalau menjual nasi lemak di tepi jalan, mafaatnya untuk memberi nasi lemak yang paling sedap kepada orang yang mungkin tak pandai buat, atau tidak sempat untuk masak.
Kalau jual pisang goreng pun, sama juga, tak semua orang pandai goreng pisang dengan rasa yang sedap hingga menjilat jari.
Kalau bukak restoran yang besar, juga untuk memberi orang makan dan memberi rasa kenyang. Dan lagi orang suka kalau harganya sangat berbaloi.

Berniaga jangan berniat untuk mengkayakan diri sendiri. Jangan berniat nak collect profit banyak-banyak seperti yang di ajar di dalam buku bisnes di kebanyakan universiti zaman purba dahulukala.. kerana zaman dah berubah.

Juga konsep yang sama, dalam bidang yang lain, sama ada melibatkan produk atau servis.
Sama ada menjalankan perniagaan sendiri.
Atau menjalankan perniagaan orang lain.
Atau bekerja untuk orang lain.
Semuanya untuk memberi manfaat.

Even kalau bekerja di syarikat, tak kira swasta atau kerajaan.
Kalau kerja kerani atau di kaunter sekalipun.
Pastinya diusahakan untuk memberi komitmen dan perkhidmatan terbaik setiap masa.
Bukan sekadar cukup bulan dapat gaji.

MEMBERI.
MANFAAT.
KEPADA ORANG LAIN.
Lebih diutamakan dari kepentingan diri

Cuma kadangkala zaman sekarang ni, banyak yang dah terbalik, tak kira lah dalam bisnes atau makan gaji.
Banyak yang;

MENERIMA
KEUNTUNGAN
UNTUK DIRI SENDIRI
Lebih diutamakan dari kepentingan orang lain.

Jika kita lagi banyak memberi, insyaallah Dia akan lagi berlipat ganda banyaknya memberi pada orang yang suka memberi. Insyaallah, benda tu automatik. Hukum tu dan di setting macam tu. Memang tak perlu risau. As long syaratnya dicukupi, terutamanya 'keikhlasan'.

Semasa saya trading since dulu lagi, selalu saya fikirkan di  minda benda ni.
Apa yang aku boleh beri kat orang lain dengan aktiviti trading ini?
Sebab, bidang ni lain. Tak macam bisnes lain, yang ada produk fizikal, atau melibatkan orang lain.
Banyak menghadap screen, dan berurusan dengan broker sahaja.
Nak mengajar tentang trading, masih belum cukup kelayakan, dan ditakuti akan memberi ajaran sesat pulak.
Dan kalau orang bertanya pun belum tentu saya boleh jawab.

Jadi, solutionnya, tercetuslah idea program ini. Juga blog ini.
Sedikit perkongsian dari saya. Yang juga sedang terus belajar.


TRADING
Syukur.

Monday, 17 February 2014

Si mata satu



Smartphone.
Tablet.
Laptop.
PC.
Television.
Cinema.

Semua di atas menjadi benda yang kita tatap hari-hari.
Semuanya penuh dengan isi, bercampur baur.
Teknologi dan internet pula, makin hari makin maju dan laju.
Mungkin bagi sebahagian dari kita, tak terlibat dengan semua dari list di atas.
Tapi at least salah satu, mungkin menjadi rutin tontonan harian.
Semuanya punyai kebaikan..the positive side..Jika pandai pilih..
Semuanya juga punyai the negative side of it..Jika di salah guna, atau salah pilih..

Ada juga diantara kebaikan itu datang bersamanya keburukan.
Kadang-kadang kebaikan itu menyerupai keburukan.
Kadang-kadang keburukan itu menyerupai kebaikan.
Kadang-kadang kita keliru.
Mana yang baik, mana yang buruk.
Mana yang berita, mana yang drama, mana yang fitnah, mana yang propaganda.
Api disangka air.
Air disangka api.

Semuanya, mempunyai skrin yang satu.
Bermata satu.

Sepertimana dajal juga yang matanya satu.
Dengan fitnahnya yang meluas ke seluruh alam.
Dengan kepantasannya, menakluki seluruh maya.

Jadi.
Mari kita semua melihat dengan kedua belah mata.
Melihat dengan mata fizikal.
Juga, melihat dengan mata hati.

Di akhir zaman, jangan kita keliru.
Kerana kita sudah pun berada di zaman itu.


***********
http://harunyahya.com/en/Articles/4326/the-messiah-dajjal-has-secretly


TRADING.
Syukur terus positif.

Monday, 10 February 2014

Ada berani?




Sejak sekolah tadika,
hingga sekolah rendah,
hingga ke menengah,
then ke peringkat universiti dan lebih tinggi....

Dalam tempoh  tersebut,
Mereka yang paling banyak beri jawapan betul akan dipuji.
Mereka yang dapat markah penuh dalam ujian akan di respek.
Mereka yang dapat paling banyak A akan diiktiraf.
Mereka yang dapat CGPA paling tinggi akan disanjung.

Tapi, dalam realiti kehidupan,
hidup ini adakalanya akan menemui kesilapan, kesalahan, kegagalan atau kejatuhan.
Kerana ia adalah ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dalam 'universiti kehidupan',
dan tak semua orang 'berani ambik course tu'.
Dan kalau ada yang tak sengaja terambil 'kursus kegagalan' itu, tak semua berjaya melepasinya.

Ada juga segelintir pelajar yang sangat pintar dalam akademik,
namun apabila menceburi bidang trading (atau bisnes) agak sukar.
Dalam trading bukan soal siapa paling banyak betul.
Tapi yang penting berani atau tidak hadapinya, kalau result yang diperoleh, tiba-tiba tak betul.
Beranikah mengakuinya ketidakbetulan itu?
Berani atau tidak nak terima kesilapan.
Berani atau tidak untuk cut loss, seterusnya meminimakan kerugian?

Dalam trading tak semuanya black and white.
Banyak yang gray area.
Jadi, setelah decision making, adakalanya betul, adakalanya tak betul.
Walaupun setelah semua aspek teknikal dan fundamental dikaji dan diselidiki.

Dan ketika itu, ego akan  tercabar.
Secara lumrahnya kebanyakan orang akan punyai ego, bahawa keputusan yang dibuat pasti betul.

Aku ada degree, CGPA 4.00  tu, dapat anugerah lagi..
dari universiti yang sangat terkenal pulak tu, takkan buat silap kot.
Aku dah check semuanya patut OK, tapi apasal lain jadiknya berlaku?
Patut naik, tapi apasal tiba2 turun.
Tak puas hati ni, tak apa, kejap lagi reverse balik lah tu..
Dan macam-macam lagi ketidakpuashatian berlegar di fikiran...

Dan tanpa stop loss, trading tersebut terus floating, dengan harapan agar harga akan berpatah balik.
Akhirnya harapan tinggal harapan... Sanggup kena 'margin call', dari mengakui kesilapan.

Ada yang terus berjuang meneruskan perjalanan.
Ada yang belajar dari kesilapan.
Ada yang tak mahu belajar dan tak nak mengakuinya.
Ada yang berhenti...
Ada yang u-turn kembali..

Jadi amat perlu untuk merendahkan hati, tanpa mengira siapa latar belakang diri.
Namun sangat perlu berbesar hati punyai impian yang tinggi dan penuh aspirasi.
Melihat kehidupan sebagai proses pembelajaran berterusan.
Melihat kegagalan sebagai satu persinggahan sementara untuk terus sentiasa naik lebih tinggi.

Humble kan hati..


TRADING
Syukur, terus profit.

Tuesday, 4 February 2014

Trading is a journey, not a destination.



Sepanjang saya membuat porgram ini, ada beberapa request untuk saya mengajar trading. 
Syabas kerana anda ada keinginan untuk belajar.

Cuma, saya minta maaf sebab saya tidak membuat kelas mengajar trading.
Kerana seperti yang saya maklumkan awal-awal lagi dalam menu 'Tentang Saya', saya bukan kategori trader professional dan belum layak untuk mengajar. 

Cara saya trading pun 'lain macam' tak sama dengan trader lain, bahkan ada yang tak setuju dengan cara ini.

Terus terang saya cakap, kalau anda tanya sebarang soalan pun, tak semua saya boleh jawab. Tak kira lah sama ada berkaitan technical atau fundamental.  Dan saya akan advise anda rujuk kepada mereka yang lebih pakar. Saya akan hanya jawab apa yang saya tahu.

Tetapi apa yang saya boleh berikan di blog ini adalah perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada. Segalanya saya ada share di blog ini. Mungkin penyampaiannya secara  langsung, atau tak langsung, namun ianya menjadi asas penting dalam dunia trading.

Trading tidak perlukan diploma, degree, master, atau phd. Kerana jika ianya semudah itu, sudah ramai orang boleh menajdi jutawan tanpa perlu bersusah payah. Just ambik course di universiti, guna PTPTN, then start make money menghadap PC hari-hari, then bayar balik PTPTN tu full dengan cash.  (Tapi, jika adanya paper qualification, MAYBE ianya boleh menjadi bonus, dan mungkin lebih memudahkan dan mungkin mempercepatkan proses pembelajaran).

Tapi trading tak semudah itu.

Trading is simple, but it is not easy..untuk sesetengah orang.

Contoh paling mudah saya beri, sekadar perbandingan.

Solat subuh berjemaah di surau jauh lebih baik dari solat di rumah di akhir waktu.
Aktivitinya dan prosedurnya sangat mudah. Kaedahnya straight to the point.
Tapi, melaksanakannya secara konsisten dan berterusan, tak semua orang 'sanggup'.


Sebab itu juga, kita seringkali mendengar trader yang boleh membuat profit 100% dalam sebulan, ada yang 100% seminggu, even lebih cepat dari itu. Iya, ianya memang boleh dilakukan, kerana saya juga pernah melaluinya.

Biasanya trader baru yang memperoleh keuntungan tinggi tersebut adalah short term, sebelum ia 'dihilangkan' dengan loss, yang juga boleh dicapai dalam masa singkat, contohnya -100% keseluruhan duit dalam akaun, dalam masa sehari. Masa tu hancur luluh hati yang sebelumnya berbunga, kini kecewa menjadi pengganti.

Memang ada juga trader yang dah sampai level terror sikit dan boleh menguasai disiplin diri, mereka boleh memperoleh keuntungan tinggi secara konsisten, dalam jangka panjang. Dalam trading, everything is possible, sama ada profit 100%, atau loss 100%.

Sebagaimana yang banyak saya ungkapkan tentang berjayanya sesuatu kerjaya trading.
Trading adalah 20% sahaja berkaitan teknik, teknikal dan strategi. (faktor luaran).
Bakinya 80% adalah berkaitan disiplin diri, emosi dan psikologi. (faktor dalaman).

Faktor luaran tersebut nampak complicated dan orang akan sangat fokus kepadanya, mendalaminya setiap indicator, setiap expert advisor, setiap formula. Ada beratus-ratus strategi dan teknik. Dan semuanya bagus dan profitable. Tapi, yang peliknya juga, walaupun ianya sangat banyak, orang tak 'nampak', dan akan bertukar dari satu teknik ke satu teknik lain.

Yang ironinya, faktor dalaman adalah lebih simple. Cuma kuat atau tidak hati itu untuk mematuhi disiplinnya.
Part soal hati, tiada orang lain yang boleh mengubah, kecuali diri sendiri yang mahukannya. Dan part yang ini, orang kurang beri perhatian.

Jadi, my advise, banyakkan membaca buku motivasi, especially self help books yang boleh merubah gaya pemikiran dan cara kita memandang persekitaran dan mempunyai mind set positive dan kaya terlebih dahulu. 'Kayakan' minda dulu kita, sebelum 'kayakan' poket. Ini kerana, banyak sistem di sekeliling kita, sejak kecil lagi yang 'menjuruskan' minda kita untuk jadi 'tak kaya', sekadar cukup-cukup je. Iyalah, kalau semua orang kaya, integriti kita tak boleh dibeli, maruah kita tak boleh dibeli, undi kita pun tak boleh dibeli. Jadi, adalah lebih mudah 'merantai' umat manusia menjadi hamba dengan 'ketidakkayaan'. Rantai yang lebih kuat dan susah nak diputuskan, compare dari rantai besi hamba di zaman firaun.

Trading is a journey.
Yang silapnya, kebanyakan orang lebih fokus kepada destinasi.

Focus on the journey, dan setiap destinasi yang dicapai, akan sekadar menjadi persinggahan untuk meneruskan journey ke level lebih jauh.

Tetapi, jika fokusnya kepada destinasi, tiada kemanisan dalam merasai journey, dan lebih mudah untuk tersungkur dalam perjalanan itu.

Another comparison.
Solat, ibadah, dan apa jua yang kita buat hari-hari, NIAT nya adalah lillahitaala.
Bukan niat kerana pahala. Bukan kerana syurga.
Tak pernah kita jumpa, 'sahaja aku solat.........kerana nak dapat pahala banyak'.
Semuanya lillahitaala.
Kita serahkan kepada Dia. 
Kerana Dia.

Begitu juga trade, bekerja, berniaga, atau apa saja.
Kalau niat utamanya  untuk $$$, kekayaan itu akan makin jauh, apatah lagi keberkatan.

Sekadar perkongsian dari saya yang masih belajar dan dalam proses memperbaiki diri. I admit, part solat jemaah tu pun, saya belum betul-betul konsisten. Anyway, sama-sama kita semua menjadi lebih baik dari hari ke hari, kerana kita manusia yang ada kekurangan, tapi kita disuruh untuk sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri.


TRADING
Alhamdulillah profit