Wednesday, 4 June 2014

Turunnya lagi harga duit


Sepanjang saya menulis blog ini, rasanya sudah beberapa kali berlaku penurunan harga emas.

Dan baru baru ini, ianya turun lagi.

Jadi saya tak nak komen benda yang sama.

Anyway, as we know, bukannya harga emas yang naik atau turun.
Tetapi apa yang berlaku adalah naik dan turunnya matawang/duit.


Jika dulu sebut je USD , ia satu matawang yang popular dan orang suka sebut. Sikit sikit dollar, walaupun sebenarnya nilai dalam ringgit. 

Tapi, sebenarnya ekonomi US  umpama bubble yang semakin membesar. Nampak sangat besar tapi dalamnya kosong. Dan tunggu masa je nak meletup. Yang memberi kesan kepada seluruh dunia. Krisis ekonomi yang datang dan pergi, kerana asas pengembangan  ekonomi itu bukan pada dasar yang kukuh. 


Krisis di Ukraine, sudah pasti another bisnes besar yamg mendatangkan pulangan kepada pihak berkepentingan.

Di saat ini negara besar seperti China dan  Russia yang semakin akrab, menggambarkan corak ekonomi yang bakal terbentuk di masa depan.

Ya, tekanan dan sekatan boleh dilaksanakan kepada pihak yang tak sehaluan. Tetapi, kuasa ekonomi sesebuah negara terletak kepada nilai sebenarnya yang dimiliki.  Bukan nilai berapa banyak helaian kertas diberi nama wang dicetak setiap tahun setiap kali pembentangan dan perancangan budget tahunan. Yang punya kuasa, pastinya negara yang punyai berapa banyak dan berapa tan emas yang menjadi backup ekonomi mereka. Yang pastinya, koleksi emas negara China sekarang semakin bertimbun.

As usual juga. emas tak tercalar dengan naik turun harganya yang ditetapkan oleh manusia. Ada dia kisah. Emas akan tetap emas. Harga rendah sekarang nilah, akan makin berduyun orang beli emas. Supply yang tak dapat memenuhi demand. Apatah lagi kesedaran orang masa ini yang makin tinggi dan tak boleh dikelentong lagi. Zaman dulu bolehla, nak buat bahan bercetak semuanya perlu kelulusan. But now, bahan bacaan semakin banyak, dan orang makin matang, dan terbuka minda, dan tahu membeza yang mana betul, yang mana auta.

Umpama bola world cup yang dihempas sekuatnya ke bawah..ke lantai... pastinya ia akan melantun balik ke atas. Itu hukum fizik. Itu hukum alam. Lagi kuat dibaling ke lantai, maka akan lagi tinggi ia akan melambung.. Silap silap mungkin boleh menembusi syiling yang selama ini kukuh dan cuba dipertahankan. Mungkin juga lepas ni selepas tembus syiling tu, seterusnya ia akan tersangkut di bumbung pula..dan ia akan terus di atas..dan terus ke atas..

Its time to buy gold.

2 comments:

  1. Tuan, saya berminat utk melabur bersama tuan..hrp tuan dpt berikan peluang pd sy, t.ksh..
    emel : hamidsamsuri@gmail.com
    hset : 0125361355

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam encik samsuri.
      insyaallah kalau ada lagi peluang saya akan contact kelak.
      better kalau send nombor handphone ke email saya terus.

      TQ

      Delete