Sejak tadika.
Sambung ke sekolah rendah.
Sambung lagi sekolah menengah.
Dan sambung lagi di universiti.
Sampailah ke dunia pekerjaan.
Selama bertahun tahun tersebut, spesis manusia di planet bumi telah diajar dididik dibimbing dan diperingatkan, jangan buat mistake, jangan buat silap.
Jawapan mesti selalu betul. Salah kena rotan. Atau gagal dalam exam.
Pelajar yang banyak markah betul, contohnya 100% markah, atau A semua.. dipandang tinggi, dapat hadiah di hari penyampaian hadiah, dan mudah untuk ke peringkat tinggi dan universiti.
Manakala yang bayak salah, yang sering dapat nombor akhir, orang tak pandang..
Peperiksaan yang dibuat setiap tahun mempolishkan lagi kepala otak manusia agar sentiasa memberi jawapan yang betul.
Agar memberi jawapan yang telah ditetapkan dalam buku teks.
Agar hanya memilih jawapan yang diberi sahaja, antara A, B, C, D, atau E sahaja.
Jangan memandai nak cipta jawapan lain F, G, H atau seterusnya hingga Z.
Tetapi..
Di dalam trading.. mistake dan loss adalah satu perkara yang akan ditemui dan mesti diterima dengan hati terbuka..
Dan kita tidak diajar macamana untuk menghadapi kesilapan atau kegagalan..
Dan dalam trading, selalunya ditemui bukan sekali dua, bahkan berkali kali..
Mistake yang ditemui boleh akibatkan loss kepada akaun, jadi negative..
Ia mungkin berpunca dari kesilapan trader, ataupun mungkin faktor luaran luar jangka yang bukan dalam kawalan trader.
So, apa yang perlu dibuat jika market melawan arah, walau analisa dan indikator dah bagi petunjuk sebelumnya. Sanggupkah trader akui kesilapan belajar memperbaikinya? Atau yang lebih tepat..BERANIKAH nak akui kesilapan dan accept the small loss?
'Aku ada degree ok, expert dalam investment dan juga financial..siap dapat CGPA 4.00 pelajar cemerlang dapat anugerah dekan lagi, dari universiti terkenal..aku dah expert dalam benda ni, dah buat full analisis..takkan aku silap kot? Mesti analisa dan keputusan aku betul ni..'
Itu antara situasi yang dialami oleh segelintir trader..
Investment dan trading adalah dua benda berbeza.
Tak semua sanggup delete ego dalam ego. Tak semua sanggup mengaku kesilapan.
Akhirnya trader di atas tidak mempelajari apa apa, kerana dia tak sanggup untuk unlearn dan relearn..Loss yang awalnya sikit, lama kelamaan makin berganda dan banyak.. Kemudian kesilapan sama diulangi, namun dengan tanpa muhasabah diri disusuli. Dan akhirnya habis satu akaun.. Then, dunia trading dilupakan, dengan memberi alasan ia tak sesuai atau bukan minat dia...
Trading bukannya perkara yang nyata black and white.
Bukannya jawapan objektif antara A, B, C atau D sahaja.
Banyak yang grey area.. Jadi di area tersebut, penilaian walau setepat mana pun ada kalanya belum tentu tepat hasilnya. Jadi hanya mereka yang berani untuk akui kekurangan diri..akan berjaya untuk menambahbaik kekurangan yang ada dari masa ke semasa.. tak kiralah walau dia cuma belajar setakat darjah 6, yang penting dia berani belajar untuk sentiasa memperbaiki diri, bukan untuk lulus exam..
Seorang bayi pun sebelum pandai berjalan, dia akan jatuh banyak kali dulu. Tapi dia terus bangun balik, dan cuba lagi sampai berjaya. Mungkin ada yang cepat ada yang lambat sikit, tapi tak ada baby yang terus give up dan cuma merangkak sampai besar dan sampai ke tua.Sebab dia mengikut instinct yang ada dalam diri. Kita semua dijadikan untuk terus bangun dan bangun walau adakala terjatuh, yang penting yakinnya kita pada kemampuan diri, tanpa perlu mendengar cakap negatif orang lain..