Sunday, 12 July 2015

Bangun! Anak muda semua!





Teringat satu kisah benar.
Terjadi beberapa ketika dulu.
Di sebuah masjid. 
Waktu tengahari, nak solat zohor.
Semasa selepas solat, ternampak seorang gadis.
Duduk bertimpuh di tepi masjid membentangkan beberapa benda.

Pada mulanya saya tak perasan gadis tu.
Dan masa melalui depannya baru saya perasan. 
Mulanya saya ingatkan dia jual barang, tapi lepas tu tengok ada duit syiling dan kertas di atas bentangan kain. Nampak macam minta sedekah dan sumbangan. Confuse juga mulanya. Dari segi penampilan pula, kemas dan bersih macam remaja lain, nampak sihat, cukup anggota badan, walau wajahnya sering menunduk ke bawah.

Itu pertama kali saya bertemu situasi sedemikian, dan agak terkejut, seterusnya tak pasti nak hulur duit dari poket atau tak
(walau sepatutnya, just hulur je la kan..tak perlu teragak agak jika nak memberi...tapi mungkin perasaan keterkejutan mengatasi segalanya sebab first time, selain confuse, dan bercampur baur timbul juga perasaan nak bertanya dan dekati gadis tu..tapi masa tu tak tergerak pulak nak menyelami lebih dekat)

Seorang gadis, seorang lepasan graduan, saya tak ingat sama ada diploma atau ijazah dari sebuah institusi pengajian tinggi.
Dibentangnya sijil sijil dan beberapa dokumen lain di depannya, juga kad pelajarnya dahulu.
Juga sekeping kertas, antaranya bertulis ayat yang menyatakan beliau graduan berkelulusan tertentu dan masih belum ada pekerjaan, setelah banyak kali cari kerja, dan memohon sumbangan.

Simpati.
Pada masa sama banyak benda berlegar di fikiran.

Terfikir, adakah sistem pendidikan masih belum boleh menyediakan graduan yang boleh berdikari?

Memang realitinya sekarang, kita punyai banyak lepasan ijazah dan diploma.
Dan dengan kemajuan teknologi akan mengurangkan jumlah kekosongan pekerjaan.
Dan akan datang, peluang pekerjaan akan semakin berkurang.
Tetapi, usahawan akan makin bertambah.

Sekarang pun seseorang itu  hanya perlukan sebuah laptop dan line internet, dah cukup untuk gantikan bisnes cara lama yang wajib perlukan jurutaip, tukang hantar surat, secretary, kerani, dan lain jawatan, selain sebuah premis untuk disewa.
Zaman akan terus berubah, itu faktanya.

Sampai masanya untuk semua graduan dipersiapkan, agar bila tamat sahaja ijazah, mereka akan menjadi penawar pekerjaan kepada orang lain, bukannya pencari pekerjaan.
Apatah lagi mereka punyai akademik baik, dan berpotensi untuk punyai ilmu membantu mereka yang kurang punyai kelayakan akademik..itu  yang sepatutnyalah.

Kisah di atas saya teringat kembali, selepas menonton di video yang viral baru baru ini. 'SayaZahra'
Luahan seorang graduan wanita di hadapan Menteri Pelajaran.
Memang itu realitinya yang dirasai sebahagian graduan kita.

Tapi, Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika kaum itu tak nak mengubah nasibnya sendiri.
Hentikan kebergantungan kepada manusia, kerajaan, dan lainnya.
Kebergantungan hanya kepada Tuhan, dan ilmu yang ada untuk dimanfaat dalam kehidupan, bukan sekadar tertulis di sijil untuk mencari pekerjaan.



Teringat saya kepada beberapa kenalan saya di ibukota. Yang datang dari Bangladesh, dari Myanmar, juga dari Indonesia. Mereka tiada punyai apa kelulusan, apatah lagi diploma atau degree, datang ke Malaysia sehelai sepinggang.. Tapi, lepas beberapa tahun, yang terkini yang dari Bangladesh tu dah ada kedai jahitnya sendiri di Kuala Lumpur. Di saat orang lain bangsa saya awal awal dah tak terima tempahan baju raya, dia masih menerima tempahan, kerana waktu bekerja mereka bukannya 'office hour', awal pagi hingga lewat malam bekerja cari rezeki, memberi servis terbaik.  Manakala yang dari Myanmar tu dah ada pekerjanya sendiri, buat kerja berkaitan renovate rumah, plumbing, elektrikal dan berkaitan. Yang dari Indonesia, membuka gerai makan, dan hasil keuntungan dihantar ke kampung halaman, untuk buat rumah dan hantar ibubapa tunaikan haji. 

Untuk berjaya jangan hanya bergantung kepada sijil dan pengetahuan kurniaan kolej atau universiti.
Kerana akal fikiran kurniaan Tuhan nilainya jauh lebih tinggi .
Perlunya adanya ilmu, kesungguhan, dan tindakan.

Yang sentiasa berusaha akan berjaya, tak kira siapa dia. 
Tak kira, apa bangsa dia, apa agama dia, apa kelulusan dia.
Itu janji Dia.

Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat saya.
Tak apa, saya memahami sudut pandang mereka, kerana saya pernah merasai dan melaluinya dulu. Bahkan lebih kronik situasinya ketika itu berbanding Zahra. Di ibu kota besar, sendirian, dengan tiada apa apa, tapi perlu teruskan hidup dengan poket hanya ada beberapa helai duit seringgit, imagine.. 
Next time kita bercerita.

Tapi, pemikiran kita perlu sentiasa ke depan untuk dimatangkan.

Doa saya agar gadis itu, Zahra, juga anak muda lain, tak kira graduan atau bukan, moga berjaya menemui jalan kejayaan terbaik dalam hidup.
Lagi tinggi kelulusan akademik, maka lagi besar saiz tempurung itu..
but it is still under the tempurung.
Untuk pecahkan tempurung yang menutupi pandangan luas perlukan keberanian.
Di luar tempurung itu, dunia terbentang luas, rezeki sangat banyak untuk dicari dan dijemput.
Jangan hanya berlindung di balik tempurung, kerana anytime ia boleh bocor, pecah atau dipecahkan.

Allah Maha Pemberi Rezeki, bukannya kerajaan, atau universiti.

2 comments:

  1. Semoha Allah mempermudahkan segala urusan ...baik urusan dunia atau pun urusan untuk akhirat...
    La haula wala kuataila billahi aliyul azim
    Tiada daya upaya melainkan kekuatan Allah yang maha tinggi...

    ReplyDelete