Semua payment telah selesai dibuat sebelum ini.
Tetapi, ada beberapa peserta yang menggunakan bank lain selain Maybank, iaitu CIMB, lewat sikit, sebab berpunca dari masalah teknikal. Semasa mengisi borang pendaftaran di blog ini, setiap column yang bermula dengan nombor 0 termasuk nombor akaun bank, nombor 0 tersebut akan automatik hilang. Jadi, nombor akaun tak cukup digit.
Jadi, bila transfer ianya tendang balik, dan baru hari ini ianya return back apabila saya check dalam online banking tadi. Apapun, saya sudah re-transfer sebentar tadi dengan menggunakan instant transfer, terus masuk sebab bukan menggunakan IBG transfer, jadi anda semua boleh semak akaun bank masing-masing. Semua dah settle.
Terima kasih kepada yang telah memaklumkan perkara ini. Maaf atas kelewatan yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati tentang perkara ini di masa akan datang.
Bulan June ini juga genap 3 bulan, bagi yang menyertai pada peringkat awal dulu, payment dibuat 3 bulan sekali. Tetapi mulai bulan Julai dan seterusnya, payment adalah setiap sebulan sekali.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda semua.
p/s
Kepada Encik Sabrie, yang baru mengisi borang pendaftaran, rasanya email yang diberi tersilap kot, sebab dah try hantar email, kena tendang balik. Sila emailkan alamat email yang betul, atau sms kan alamat email pun boleh.
No comments:
Post a Comment