
gambar cendol sebagai hiasan, takde kena mengena pun dengan blog..saje je, tetiba teringat semasa menulis ni
Hari ini, saya nak buat eksperimen.
Jom kita buat sama-sama.
Bahan-bahannya; Sebiji cawan, sebiji besen, dan sebaldi air.
Letak cawan dan besen tersebut bersebelahan.
Eksperimen 1: Cawan kecil
Tuangkan sebaldi air tadi ke dalam cawan yang berada di atas lantai.
Tuang laju-laju, kalau boleh tarik sikit macam mamak buat teh tarik.
Pemerhatian: Apa yang terjadi?
Cawan itu tak dapat menampung air yang banyak, bahkan ianya tergolek jatuh sebab air jatuh dengan sangat banyak dan laju. Kalau dituang perlahan, maybe ok sikit, at least dapatlah, tapi still tak penuh, sebab balancenya akan melimpah keluar juga.

Eksperimen 2: Besen besar
Sama macam ekperimen tadi.
Tuangkan sebaldi air tadi ke dalam besen yang berada di atas lantai.
Pemerhatian: Apa yang terjadi?
Besen itu dipenuhi air, tak tumpah atau tergolek macam cawan tadi, walau dituang dengan laju dan sekaligus.

Kesimpulan.
Cawan dan besen itu umpama minda dan pemikiran kita.
Air di dalam baldi itu umpama duit dan kekayaan yang datang pada kita, atau yang kita kumpul.
Sekiranya kita tidak MEMPERSIAPKAN MINDA kita untuk think big, think positive dan mengkayakan minda, walau berapa banyak pun duit yang kita dapat, ianya tak akan kekal lama. Apatah lagi duit yang datang secara tiba-tiba dan banyak, contohnya menang hadiah wang tunai.
Mesti anda masih ingat kisah beberapa jutawan segera dari Labu Sendayan, yang pernah disiar di akhbar harian suatu ketika dulu. Kini, ada di antara mereka yang kedudukan kewangannya jauh lebih kasihan berbanding sebelum mereka menjadi jutawan.
Ini kerana, tanpa persiapan, secara subconciously wang tersebut akan diusahakan untuk dihabiskan, dihilangkan, atau dirugikan. Kerana minda tak muat nak menampung atau handle amaun wang yang besar. Rasa tak selesa, rasa dont deserve for it, sebab dah terlalu terbiasa hidup biasa-biasa cukup makan.
Itu yang saya alami dulu-dulu, masa mula-mula trading forex.
Dapat sekali banyak, biasalah, excited, target 100% profit terus sebulan, kadang seminggu, kadang sehari pun ada. Siang malam menghadap PC. Tapi, duit tu tak lama. Mula rasa tamak dan buat wrong decision.
Masa tu saya masih kerja makan gaji. Memang ghairah bila dapat profit yang sama gaji sebulan, dapat dalam tempoh singkat.
Lama kelamaan, setelah dimuhasabah, baru saya sedar, antara punca kebanyakan trader tak konsisten dalam trading adalah sebab MINDA dan PSIKOLOGI yang belum bersedia untuk satu 'dunia yang berbeza'.
Jika kita perhati, pemikiran seorang yang bekerja makan gaji adalah berbeza dengan pemikiran seorang businessman atau trader.
Apatah lagi sistem pendidikan kita dan juga budaya yang telah train kita untuk obey or manage, bukannya create and lead.
Manager dan leader adalah dua spesies yang berbeza. (Cuma, akhir-akhir ni dah semakin ramai kategori 'hybrid', di mana bekerja sambil buat business, satu perkembangan yang positif.)
Manager dan leader adalah dua spesies yang berbeza. (Cuma, akhir-akhir ni dah semakin ramai kategori 'hybrid', di mana bekerja sambil buat business, satu perkembangan yang positif.)
Dari dunia limited income, nak berubah ke dunia unlimited income, memang ambil masa..
Dari dunia comfort zone dan ada security, nak beralih ke dunia yang risky dan challenging, macam-macam boleh terjadi dalam trading/business.
Dari dunia yang dikawal dan diatur, ke dunia mengawal dan mengatur.
Dua dunia tersebut perlukan disiplin, tetapi disiplinnya berbeza.
Dua dunia tersebut perlukan disiplin, tetapi disiplinnya berbeza.
Apapun kita semua adalah khalifah, yang dilahirkan bebas dan merdeka, pilihan di tangan kita untuk memilih jalan kehidupan kita.
Open our mind. Think big.
**************************
TRADING
Alhamdulillah atas segala rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini.
http://www.forbes.com/sites/investor/2012/02/29/gold-set-for-5000-its-a-matter-of-when-not-if/
p/s
For info; harga emas sekarang dalam area 13xx
Ada penganalisis yang dah lama mejangkakan harga emas akan naik menjulang tinggi hampir ke 5000 per ounce!...
bahkan ada yang lebih berani target lebih dari tu!
Mungkin bukan pada masa terdekat...tetapi bukan juga dalam masa yang terlalu lama..
Insyaallah kita sempat jumpa lagi zaman tu, jika dipanjangkan usia.
(Iyalah, zaman sekarang ni semuanya sangat pantas dan express!)
Rasanya sudah tiba untuk semua orang take action now.
Anyway, saya bukan nujum pak belalang.
I am a trader, not a 'predictor'. Dan saya akan terus trading, kerana saya lebih yakin pada nilai emas, berbanding nilai kertas yang dilabel sebagai duit..
Yang pastiya, di akhir zaman zaman kegemilangan kebenaran akan tertegak juga, dan ia termasuk sistem ekonomi baru yang bakal menggantikan sistem ekonomi artificial hari ini.



