Thursday, 23 July 2015

Situasi Hari Ini





Beberapa petikan berita, tentang situasi semasa:

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kelemahan-ringgit-berterusan-tingkat-inflasi-negara-65069

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-merudum-pelajar-malaysia-di-luar-negara-tertekan-65178

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/nilai-ringgit-dijangka-tidak-turun-lagi-di-bawah-paras-3-8-berbanding-dolar-penganalisis-65704

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/gaji-sejam-di-malaysia-nak-beli-susu-kotak-pun-tak-lepas-64764

http://www.astroawani.com/video-malaysia/harga-emas-jatuh-kepada-us-1088-05-62369

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-muda-digalak-kumpul-emas-sebagai-permulaan-jaminan-belanja-kahwin-66609

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/emas-masih-instrumen-pelaburan-selamat-66532

********

Di atas, beberapa tajuk utama berita terkini.
Just secara random, diambil dari satu sumber media.
Tentang nilai duit kita.
Tentang nilai emas.
Tentang gambaran semasa hidup hari ini.

*********

Semasa Hari Raya lepas berjumpa seorang kawan.
Dia baru balik dari UK, setelah beberapa tahun di sana, further study, habiskan program PHD.

Dari cerita perkongsian dia, memang sangat berbeza dan sangat terasa, nilai mata wang yang di pegang di sana compare apabila balik ke Malaysia. Katanya rasa macam nak duduk di sana je. Apatah lagi dengan anak yang sedang membesar dengan kenaikan kos asas seharian, memang bebannya dirasai ramai orang.

Itu untuk orang yang berkelulusan tinggi dan punya pekerjaan yang ok.
Bagi yang kerja biasa-biasa pastinya tekanannya pasti lebih lagi.

Moga Allah peliharakan negara ini.
Dan segala krisis yang sedang dilalui sekarang dapat ditangani dengan baik.

*******

Dalam pelbagai krisis hari ini.
Dalam kita mencari sandaran dan petunjuk,
Yang terbaik bagi kita adalah untuk ingat kembali kepada pesanan Rasulullah saw:

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang ertinya : 

Aku berwasiat kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah 
dan mendengar serta taat 
walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak. 
Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku 
nescaya dia akan melihat banyak perselisihan
maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnah ku 
dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudah ku. 
Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham mu 
serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan 
kerana semua yang baru dalam agama adalah bid’ah 
dan semua bid’ah adalah sesat.
” HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Dzahabi dan Hakim, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al jami’ no. 2549



###
Post di atas adalah edited version daripada post asal yang lebih panjang semalam.
As usual, tiap post yang saya tulis adalah pandangan secara spontan on the spot, tanpa draf awal.
Untuk semalam punya post, setelah dinilai semula, rasanya ia ada menyentuh isu sensitif yang tengah hangat sekarang, iaitu isu politik. Walau hanya menyentuh sedikit sahaja, untuk kebaikan program ini dan kelangsungan jangka panjang, elok saya elakkannya di blog ini. Lagipun tiap orang akan berbeza pandangan, dan juga untuk elakkan salah faham dari mesej yang ingin disampaikan.

Terima kasih
24 July



Friday, 17 July 2015

Selamat Hari Raya Semua!





Selamat Hari Raya untuk semua.
Maaf atas segala salah silap.
Terima kasih atas kepercayaan anda selama ini.

Terima kasih...Maaf zahir batin.

Sunday, 12 July 2015

Bangun! Anak muda semua!





Teringat satu kisah benar.
Terjadi beberapa ketika dulu.
Di sebuah masjid. 
Waktu tengahari, nak solat zohor.
Semasa selepas solat, ternampak seorang gadis.
Duduk bertimpuh di tepi masjid membentangkan beberapa benda.

Pada mulanya saya tak perasan gadis tu.
Dan masa melalui depannya baru saya perasan. 
Mulanya saya ingatkan dia jual barang, tapi lepas tu tengok ada duit syiling dan kertas di atas bentangan kain. Nampak macam minta sedekah dan sumbangan. Confuse juga mulanya. Dari segi penampilan pula, kemas dan bersih macam remaja lain, nampak sihat, cukup anggota badan, walau wajahnya sering menunduk ke bawah.

Itu pertama kali saya bertemu situasi sedemikian, dan agak terkejut, seterusnya tak pasti nak hulur duit dari poket atau tak
(walau sepatutnya, just hulur je la kan..tak perlu teragak agak jika nak memberi...tapi mungkin perasaan keterkejutan mengatasi segalanya sebab first time, selain confuse, dan bercampur baur timbul juga perasaan nak bertanya dan dekati gadis tu..tapi masa tu tak tergerak pulak nak menyelami lebih dekat)

Seorang gadis, seorang lepasan graduan, saya tak ingat sama ada diploma atau ijazah dari sebuah institusi pengajian tinggi.
Dibentangnya sijil sijil dan beberapa dokumen lain di depannya, juga kad pelajarnya dahulu.
Juga sekeping kertas, antaranya bertulis ayat yang menyatakan beliau graduan berkelulusan tertentu dan masih belum ada pekerjaan, setelah banyak kali cari kerja, dan memohon sumbangan.

Simpati.
Pada masa sama banyak benda berlegar di fikiran.

Terfikir, adakah sistem pendidikan masih belum boleh menyediakan graduan yang boleh berdikari?

Memang realitinya sekarang, kita punyai banyak lepasan ijazah dan diploma.
Dan dengan kemajuan teknologi akan mengurangkan jumlah kekosongan pekerjaan.
Dan akan datang, peluang pekerjaan akan semakin berkurang.
Tetapi, usahawan akan makin bertambah.

Sekarang pun seseorang itu  hanya perlukan sebuah laptop dan line internet, dah cukup untuk gantikan bisnes cara lama yang wajib perlukan jurutaip, tukang hantar surat, secretary, kerani, dan lain jawatan, selain sebuah premis untuk disewa.
Zaman akan terus berubah, itu faktanya.

Sampai masanya untuk semua graduan dipersiapkan, agar bila tamat sahaja ijazah, mereka akan menjadi penawar pekerjaan kepada orang lain, bukannya pencari pekerjaan.
Apatah lagi mereka punyai akademik baik, dan berpotensi untuk punyai ilmu membantu mereka yang kurang punyai kelayakan akademik..itu  yang sepatutnyalah.

Kisah di atas saya teringat kembali, selepas menonton di video yang viral baru baru ini. 'SayaZahra'
Luahan seorang graduan wanita di hadapan Menteri Pelajaran.
Memang itu realitinya yang dirasai sebahagian graduan kita.

Tapi, Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika kaum itu tak nak mengubah nasibnya sendiri.
Hentikan kebergantungan kepada manusia, kerajaan, dan lainnya.
Kebergantungan hanya kepada Tuhan, dan ilmu yang ada untuk dimanfaat dalam kehidupan, bukan sekadar tertulis di sijil untuk mencari pekerjaan.



Teringat saya kepada beberapa kenalan saya di ibukota. Yang datang dari Bangladesh, dari Myanmar, juga dari Indonesia. Mereka tiada punyai apa kelulusan, apatah lagi diploma atau degree, datang ke Malaysia sehelai sepinggang.. Tapi, lepas beberapa tahun, yang terkini yang dari Bangladesh tu dah ada kedai jahitnya sendiri di Kuala Lumpur. Di saat orang lain bangsa saya awal awal dah tak terima tempahan baju raya, dia masih menerima tempahan, kerana waktu bekerja mereka bukannya 'office hour', awal pagi hingga lewat malam bekerja cari rezeki, memberi servis terbaik.  Manakala yang dari Myanmar tu dah ada pekerjanya sendiri, buat kerja berkaitan renovate rumah, plumbing, elektrikal dan berkaitan. Yang dari Indonesia, membuka gerai makan, dan hasil keuntungan dihantar ke kampung halaman, untuk buat rumah dan hantar ibubapa tunaikan haji. 

Untuk berjaya jangan hanya bergantung kepada sijil dan pengetahuan kurniaan kolej atau universiti.
Kerana akal fikiran kurniaan Tuhan nilainya jauh lebih tinggi .
Perlunya adanya ilmu, kesungguhan, dan tindakan.

Yang sentiasa berusaha akan berjaya, tak kira siapa dia. 
Tak kira, apa bangsa dia, apa agama dia, apa kelulusan dia.
Itu janji Dia.

Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat saya.
Tak apa, saya memahami sudut pandang mereka, kerana saya pernah merasai dan melaluinya dulu. Bahkan lebih kronik situasinya ketika itu berbanding Zahra. Di ibu kota besar, sendirian, dengan tiada apa apa, tapi perlu teruskan hidup dengan poket hanya ada beberapa helai duit seringgit, imagine.. 
Next time kita bercerita.

Tapi, pemikiran kita perlu sentiasa ke depan untuk dimatangkan.

Doa saya agar gadis itu, Zahra, juga anak muda lain, tak kira graduan atau bukan, moga berjaya menemui jalan kejayaan terbaik dalam hidup.
Lagi tinggi kelulusan akademik, maka lagi besar saiz tempurung itu..
but it is still under the tempurung.
Untuk pecahkan tempurung yang menutupi pandangan luas perlukan keberanian.
Di luar tempurung itu, dunia terbentang luas, rezeki sangat banyak untuk dicari dan dijemput.
Jangan hanya berlindung di balik tempurung, kerana anytime ia boleh bocor, pecah atau dipecahkan.

Allah Maha Pemberi Rezeki, bukannya kerajaan, atau universiti.