Tuesday, 16 July 2013

Alhamdulillah, lapar & dahaga juga satu nikmat



Lapar Itu Indah

lapar dan dahaga
antara perkara yang sering di salah pandang dan di salah makna

kerana terlalu selesa dan menghargai kekenyangan

sudah terlalu terbiasa tentang perbandingan antara dua perkara;
antara baik dan jahat
antara kaya dan miskin
antara untung dan rugi.

tetapi antara kenyang dan lapar
ianya tidak boleh dibanding dengan timbangan yang sama
kerana keduanya punya kekuatan
terpulang dari sudut mana kita memandang

kenyang, memberi kekuatan jasmani
lapar, melatih dan memberi kekuatan rohani

maka
apabila aku mula merasa lapar dan dahaga
ku ucapkan alhamdulillah..syukur aku masih mampu merasa lapar dan dahaga
ianya satu nikmat dan anugerah
bermakna aku masih sihat dan punya tenaga

kerana ada orang yang tak pernah merasa nikmat lapar dan dahaga
ada juga yang sakit terlantar, sudah tidak merasa nikmat lapar dan selera

kerana lapar dahaga memberi kekuatan tiada batasan
berbanding kekuatan jasmani yang seketika

lagipun,
bukannya sampai ke tahap kebuluran
alhamdulillah, atas segala  kurniaan

.

salam ramadan dari aku kepada semua peserta dan pembaca blog ini,

hentian highway, R&R seremban arah utara
12.34 pm, 7 ramadan 1434



Weekly update
Lewat sikit update blog minggu ni, ada beberapa urusan di utara dan selatan beberapa hari lepas.
Alhamdulillah trading terus profitable dan konsisten.

No comments:

Post a Comment