Monday, 29 December 2014

Doa untuk semua





# Merujuk kepada situasi semasa; didoakan semoga banjir di pantai timur dan negeri negeri lain semakin surut. Dan moga semua mangsa yang terlibat selamat. Stay strong.

# Doa juga ditujukan kepada pesawat Airasia QZ8501.

Thursday, 18 December 2014

Tuhan pun online, check FB, Instagram, Whatsapp...




Bila teknologi manusia semakin canggih, kadang kita terlupa, sebenarnya ia cuma sedikit.
Ilmu yang manusia ada, umpama setitis air di lautan besar.
Kadang kia terlupa bahawa Tuhan pun check semua apa yang kita tulis di online, post gambar, dan lainnya..
Platform metatrader yang trader selalu guna pun Dia check...
Dia lagi Maha Tahu.. ke mana price akan pergi..
Jadi, kena selalu ingat Dia..

Bukan sekadar di dunia offline kita diperhatikan.

Kadang terlupa, kita merasakan Dia di alam lain,
dan Dia tak check  alam cyber dan alam online kerana ada yang merasakan ianya  'alam ciptaan manusia'..
Alam cyber, alam yang kita tahu ianya wujud, walau sukar nak diexplain bentuk rupanya..
Begitu juga alam akhirat, alak barzakh, alam ghaib...
Alam online ianya lebih pantas, lebih mudah, semuanya dihujung jari..
compare alam offline yang dilalui spesies manusia sebelum ini..

Perlu diingat, tiap kata, tiap niat, tiap pandangan, semuanya dibaca oleh Tuhan..
Walau kita letak fake account sekalipun, Dia tahu..
Dan semua tu akan jadi kita punya jariah berpanjangan, jika yang baik kita tulis dan share.
Tapi kalau sebaliknya yang ditulis dan dishare, maka sebaliknya  diperoleh kelak.

Teknologi yang ada memudahkan untuk kita membuat kebaikan dengan banyak dan pantas..
berbanding masa dulu..
Jadi, kongsikan kebaikan, dengan satu klik ke ribuan atau jutaan manusia..
Itu lebih baik
Walaupun hanya sepotong ayat di twitter..

Dalam trading pun, signal terbaik adalah dari Dia...
Jadi, kena selalu 'online' dengan Dia..
Doa dan dekati Dia...



Monday, 8 December 2014

Trader don't predict





Ada trader yang gemar untuk meramal pergerakan harga yang bakal berlaku.
Ada yang terlebih menganalisa dan buat pelbagai andaian pergerakan pasaran.

Kalau A, maka akan berlaku B.
Kalau news ini keluar, akan jadi kesan itu.

Trader tak semestinya perlu  jadi analyst.
Trader bukan fortune teller.
Trader tak perlu forecast atau predict the market.
Sebab, tiada siapa yang tahu masa depan,
tiada yang tahu apa yang berlaku esok,
atau beberapa jam, atau beberapa minit kemudian.
Tiada sesiapa yang tahu kecuali Dia.

Serahkan tugas menganalisa harga, menganalisa pasaran dan lain lain lagi kerja complicated kepada menteri kewangan, gabenor bank, presiden atau PM negara, pakar perunding ekonomi, market analyst dan seangkatan dengannya.

Jadi, tak perlu nak tambah kepeningan kepala dengan perkara tak perlu.
Tak perlu suka suka cari penat or stress.
Kecuali saje saje nak mengisi masa lapang, ataupun nak add knowledge, itu lain cerita.

Trade dengan simple. Sesimple mungkin.
Tak perlu banyak sangat indicator sampai penuh screen berwarna warni.
Untuk  long term ia akan meletihkan.

Just fokus dan fahami strategi dan sistem yang dipilih,
serta disiplini diri pada setup untuk entry dan exit, dan stop loss.

Trade pada moment itu,
ke mana juga market pergi, ke atas atau ke bawah,
jangan sesekali berharap agar ia akan mengikuti kemahuan kita,
just respect dan redho dengan pemergian market,
walau ke mana ia ingin pergi.
Let it go.


Less is more.
Focus kepada simplicity, bukannya complexity.



Wednesday, 3 December 2014

The Hour Between Dog & Wolf



(The hour) between dog and wolf, that is dusk, 
when the two can't be distinguished from each other, 
suggests a lot of other things besides the time of day...
The hour in which...
every being becomes his own shadow, 
and thus something other than himself. 
The hour of metamorphoses, 
when people half hope, 
half fear that a dog will become a wolf. 
The hour that comes down to us from at least as far back as the early Middle Ages, 
when country people believed that transformation might happen at any moment.

Jean Genet, Prisoner of Love (1986)

Petikan di atas adalah petikan yang saya petik dari buku 'The Hour Between Dog and Wolf' (John Coates; 2012). Sebuah buku yang bagus yang mengupas psikologi dan fisiologi yang melibatkan juga trader.

Trading melibatkan risiko.
Umpama juga seorang askar yang mara di medan perang.
Minda dan tubuhnya, nak tak nak kena prepare untuk keluar dari comfort zone.
Pada keadaan normal, orang akan avoid situasi berisiko.
Tapi, askar itu terus mara ke depan.
Perlu dipilih,
antara takut atau berani.
Antara mati atau hidup.
Bukan tugas mudah, dan perlu betul-betul sanggup.

Begitu juga trading.
Mental and fizikal perlu di adjust dari kebiasaan yang selesa.
Bila dia nak trade,
dia tahu apa yang bakal diperolehi,
either dia akan profit atau loss.

Kerana umpama serigala,  ia bukan mengharap untuk dibelai dan disuap diberi makanan bila sampai masanya.
Tapi, dia perlu meredah sendiri belantara penuh binatang buas dan bahaya lain.


Di dalam hutan belantara tebal,
Either dia kena makan hidup-hidup.
Atau dapat makan besar.

Hidup perlu sentiasa berani dan optimis.
Agar hidup 'benar-benar hidup'.



p/s
Sori, if lewat update blog, or lewat reply sms, email. Cuti sekolah ni, macam-macam aktiviti pulak..

Tuesday, 18 November 2014

The harder we fall, the stronger we rise




Untuk bejaya,
dalam trading,
dan apa juga dalam kehidupan,
jangan diiringi sikap perfectionist.
Inginkan standard yang terlampau tinggi,
ingin capai kesempurnaan dalam apa jua.

Orang yang perfectionist akan hadapi masalah dalam bidang trading.
Kerana dalam trading akan ada profit, dan kadang akan ada loss.
Bukan all the time positif dan profit.
Walaupun dah ikut semua sistem dan strategi.
Jika tak boleh nak terima loss, maka akan dirasakan ada kekurangan.

Loss, jatuh, gagal, silap, salah, adalah sebahagian proses pembelajaran dalam hidup.
Dan ia tiada dalam kamus mereka yang terlalu pandang tinggi memuja pada kesempurnaan.

Bukan berapa banyak yang kita menang.
Bukan berapa banyak kali kita berada di atas.

Tapi, yang penting berapa banyak kita boleh keep calm dan gain profit kembali bila loss.
Berapa banyak juga kita naik semula apabila kita jatuh di bawah.

 Life is a learning process yang berterusan,
bukannya  statik pada satu level yang di benchmark kan orang lain.


Dalam solat, ada masa posisi kita di atas.
Ada masa posisi kita di bawah.
Ia melatih kita untuk merasai dan menikmati semua posisi.

Praktis untuk kita meletak muka dan kepala kita ke lantai di bawah,
walau sebelum tu kepala kita di kedudukan tertinggi di atas.
To be kind and humble.
Juga praktis untuk bangkit dan naik berdiri tegak,
dengan semua anggota, tangan dan kaki penuh kesungguhan
To be strong and konfiden..

Walau di atas, kita dekat kepada Nya.
Walau di bawah, kita hampir kepada Nya.



# ###
Trade need a lot of brain activity..
the brain need enough blood for it to function effectively.
So, banyakkan sujud kepada Dia...
Kerana masa tu darah dapat mengalir ke otak dalam amaun yang secukupnya..
Sedangkan elektrik pun perlu pendawaian ke bumi.
Aliran kilat pun dialirkan ke bumi..
So penting juga aliran 'gelombang' di kepala kita di 'buat wiring ke bumi' dengan kerap..
Supaya tak short circuit dan berfungsi paling maksima tiap masa.

Tuesday, 11 November 2014

Harta & duit..a great responsibility..or untuk happy happy?



Baru baru ni ada terbual dengan kawan tentang soal harta pusaka..

Antara silap pandang yang berlaku dalam masyarakat hari ini,
dalam bagaimana melihat harta.
Harta termasuk duit.
Ramai orang anggap harta hanya untuk di suka suka.
Satu kelebihan yang dibangga bangga
Sesuatu yang gerenti buat orang gembira ria
Lagi banyak, lagi heppi

Masih ada orang pertikai hukum faraidh.
Yang melebihkan kepada lelaki dalam pembahagian harta pusaka.
Yang pertikai adalah orang muslim sendiri.
Bahkan masih ada adat budaya yang melebihkan wanita.

Dan masih ada yang tak ikut pun hukum tuhan tu,
sebab dirasakan tak relevan dan tak adil.
Hukum dari  yang Maha Adil, tidak adil?

Kejahilan itu berlaku apabila meliha harta dari persepsi yang tak betul.
'Harta' punyai persamaan dengan 'kuasa'.
With great power, comes great responsibility
Harta dan duit juga ada power..

Harta satu 'amanah' besar.
Ianya bukan untuk dijoli.
Ianya sesuatu yang berat perhitungannya nanti.
Kerana ia akan ditanya satu persatu nanti .
Lagi lagi, jika ianya bukan hak sepatutnya empunya diri

Harta yang ada di tangan cuma dipinjamkan
Pemegang harta, cuma menguruskan
Sebab tu tanggungjawab memegang harta dan kuasa diberi lebih kepada lelaki.
Kerana Islam beri keistimewaan kepada wanita dengan tak mahu memberati dan membebani
(Dalam ibadah lain pun wanita banyak diberi cuti dan keringanan)
Tapi, wanita tak dihalang dalam mencari dan mengumpulnya walau sebanyak mana.

Lelaki, sessi disoalsiasat kelak, akan lebih detail dan banyak.
Tentang bagaimana amanah mereka.
Bagaimana harta itu diuruskan?

Ada juga yang risau jika harta itu disalahguna jika lelaki yang mewarisi.
Tak kaya seseorang itu jika dia mewarisi sejuta ringgit.
Tak miskin juga seseorang itu jika dia mewarisi seratus ringgit.
Anytime Tuhan boleh bagi sebillion ringgit...
kepada yang punya seratus ringgit itu, jika dia berusaha
Anytime juga Dia boleh rentap semua harta yang ada pada yang punya sejuta ringgit itu..
hingga jadi negatif berhutang lagi dua juta ringgit..jika dia alpa

So, tak perlu risau or masuk campur dengan kerja tuhan..
biar Dia kasi settle semua..
yakin pada Dia
As long kita buat kerja kita

Jadi, untuk apa risau hilangnya sesuatu yang bukan milik kita..pinjaman sekejap cuma.
Dan untuk apa risau jika tiada harta, mintak kat Dia dan usaha..pasti dikurnia..
Dan alang alang nak mintak dan pinjam dari Dia, mintaklah banyak banyak
Jangan mintak sekadar cukup makan je
Asalkan dah usaha banyak

# The same thing applied in trading.. Setiap profit yang diperoleh..perlu dilihat dengan view yang betul..every single cent, usd or rm, bukan milik kita mutlak.


Thursday, 6 November 2014

Kisah dua orang..




ada dua orang
berdoa di depan kubur
seorang niat mendoakan roh si mati diampuni dosa dan tenang bersemadi
seorang niat memohon bantuan  kuasa lain kononnya punya keramat di makam itu

ada dua orang
seorang jual jus buahan dalam botol dengan niat orang yang minum akan sihat dan merasa nikmatnya
seorang lagi jual jus buahan dalam botol dengan niat nak tarik lagi ramai downline supaya bayar beratus ringgit, just for a bottle of drink

ada dua orang
seorang bisnesman yang ingin bisnesnya memberi banyak manfaat kepada ramai manusia
seorang lagi bisnesman yang ingin bisnesnya memberikan banyak kekayaan untuk dirinya

pada pandangan mata kasar, perbuatan keduanya sama..
tapi keduanya, membawa ke destinasi yang berbeza

antara pandangan mata kasar
dengan pandangan mata hati
antara niat di hati
dengan niat jauh di lubuk hati
ada beza

niat
benda paling orang tak nampak.
tapi
tiap perkara WAJIB ada dan BETUL niatnya
kerana ia bakal tentukan kita punya destinasi
bukan sahaja destinasi di 'sini'
malahan destinasi di 'sana' kelak..


Monday, 27 October 2014

Sekuntum bunga merah berdaun hijau




Pada satu masa dulu ada seorang budak kecil.
Dia suka melukis.
Sangat pandai melukis.
Sangat kreatif, lukisannya penuh dengan idea.
Bilik tidurnya penuh dengan pelbagai lukisan berwarna warni

Satu hari dia mula bersekolah.
Dan di sekolah ada subjek lukisan.
Wah! Best ni, saya boleh lukis macam macam..fikir budak tu.

Kelas lukisan bermula, dan budak tu terus melukis pemandangan yang sangat cantik.
Budak yang duduk di sebelahnya pun kagum..

Eh, nanti dulu..kata cikgunya
Jangan start melukis selagi saya tak suruh mula.

Lagipun saya nak kamu semua lukis gambar bunga hari ni.

Budak tu berhenti melukis..
Mula terbayang di kepalanya bunga bungaan berwarna warni di taman yang indah
Di rumah, dah banyak lukisan bunga dibuatnya, pelbagai jenis dan warna..
..bunga ros, bunga matahari, bunga dahlia, dan banyak lagi..
Banyak idea yang datang di kepalanya...

Tetapi, belum sempat dia mencorakkan kertas lukisannya yang baru.. 
cikgunya memberi arahan lagi..
Dengar sini..
Biar cikgu lukis di depan, kemudian kamu ikut seperti cikgu.
Cikgu melukis bunga raya lima kelopak berwarna merah, dengan daun hijau  di tangkainya..
Dan semua anak muridnya mengikuinya..
Termasuk budak tadi, yang pada mulanya nak melukis gambar bunga lain..tapi terpaksa akur..

Begitulah hari-hari..
dan minggu minggu berikutnya
Cuma topik lukisan yang ingin dilukis yang bertukar tiap minggu
Tapi, arahan diterima tetap sama..

Budak tu akan tunggu arahan dari cikgu sebelum mula melukis

Budak tu akan melukis seperti yang ditunjukkan  cikgu

.....

Pada satu masa, budak tu berpindah sekolah ke negeri lain kerana mengikut ibubapanya

Pada satu  kelas lukisan, cikgunya memberitahu, hari tu mereka semua akan melukis gambar bunga

Tapi budak tu hanya duduk termanggu tatkala murid lain mula melukis

Cikgu barunya perasan dan menghampiri..
Kenapa kamu tak mula melukis?
Saya menunggu arahan dari cikgu untuk mula melukis, jawabnya..
Ok, kamu boleh melukis sekarang, ujar cikgu.
Tapi, saya tak tahu nak lukis macam mana, sebab cikgu tak tunjukkan kat depan.. jawab budak tu.

Tak apa, kamu boleh lukis apa saja jenis bunga, tak kisah berapa kuntum, tak kisah warna apa, tak kisah bentuk macammana, terpulang pada kamu..cikgu tu membei penerangan sambil tersenyum

Budak tu mengangguk faham, sambil mula mengambil pensel warnanya..

Dilukisnya bunga raya lima kelopak, berwarna merah, dengan daun hijau di tangkainya..


***********************


Sebagai trader baru, saya akui mindset ambil masa sikit nak di adjust pada mulanya..
ia satu dunia yang jauh berbeza berbanding tahun tahun dilalui sebelumnya..

Tiada cikgu, guru, pensyarah, atau professor yang memberi arahan dan penerangan..
Tiada juga boss, manager, pengarah atau CEO yang memberi arahan dan panduan..

Tiada yang akan bagi guide.. bila nak buy, bila nak sell

Dunia trading punyai persamaan dengan dunia bisnes
Kita kena buat keputusan kita sendiri

Kita perlu 'buka ikatan' di minda kita terlebih dahulu
Kita kena 'buka minda' kita dulu




************

Antara berita terbaru berkaitan emas:




######


Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan... Salam Maal Hijrah!



Thursday, 23 October 2014

Give to god




Another tip for success, not just in trading, tapi dalam semua.. ialah dengan banyak memberi.
Memberi kepada orang lain dan makhluk lain termasuk haiwan sudah pastinya.

Tapi, selain tu, yang perlu konsisten juga ialah banyak memberi kepada tuhan.
Allah Maha Agung..dan tanpa pemberian kita pun Dia dah punya segala.
Tapi, pemberian kita yang terlalu kecil tetap dihargai oleh Nya. Dia maha melihat kesungguhan kita dan keikhlasan kita.

Tak perlu 'demand' dengan Dia.. contohnya kalau aku dapat apa yang aku mohon, baru aku akan buat itu dan ini, aku akan berpuasa, aku akan bagi sedekah, dan sebagainya.. Adakah kalau tak dapat apa dihajati, akan tiada yang diberi kepadaNya?

Sebaliknya, ' buat dahulu' ikhlaskan kepada Nya, dan reward tu biar Dia yang decide dan bagi.

Important tips juga!
Buat solat dhuha everyday. Bagi yang belum biasa, start with 2 rakaat..then upgrade rakaat tu from time to time. Buat everyday. Waktu permulaan pagi, dhuha adalah moment paling efektif dan produktif dalam our daily works. Tapi jika kita spend few minutes time tu, untuk kita bercommunicate with Dia, spend masa dengan Dia..Dia akan lebih dekat dengan kita. Mintak Dia guide kita dalam tiap decision yang kita nak choose.

Pengalaman saya sendiri, saya bukan start solat dhuha dari kecil. Umur 30 lebih baru start buat..and i can see the different.. Bilamasa tak pernah buat..then start buat 2 rakaat..then increase it.. you will feel the difference, walau banyak challenge in life, akan sentiasa ada jalan and solution..insyaallah.

Start giving kepada Dia now.
All praises to Allah.


Tuesday, 14 October 2014

A bodybuilder..and a trader..




Berapa lama agaknya seorang bodybuilder punyai body yang berketul ketul?
Dan bukan setakat berapa lama..
yang lebih utama...
berapa banyak kesungguhan, disiplin dan komitmen yang sanggup diberikan..

Siapa saja boleh pergi gym ataū fitness centre
Bahkan yang berduit boleh bayar kepada personal trainer yang paling mahal.
Kalau mampu, boleh juga hire Mr Universe ke, Mr Asia ke, Arnold SusahnakEja ke.
Maybe boleh ambik kursus intensif ekspress punya, dengan bayaran paling mahal.

Tapi..
Menjadi bodybuilder bukan proses cuma sehari.
Trainer boleh bagi instruction..
boleh bagi tips..
boleh bagi rahsia..
boleh bagi modul intensif..

Tapi, in the end..
Terpulang pada orang yang diajar itu..
Berapa kerap besi diangkat tiap hari..
berapa jam sanggup diluangkan tiap hari..
berapa sanggup dia meneruskan training setelah keletihan
berapa sanggup dia teruskan bila tercedera otot kerana kesilapan teknik
Dan untuk novice bukannya boleh terus angkat besi yang paling berat..
apatah lagi yang tak pernah pun buat workout..

Sesetengah orang salah angap dengan profession trader.
Orang salah anggap, ianya kerja mudah dan ekspress..
dan dianggap boleh berjaya dalam sehari dua..
'bukannya susah pun, cuma klik buy atau sell je..budak bawah umur pun boleh buat'
Ada yang salah anggap merasakan kursus ekspress sehari dengan ribuan ringgit dah cukup..
dan terus berangan..balik rumah terus boleh buat puluhan ribu ringgit sehari..
Kalau umpamanya di gym, dia nak terus angkat barbell yang 100 kilo..
sedangkan sebelum tu, yang 10 kilo pun tak pernah diangkat..

Kalau kat gym..kalau anggota badan cramp atau cedera..
dia akan automatik stop, sebab badan memang dah tak boleh teruskan..

Tapi kalau masa trading..kalau otak dah 'cramp'..atau burnout..
ia tak akan automatik stop (kecuali modal dah habis sebab MC)
otak akan terus berjalan..bezanya, masa tu tenaga emosi akan takeover otak..
Dan, masa tu biasanya bermulanya satu tragedi..

Mesti rajin praktis..
start small, and make it big..
angkat besi yang paling ringan dulu, dan dari masa ke semasa baru tambah..
sampai satu level benda tu dah jadi kebiasaan..dah jadi habit..
baru masa tu tak ada stress..
dan emosi tak akan boleh memasuki diri

Saturday, 4 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha




may allah bless you and your family  on this joyous day..
Salam Aidiladha untuk semua peserta dan pembaca blog ini   :)

Sunday, 28 September 2014

Motor, kereta, van, dan bas...tapi bukan keretapi





Bawak motor memang best, lagi lagi di bandar yang selalu jem. Tak perlu stuck berjam-jam. Kalau hujan, bagi rider tegar its not a problem (except, yang sesekali bawak motor, hujan sesuatu yang dirasakan satu masalah). Kalau hujan, apa susah, pakai baju hujan, or if lebat sangat berhenti kat tempat yang sesuai. Speeding bawak motor feel dia tak sama compare speeding dalam kereta beraircond. Speed kat sini bukan maksud merempit dan speeding tak bertempat. Sendiri di atas motor, kita lebih senang nak manoeuvre, senang nak mencilok.

Bila bawak kereta pulak, lagi-lagi bawak orang lain, contohnya famili yang kita sayang, biasanya kita akan lebih berhati hati. Dan jika ada pilihan, memang better naik kereta, sebab ia lebih safety compare motor. Tapi kalau kat bandar, memang tak boleh mencilok macam motor.

Jika famili atau kawan lebih ramai, better naik van atau mpv. Again, extra hati hati perlu semasa memandu sebab ia libatkan banyak nyawa di dalamnya.

Untuk jumlah lagi ramai, perlu bawak bas. Speed limit yang selamat tak sama dengan bawak kereta. Sebab penumpang lagi ramai. Saiz juga lebih besar dan berat. Kalau driver bas tu masa bercuti dari tugas dan bawak kereta tiba tiba dia eksiden, ia tak masuk front page akhbar. Tapi kalau eksiden masa bawak bas yang ramai penumpangnya,  dan melibatkan nyawa,  gerenti akan jadi isu negara.

The same thing dalam saya buat program ni. 
I start as a trader for my ownself. Sangat senang, tak perlu fikir orang. Relak, boleh buat suka hati. Komitmen kurang, apatah lagi boleh fokus lebih pada benda lain, biz dan projek lain.

Then, apabila saya plan nak buat something yang boleh bagi manfaat pada orang lain, dengan membuat program ni, i need to prepare myself. No need to be 100% perfect, but i need to learn and improve diri saya along the way. Dari segi komitmen, prosedur, attitude dan lainnya. Because, from time to time, peserta makin bertambah. Umpamanya, dari saiz kereta, ke saiz van, dan sekarang saiz bas. Dan saya tak plan untuk tambah menjadi saiz keretapi walaupun ianya lebih besar, dan boleh tambah gerabak kalau koc tak cukup. Sebab tu sekarang saya dah tak iklankan untuk ambik 'penumpang'. Siapa yang sudi sahaja, dipersilakan.

For now, saya lebih ingin fokus biasakan bawak bas dulu. Sekarang pun tengah belajar biasakan diri, sebab saiz dia besar dari kereta, kena asah skill. Tak terlalu ramai, but still boleh membantu mereka yang ingin pergi dari satu destinasi kehidupan, ke destinasi lain yang lebih baik. Saya hanya berhenti untuk seketika di beberapa perhentian, dan selagi ada seat kosong boleh naik, namun tiada paksaan..kerana perjalanan akan tetap diteruskan mengikut jadualnya.

Walau mungkin bas yang saya bawa bukan bas mewah, but saya lebih tekankan safety dan keselesaan dalam perjalanan. Speed juga bukan keutamaan. Apatah lagi, dengan jumlah penumpang yang ada sekarang. Lagi-lagi dengan jalan berliku yang ada masanya berlubang besar, jalan tengah construction untuk MRT, banyak lencongan..saya perlu lebih extra careful. Dan yang utama, sekarang ni jalan tengah menuruni bukit, brek kena jaga. Berapa banyak bas yang turun dari Genting sebelum ni yang ditimpa perkara tak diingini. 

Same thing in the market yang sedang downtrend sekarang. I need to be extra careful. Gaung sangat dalam kat sebelah tu, dan signboard tak clear lagi, kena jaga-jaga.
Moga anda semua selesa dengan perjalanan ini, dan saya cuba memastikan safety menjadi priority. 
Terima kasih.



* Kisah dan perumpamaan di atas, untuk menjawab beberapa soalan yang dihantar ke email saya, tentang kenapa lately ni  peratusan yang tak tinggi compare sebelumnya. Juga menjawab pada yang bertanya, ramai ke yang  join..

Monday, 22 September 2014

Berdiri..sama tinggi, atau perlu lebih tinggi?






Budaya kita sangat kaya dengan perumpamaan, simpulan bahasa, dan peribahasa.
Saya merasakan semua peribahasa itu asalnya niatnya murni,
dan definisi asalnya adalah memberi kebaikan kepada masyarakat.

Namun..masa berlalu..dulu dan kini..
Ada peribahasa yang relevan dengan situasi semasa...
Ada yang disalahanggap makna asalnya, ada yang diberi makna baru..

Peribahasa penting, kerana ia memberi acuan kepada cara berfikir sesuatu masyarakat.
Andai dari kecil dan dipaku di kepala otak budak kecil itu dengan batasan keupayaan dan kebolehannya..
maka ia akan membesar dengan kejayaan yang terbatas.
Bukan sekadar seorang individu yang dipaku pemikirannya,,
bahkan satu bangsa dan tamadun masyarakat boleh direndahkan pencapaian pemikirannya..

Antara mindset yang perlu diadjust settingnya ialah
"Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi'

Bangsa yang terlalu menjaga ketinggian, semata nak jaga hati orang lain  sukar nak naik lebih tinggi..
Bangsa yang tak nak orang lain lebih tinggi dari dia, juga sukar nak maju..
Bangsa yang nak duduk sama rendah, bukan saja akan terlalu selesa  terduduk,,
bahkan lama lama akan terbaring dan lama lama boleh terlena tanpa disedari..
Tamadun yang stagnant, tak de peningkatan ketinggian budaya,
akan makin lama makin berkarat menunggu masa rapuh dari dalamnya..


Sampai masanya untuk kita berdiri lebih tinggi dari masa ke semasa
Sentiasa berterusan tingkatkan ketinggian
Dan semasa di kedudukan tinggi di atas, perlu untuk menjadikan orang lain tinggi juga,
dan tak semestinya sama tinggi dengan kita, kalau boleh biar mereka lebih tinggi lagi..
Then, kita teruskan proses peninggian itu..learn from each other.
Baru bangsa itu akan semakin tinggi pencapaiannya,
tinggi ilmunya ,
tinggi teknologinya,
tinggi tamadunnya..

Jadi, lihat balik our mindset untuk tahu dimana tahap kebolehan dan ketinggian kita pada masa ini..
Tak perlu untuk sama level dengan orang lain.
Dan  perlu progresif untuk  terus think and act, how untuk naikkan kita punya ketinggian pencapaian..
tak kira dalam apa juga aspek, merangkumi ilmu, income, dan lainnya..

Dan semasa sedang tinggi, bukan masa untuk 'meninggi diri'..




#####

antara berita terbaru menarik tentang pasaran gold:

http://www.bloomberg.com/news/2014-09-18/china-opens-gold-market-to-foreigners-amid-price-ambition.html



#####
Ada yang bertanya pada saya tentang macamana teknik trading..
tak diceritakan pun dengan detail dalam blog.

For info, yang paling penting dalam trading is our mindset, teknik bukan keutamaan.
itu adalah 'holy grail' sebenar yang ramai  orang masih tak jumpa lagi, kerana ia dalam diri seseorang itu, dan kebanyakan orang mencari formula sakti di luar sana..manakan bisa ketemu?.
sebab tu dalam blog saya lebih fokus kepada mindset dan view yang betul, yang perlu di adjust dan dipolish terlebih dahulu....barulah teknik itu boleh dipelajari kemudian..

Tuesday, 16 September 2014

Kenapa?



Post kali ni untuk menjawab soalan yang ada ditanya. Terima kasih kepada penanya, sebelum ni  pun ada beberapa yang menghantar email dalam bentuk soalan yang hampir serupa.

Q:
Kenapa progam ini berbeza dengan pelaburan biasa lain ?
Biasanya bagi sesuatū pelaburan, profit dikira secara tahunan.
Boleh ke profit diperoleh secara mingguan atau bulanan?

A:
Untuk menjawab soalan ini, mungkin boleh kita tanya kepada program pelaburan yang menawarkan profit tahunan, dengan profit x % setahun itu. Kenapa dikira tahunan? Kenapa hanya x % setahun?

Memberi jawapan dalam bentuk soalan balik, sesekali boleh dipraktikkan.

A story...

Suatu ketika dulu..ada satu objek ajaib bernama basikal. Bukan hanya ajaib, bahkan ianya sakti, kerana walau hanya dua roda, orang boleh menunggangnya tanpa jatuh! Masa tu manusia sangat gembira..ia ciptaan yang sangat bagus, sebab dah kurang penat sikit compare jalan kaki. So manusia naiklah basikal untuk ke mana mana dengan cepat. Dari rumah nak ke kedai. Dari rumah nak ke pekan..

Tiba tiba satu hari, tercipta satu satu objek pelik lain bernama motosikal! 
Bahkan ianya punyai kesaktian  yang lebih dahsyat!
Manusia bukan je boleh pergi dari rumah ke pekan, malah dari JB ke Kangar dalam sehari!
Ada yang berani cuba. Ada yang pelik. Ada yang ragu. Ada yang was was. 
Mesti bahaya ni. Ianya sangaat laju berbanding basikal. kalau jatuh atau berlanggar boleh mati ni. 
Ditambah lagi statistik kes kemalangan ops sikap babitkan motor lebih tinggi, 
susah nak dengar orang naik basikal eksiden. 
Nak bawak kena ambik lesen lagi, basikal tak payah..
Very risky ni. High risk!

Dan kat kampung saya pun masih ada beberapa orang yang seumur hidupnya naik basikal, tak pernah bawak motor, sebab dah terbiasa dari dulu kayuh basikal. Its ok, pilihan masing masing, dan kita memahaminya.

Sebagaimana dalam pelaburan juga, pilihan di tangan masing-masing.
High reward, need certain amount of risk..tak semestinya high risk, as long we can manage the risk..

***

Zaman ni dah terlalu banyak berubah...walau mungkin ada yang tak perasan...
Tapi kenapa peratus keuntungan pelaburan konvensional tak banyak berubah sejak zaman dinosaur lagi?

Just sedikit gambaran mudah apa yang berlaku di keliling..

Suatu ketika dulu, kalau nak ke Lang Kawi dari Singa Pura, pasti ambil berpurnama lamanya. apatah lagi masa tu tak ada jalanraya, hanya hutan belantara. Kemudian jalanraya dicipta, dan ia mempercepat perjalanan. Kemudian lebuhraya dicipta. ia jadi makin cepat. Dan apabila ada kapalterbang, maka ia jadi tersangat cepat, tak sampai sejam sudah tiba.

Zaman dulu, mak bapak nak communicate dengan anak yang belajar di oversea, kena tulis surat, pegi post ofis, dan tunggu berhari or berminggu untuk sampaikan mesej. Zaman ni, nak tanya khabar sekelip mata je, bahkan boleh tengok live depan mata di skrin. Berapa pantasnya hidup dah berubah.

Perubahan yang telalu banyak, kalau dikira persen terlalu banyak peningkatan percentage dia. Zaman akan makin berubah, makin maju dan pantas. Dan ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuk ekonomi dan pasaran pelaburan dunia (sepatutnyalah). Apabila satu aspek berubah akan beri kesan pada aspek lain juga. Sepatutnya begitulah...

Zaman dulu, yang boleh trade hanya institusi kewangan besar je. Individu tak dibenarkan. Tapi kini dah berubah. Apatah lagi zaman ni, news dan pergerakan market boleh dipantau tiap saat 24 jam sehari. Zaman dulu sebelum adanya tv 24 jam apatah lagi internet, nak kena tunggu esok baru boleh dapatkan market news kat suratkhabar.

Contoh lain, kita tengok harga minyak pula. Jika dicompare dulu dan sekarang, banyak berubah, makin increase, dan banyak percentage increament. Naik tak pernah  turun.

Begitu juga harga barang, jika dicompare zaman kita kecik dulu, tak sama dengan sekarang. Harga kuih dah tak sama. Semua naik dengan percentage yang banyak.


Tapi.

Ada benda yang cuba disekat, agar tak naik..kalau naik pun, sikit je.
Ada juga benda yang boleh dinaikkan, boleh diturunkan.

Pelaburan dalam program 'pelaburan yang biasa', hanya ada kenaikan yang sangat sikit, tak selari dengan peratus kenaikan benda-benda lain . Supaya manusia dalam kategori middle income group, yang ada lebihan income, terus jadi kaya sikit je dari orang low income..dan tak jadi terlalu sangat kaya. To control and limit their wealth.

Sebab tu kalau nak betul betul kaya, perlu berniaga atau diinvest ke tempat mendatangkan manfaat, bukan simpan duit. Dalam kitab banyak  ayat suruh 'Dan belanjakanlah....'. Duit bukan untuk disimpan semata-mata. Tapi perlu ada ilmu. Ilmu berniaga hakiki, bukan hanya pengetahuan berniaga dari buku teks universiti.

Emas pulak, walau sepatutnya ia naik seperti  minyak dan lainnya..tapi ia dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kaut keuntungan mudah. Selain nak bagi gambaran negatif pada emas, dan nak canang kat umat manusia, duit kertas lagi berharga dari ketulan emas. Emas takde harga! itu jerit mereka..

Lately ni, harga emas menjunam lagi.

Pastinya ada pihak yang sudah awal-awal, bersiap sedia untuk kaut keuntungan dari kejatuhan itu.
Sebab mereka tahu bila ia akan dijatuhkan. Dan bila ia akan naik balik. They can manage the market. Sampai dah tak boleh tahan nanti, let the bubble burst.. Dalam sejarah, krisis ekonomi akan datang dan pergi, ia cycle yang akan berulang ulang. Masa krisis terjadi, banyak yang rugi terlingkup, tapi ada juga yang kaut untung besar.

Imagine..
Bagaimana kalau anda boleh mengawal turun naik market?
Setakat figure figure dalam unemployment rate, NFP report, dan news lain..
boleh diletak, dicreate dan diadjust secukup rasa..
Bila harga akan naik. Bila harga akan turun. Tahu bila nak buy. Bila nak sell.
Dan pastinya modal dilabur tak seperti trader kecil...berapa juta agaknya.

Pastinya masa tu wang bukan jadi masalah. Unlimited digit you can get in your account. Lagipun zaman ni hanya angka ditaip dalam akaun online, tak perlu nak cetak kepingan kertas. Million, billlion, just name it. Modal mereka tak seperti kita. tak main la ribu ribuan.
Imagine berapa juta mereka boleh dapat dalam sekelip mata? Hanya dengan klik buy atau sell.

Mereka tak perlu jadi presiden sesebuah negara.. Tak perlu jadi king. Buat apa nak pening kepala. Berilah jawatan tersebut pada mereka yang nak, as long akur dan terima sistem dan perlembagaan yang dah siap perlu dipatuhi sepenuhnya. Termasuk dalam ekonomi dan kewangan. Selagi mereka tak melawan atau memandai mandai ubah sistem, pastinya sistem itu boleh menjadi tools yang sangat berkesan dan menguntungkan  untuk masa depan.

Pada masa tu bukan kekayaan yang nak dikumpul kerana ia dah tak de benda. Piece of cake, untuk kaut kekayaan. Semua dalam genggaman. Sebab semua negara  mengamalkan sistem ekonomi yang sama. Tapi nak best, create lah ada negara yang kuat, ada yang lemah. Ada good guy, ada bad guy.. Baru best..macam tengok wrestling WWE. Ada entertainment.


Tapi as usual, sebagaimana putaran sejarah sejak zaman firaun.
They want more..
The next stage .

Kekuasaan.
Power.

At least duit dan kekayaan boleh diukur dan dikira dengan angka.
Tetapi tidak kuasa.
Always hunger for it, never satisfied.

Kapalterbang yang tersangat besar pun boleh dihilangkan, boleh dijatuhkan.
Dan tak ada sebuah negara boleh bagi jawapan jelas, apa yang sebenarnya berlaku.
Kalau ada yang tahu pun..tak nak bagi tau..
Its a message they want to show..who is more powerful now? Anybody can challenge me?

Setakat mana majunya negara-negara islam punyai kecanggihan tekologi untuk merungkai misteri?
Yang nak dicari bukan sebuah basikal fixie yang hilang, tapi sebuah pesawat besar dan canggih.
Kerana mereka tahu, umpama buih, masih banyak yang berterusan berebut jawatan, kuasa dan harta.
Tak kira di negara mana pun. Ilmu sains dan teknologi terlalu jauh ketinggalan.
Sedangkan jawatan dan kuasa yang direbut rebut itu pun hanya kuasa dalam sistem ciptaan mereka juga.
Sistem demokrasi yang punya acuan sendiri, dan siapa yang buat acuan tu?

Dan mereka juga tak perlukan negara, bangsa atau status kewarganegaraan pun. Tapi, penting untuk suruh semua  manusia taksub melampau dalam patriotik kepada negara hingga sanggup membenci dan berbunuhan insan negara lain.


Moga makin ramai bukamata, especially generasi baru kini dan mendatang.
Kerana kuasa yang paling unggul adalah kuasa kebenaran.
Kuasa yang tak perlukan pangkat, jawatan atau authority.

Apa kaitannya dengan soalan yang ditanya?
Kerana realiti hari ini tidak sama dengaan apa yang ada dalam ilusi.
Termasuklah dalam aspek pelaburan, monetari dan ekonomi.

Dan sekarang kita dalam proses transisi.
Dari fantasi ke realiti.
Dan itu yang paling mereka takuti.

Apabila manusia sudah bangun.

Umpama bangunnya manusia dalam solat, ia bermula dengan bangun, alert, sedar, berdiri
Sebab tu manusia at least kena 5 waktu bangun dalam sehari....
supaya mindanya tak terus diilusi dan ditiduri..

Marilah menuju kejayaan... Hhaiya'alalfalaahh.....



***

Selamat Hari Malaysia
Moga Malaysia akan terus bangun
Walau apa tragedi berlaku
It will make us stronger
Stronger than before.

Friday, 12 September 2014

Sharing & Cooperate



satu masa dulu
seorang ibu

membuka gerai makan
di tepi jalan

rezeki dicari membesar anak
di gerai makanan lazat dan enak

tiap waktu pelanggan berkerumun
pagi petang orang berduyun

hingga tiba satu masa
tiba tiada gelak tawa

gerai makin menyepi
sesuatu telah terjadi

tahyul syirik dan dengki
mengganggu menghalang mencemburui rezeki

si ibu tidak berjualan lagi
tapi dia yakin pada luasnya rezeki
asalkan dicari
ia pasti mendekati

***
sebuah kisah benar dan realiti
dari seorang yang bercerita pada diriku baru baru ini
bukan saja dulu, tapi kini
masih ada segelintir yang punya dengki
terutama dalam mencari rezeki

tapi ku yakin generasi kini makin menuju kematangan
jika dulu  persaingan, menjatuhkan dan meninggalkan menjadi istilah  didendang
tapi kini istilah kerjasama, membangunkan dan meningkatkan menjadi sebutan

kerana terlalu luas dan banyak rezeki
tak perlu berebut kerana Dia maha pemberi
asalkan rajin usaha mencari  dan berbakti

***

umpamanya;
jika di satu lorong itu ada penjual nasi lemak
tiba-tiba ada yang lain datang membuka gerai hingga banyak
why not improve barang jualan
agar lebih baik, lebih sedap  dan kekal di ingatan
makin sedap dari hari ke hari
servis makin pantas dari mc'd hingga orang tercari cari


setiap  peniaga non stop tingkatkan kualiti
masing masing belajar cari kreativiti
yang baru belajar dari yang lebih tahu
yang lama  berkongsi ilmu

hinggalah ke tahap suatu ketika
semua nasi lemak di lorong itu tiada tandingnya
hingga terkenal seantero persada
hingga terkenal di seluruh negara
bahkan terkenal di seluruh dunia..

hingga apabila orang bertanya..
or maybe our PM bertanya..
or maybe presiden negara luar yang datang bertanya..


di mana saya nak makan nasik lemak yang best?

tiap orang akan memberi jawapan yang sama


di lorong nasi lemak itu

*****************




###  the same thing applied in our mindset as a trader or investor. tak perlu tamak, or nak kaut semuanya seolah olah nanti tak cukup bila orang lain ambik. market ini terlalu besar, kalau seorang trader yang dapat prorfi besar, trader lain masih berpeluang untuk dapatkan amaun yang besar juga.

sharing n cooperate, not compete..

Sunday, 31 August 2014

mim ro dal ya kaf alif !






happy merdeka day.

let's get our merdeka back.

the real merdeka.


Monday, 25 August 2014

Gold...drop & rise..






*************

Antara yang berkait dengan pergerakan gold semasa;


Gold Investors Will Have To Watch Ukraine Closely

http://www.forbes.com/sites/kenrapoza/2014/08/15/gold-investors-will-have-to-watch-ukraine-closely/

*****

Gold drops on rate rise concern 

http://www.ft.com/cms/s/0/9f980368-29e3-11e4-914f-00144feabdc0.html#axzz3BOx0bCCR

*****

Gold Prices Rise as Yellen Sees US Labor Market Slack

http://www.bloomberg.com/news/2014-08-22/gold-near-2-month-low-before-yellen-set-for-second-weekly-drop.html

**********

Pantun 7 kerat:

selalu  ikuti 'berita' semasa..
baca dan fahami 'rentak iramanya'...
yang tersurat...dan yang tersirat...
tapi... jangan 'terima bulat bulat'..
setiap apa yang dihidangkan...
sebab, walau namanya berita..
ada yang berita, ada yang bukan..







Tuesday, 19 August 2014

Respek semua orang



Hari tu saya pergi ke car wash..

Queue... sementara kereta depan siap

Bila dah siap kereta depan tu, brader tu pun startlah enjin..

Dengan tiba tiba, dia memanggil pekerja carwash tu dengan nada tinggi dan kasar..

"Ni apa dashboard kotor lagi ni? Kasik lap sampai bersih!!
Dengan muka takpuashati dan serius, macam garanglah sangat..

Pekerja warga asing kat carwash tu tanpa banyak soal melaksanakan tugasnya..

***

Itu antara yang kadang akan kita nampak di sekeliling, 
especially di premis yang memberikan servis.
Ada attitude segelintir kecil manusia yang suka memandang rendah pihak lain.
Suka memandang rendah warga negara lain.
Memandang rendah bangsa lain
Memandang rendah orang lain yang dirasakan jawatan tak setinggi dia 
Memandang rendah pada orang yang masyarakat labelkan 'pekerja biasa' 

Sedangkan tiada istilah kerja kelas biasa atau luarbiasa..
Kerana setiap kita ada tugas, fungsi dan peranan dalam pencarian rezeki seharian

Segelintir kecil orang seolah merasakan  duit yang tak seberapa yang dibayarnya tu memberi kuasa untuk kurang ajar..

Antara tempat lain, yang akan kita nampak situasi yang hampir sama juga antaranya di kedai mamak.
Kalau nak suruh mamak tu lap meja, akan ada ayat perintah seolah pekerja tu kuli dia.
Padahal bukannya susah pun kalau ambik tisu dan lap meja tu..kalau mamak tu tengah sangat busy..
Dan kalau dah level paling tak rajin pun, nak minta tolong orang lapkan, boleh request denga budi bahasa.

Andai penghinaan kepada orang 'besar' akan ada ramai yang bersuara dan membela..
Siap berpiket dan buat report ...

Maka sepatutnya, andai yang dihina itu adalah orang 'kecil', maka jangan dipandang sebelah mata..
Atau langsung tak kisah.. tak ada apa apa..biasalahtu..
Kerana ia akan membiasakan masyarakat kepada budaya hipokrit, 
dan seterusnya meningkatnya tahap kemenyampahan orang..

Kerana tiada beza dalam memberi penghormatan kepada seorang menteri atau seorang cleaner
Walau keduanya punya beza dari segi tugas, tanggungjawab dan amanah..
Tapi keduanya perlu direspek dengan penghormatan yang sama..
Kerana cleaner itu juga manusia..yang punya keluarga

Wednesday, 13 August 2014

Alhamdulillah vs Bolehlah






Lama tak jumpa.. apa cerita sekarang?
Bolehlahhh..

...

Bisnes macam mana?
Oklahhh.. 

...

Trading macam mana?
Cukuplahhh...

...

Di atas antara perkatan yang kadang kita dengar dalam budaya kita.

I suggest,  kita semua, tak kira  bekerja dengan orang, berniaga, atau sebagainya... untuk tukar perkataan seumpama sedemikian dengan ALHAMDULILLAH!! Dengan diserta intonasi dan semangat tinggi... bukan sekadar intonasi lemah, dengan alasan kononnya nak merendah diri. Tak kiralah walau pada masa tu bisnes belum betul-betul maju atau situasi tak seperti yang diharap. Kena sentiasa tinggikan semangat.

Kadang, masih ada segelintir yang terbawa bawa budaya terlalu merendah diri melampau, bimbang dicop orang lain sebagai meninggi diri. Kena tukar tu semua kepada sangat positif dan sangat yakin. Sentiasa syukur, dan sentiasa yakin Dia akan memberikan kejayaan kepada segala usaha yang kita dah lakukan.

Tiap perkataan adalah doa. 
Walau cuma satu perkataan. 
Walau hanya gurauan.
What if yang satu perkataan itu dimakbulkan pada saat itu.

So..choose our word wisely.
Kerana ia menentukan hidup kita..
menuju ke arah kaya..atau sebaliknya.




Friday, 8 August 2014

Alien vs Predator




Zaman dulu, cerita dan movie sangat simple..
Antara orang baik dan orang jahat..
kalau cerita koboi antara sherif dengan perompak..
kalau cerita combat, askar baik dengan askar jahat (walau ianya propaganda berat sebelah).
Sangat simple nak recognize orang baik dan orang jahat.

Zaman sekarang ni cerita makin kompleks..

Contohnya antara Alien lawan Predator.
Atau Vampire lawan Werewolf..

Kejahatan dan kekejaman dikomersilkan, dipopularkan, didominankan berbanding spesis manusia..
Dibayangkan ada spesis lain lebih kuat dari manusia, dan manusia cuba diinferiorkan

Dua dua pihak jahat..
dua dua pihak kejam...
Tapi kita 'dipaksa' untuk memilih salah satu, jangan melawan..jika ingin terus survive.

Ingat lagi 'training' bertahun-tahun kita di sekolah dulu..
dalam soalan objektif kita kena pilih salah satu..atau yang paling hampir..
Begitu juga mind set dalam mengundi, mesti pilih salah satu 'side'.
walaupun kedua side kita tak berkenan sepenuhnya.
Yang tak memilih, dilabel diatas pagar, dan tak punya pendirian.
Sedangkan ada yang sebenarnya lebih berani punya pendirian sendiri
dan tak sekadar jadi pak turut..

Kompleksiti hari ini bukan hanya dalam movie, malah dalam realiti hidup sehari hari.
Jadi, jangan biarkan  kita terjerat atau tersimpul dalam keseliratan di sekeliling.

Sebenarnya,
dalam hidup ni,
sentiasa ada pilihan dan alternatif lain yang boleh dipilih, dicari atau dicipta..
pilihan yang lebih baik.

atau yang bersedia dan terbuka untuk ditambah baik..
sekiranya yang sedia ada, langsung  tak nak ditambah baik.

Kita sendiri yang buat pilihan dan halatuju hidup kita, sama ada dalam personal life, pekerjaan, business, politik, kewangan, atau kekayaan. Kita yang tentukan kekayaan hidup kita, bukan orang lain.

Dengan bermulanya era teknologi dan internet yang makin terlampau berkembang, kita semakin banyak pilihan yang boleh diambil, makin banyak jalan yang boleh dilalui dan dicipta.
Untuk mereka yang buka mata dan berani sahaja.

Kalau pilihan yang disajikan depan mata bukan selera kita.
Kita berhak untuk membuat sajian lain.

Kita tak perlu memilih side Alien.
Juga tak perlu memilih side Predator.

Kerana Manusia itu diciptakan sebagai Khalifah memakmur dunia, bukannya hamba kepada manusia lain.
Khalifah itu sifatnya superior, bukannya inferior.
Superior yang menundukkan hati, bukan meninggikan ego diri.

Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Raya!



selamat

hari

raya

untuk

anda

dan

keluarga.




bersyukur, dengan apa yang kita ada sekarang.
kerana ada orang lain yang tidak punyai apa yang kita ada sekarang.
dan mereka tetap bersyukur.

Monday, 14 July 2014

Biar kaya, lagi bergaya



Kaya itu tak salah, daripada tak kaya, baik kita pilih jadi kaya..
Walaupun lahir tak kaya, tapi kaya boleh  diperoleh dengan dengan usaha + ilmu.

Bergaya itu tak salah, daripada selekeh..baik kita kemas dan bergaya.. 
Cuma kadang orang kita salah faham dengan maksud bergaya..
Bergaya tak semestinya yang branded or mahal. 
Juga tak semestinya  berlebih lebihan. 
Walau bergaya simple pun masih boleh sedap mata memandang.

Kenapa saya tuliskan isu ini. 
Kerana kita semua tahu,
masih ada segelintir yang memegang perumpamaan usang 'biar papa asal bergaya'...

Baru baru ini, saya ada terjumpa seorang kawan lama tak jumpa.
Dia  dah ada kereta .. 
Cuma dia sanggup menyewa kereta lain,
yang 'nampak mahal sikit' bila nak balik raya ke kampung nanti..
Dan bila tiap kali nak balik kampung, memang dia akan menyewa kereta..
bukan setakat raya je. 
Dan kampungnya pun tak jauh sangat pun...dari KL dalam sejam dua je..

Bila saya tanya kenapa nak sewa kereta pulak? Kenapa tak pakai kereta sendiri? 
Jawabnya sebab jiran jiran akan memerhati dan  bercerita, dan kebiasaan orang orang kat tempat dia memang saling berlawan lawan..termasuklah dalam bab kereta.. Dia pakai kereta 'biasa', jadi bila balik kampung dia akan pastikan kereta yang dibawa dalam kategori 'mahal' sikit la..
Saya pun tak tau nak komen macam mana....

Apapun, memang diakui zaman ni ada lagi yang sanggup ikat perut semata nak pakai smartphone yang mahal, nak pakai handbag mahal, nak pakai baju mahal, nak pakai kereta mahal ... ..

Tak salah kalau nak merasai keselesaan dan kemudahan yang lebih baik sebagaimana orang kaya...

TAPI.. MESTI DIUTAMAKAN TERLEBIH DAHULU UNTUK  RAJIN BERUSAHA   DAN BERFIKIR  seperti orang kaya juga.. 

Agar kelak tidak kaya pula dengan hutang...

Kita delete peribahasa lama yang tak membina...
Kita kayakan diri kita dulu, lepas tu barulah boleh bergaya.
Biar kaya, lagi bergaya...

Tuesday, 8 July 2014

Fokus pada puasa, bukan hanya buka puasa



Another tips untuk trader melatih fokus.

Di bulan puasa ni, kita berpuasa  lebih kurang 12 jam di siang hari.
Tapi sayang kalau fokusnya adalah hanya terlalu kepada acara  berbuka puasa yang hanya beberapa minit di penghujung hari.
Ataupun yang lagi advance, fokusnya kepada sambutan Hari Raya yang masih jauh lagi.

Jika fokusnya kepada masa depan, saat dan ketika yang kita belum miliki... 
kita akan terlepas pandang kemanisan dan keindahan moment yang sedang kita genggami.

Begitu juga dalam trading, jika fokusnya kepada profit profit dan profit besar,  trader boleh terlepas pandang kepada aktiviti trading yang sedang dilalui. Ia boleh buat terlupa untuk belajar perbaiki diri.

Jika seorang peniaga fokus kepada untung untung dan untung besar, dia boleh terlupa kepada aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan.
Perniagaan bermatlamat untuk menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kepada orang lain. Untung bukan suatu yang perlu  dikejar, kerana makin dikejar makin ia laju berlari, dan ia boleh buat lupanya kepada aktiviti yang sedang dilalui pada saat itu.

Jadi, mari fokus kepada bestnya puasa melebihi kepada menunggu nikmat berbuka puasa yang seketika.. Baru Ramadan akan terasa awesome!

Monday, 30 June 2014

Ramadan datang lagi

.






s e l a m a t 
b e r p u a s a






.
ini masanya untuk kita praktis take charge and control diri kita..
kita mencorakkan hidup kita dari dalam, bukan dicorakkan faktor dari luar..

Tuesday, 24 June 2014

Dare to accept the mistake or failure, and learn from it



Sejak tadika.
Sambung ke sekolah rendah.
Sambung lagi sekolah menengah.
Dan sambung lagi di universiti.
Sampailah ke dunia pekerjaan.

Selama  bertahun tahun tersebut, spesis manusia di planet bumi telah diajar dididik dibimbing dan diperingatkan, jangan buat mistake, jangan buat silap.
Jawapan mesti selalu betul. Salah kena rotan. Atau gagal dalam exam. 

Pelajar yang banyak markah betul, contohnya 100% markah, atau A semua.. dipandang tinggi, dapat hadiah di hari penyampaian hadiah, dan mudah untuk ke peringkat tinggi dan universiti.
Manakala yang bayak salah, yang sering dapat nombor akhir, orang tak pandang.. 

Peperiksaan yang dibuat setiap tahun mempolishkan lagi kepala otak manusia agar sentiasa memberi jawapan yang betul.
Agar memberi jawapan yang telah ditetapkan dalam buku teks.
Agar hanya memilih jawapan yang diberi sahaja, antara A, B, C, D, atau E  sahaja. 
Jangan memandai nak cipta jawapan lain F, G, H atau seterusnya hingga Z. 

Tetapi..
Di dalam trading.. mistake dan loss adalah satu perkara yang akan ditemui dan mesti diterima dengan hati terbuka..
Dan kita tidak diajar macamana untuk menghadapi kesilapan atau kegagalan..
Dan dalam trading, selalunya ditemui bukan sekali dua, bahkan berkali kali..
Mistake yang ditemui boleh akibatkan loss kepada akaun, jadi negative..
Ia mungkin berpunca dari kesilapan trader, ataupun mungkin faktor luaran luar jangka yang bukan dalam kawalan trader.

So, apa yang perlu dibuat jika market melawan arah, walau analisa dan indikator dah bagi petunjuk sebelumnya. Sanggupkah trader akui kesilapan belajar memperbaikinya? Atau yang lebih tepat..BERANIKAH  nak akui kesilapan dan accept the small  loss? 

'Aku ada degree ok, expert dalam investment  dan juga financial..siap dapat CGPA 4.00 pelajar cemerlang dapat anugerah dekan lagi, dari universiti terkenal..aku dah expert dalam benda ni, dah buat full analisis..takkan aku silap kot? Mesti analisa dan keputusan  aku betul ni..'

Itu antara situasi yang dialami oleh segelintir trader.. 

Investment dan trading adalah dua benda berbeza.

Tak semua sanggup delete ego dalam ego. Tak semua sanggup mengaku kesilapan.
Akhirnya trader di atas tidak mempelajari apa apa, kerana dia tak sanggup untuk unlearn dan relearn..Loss yang awalnya sikit, lama kelamaan makin berganda dan banyak.. Kemudian kesilapan sama diulangi, namun dengan tanpa muhasabah diri disusuli. Dan akhirnya habis satu akaun.. Then, dunia trading dilupakan, dengan memberi alasan  ia tak sesuai atau bukan minat dia...

Trading bukannya perkara yang nyata black and white. 
Bukannya jawapan objektif antara A, B, C atau D sahaja.
Banyak yang grey area.. Jadi di area tersebut, penilaian walau setepat mana pun ada kalanya belum tentu tepat hasilnya. Jadi hanya mereka yang berani untuk akui kekurangan diri..akan berjaya untuk menambahbaik kekurangan yang ada dari masa ke semasa.. tak kiralah walau dia cuma belajar setakat darjah 6, yang penting dia berani belajar untuk sentiasa memperbaiki diri, bukan untuk lulus exam..  

Seorang bayi pun sebelum pandai berjalan, dia akan jatuh banyak kali dulu. Tapi dia terus bangun balik, dan cuba lagi sampai berjaya.  Mungkin ada yang cepat  ada yang lambat sikit, tapi tak ada baby yang terus give up dan cuma merangkak sampai besar dan sampai ke tua.Sebab dia mengikut instinct yang ada dalam diri. Kita semua dijadikan untuk terus bangun dan bangun walau adakala terjatuh, yang penting yakinnya kita pada kemampuan diri, tanpa perlu mendengar cakap negatif orang lain..