
Lama tak jumpa.. apa cerita sekarang?
Bolehlahhh..
...
Bisnes macam mana?
Oklahhh..
...
Trading macam mana?
Cukuplahhh...
...
Di atas antara perkatan yang kadang kita dengar dalam budaya kita.
I suggest, kita semua, tak kira bekerja dengan orang, berniaga, atau sebagainya... untuk tukar perkataan seumpama sedemikian dengan ALHAMDULILLAH!! Dengan diserta intonasi dan semangat tinggi... bukan sekadar intonasi lemah, dengan alasan kononnya nak merendah diri. Tak kiralah walau pada masa tu bisnes belum betul-betul maju atau situasi tak seperti yang diharap. Kena sentiasa tinggikan semangat.
Kadang, masih ada segelintir yang terbawa bawa budaya terlalu merendah diri melampau, bimbang dicop orang lain sebagai meninggi diri. Kena tukar tu semua kepada sangat positif dan sangat yakin. Sentiasa syukur, dan sentiasa yakin Dia akan memberikan kejayaan kepada segala usaha yang kita dah lakukan.
Tiap perkataan adalah doa.
Walau cuma satu perkataan.
Walau hanya gurauan.
What if yang satu perkataan itu dimakbulkan pada saat itu.
So..choose our word wisely.
Kerana ia menentukan hidup kita..
menuju ke arah kaya..atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment