
Beberapa petikan berita, tentang situasi semasa:
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kelemahan-ringgit-berterusan-tingkat-inflasi-negara-65069
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-merudum-pelajar-malaysia-di-luar-negara-tertekan-65178
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/nilai-ringgit-dijangka-tidak-turun-lagi-di-bawah-paras-3-8-berbanding-dolar-penganalisis-65704
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/gaji-sejam-di-malaysia-nak-beli-susu-kotak-pun-tak-lepas-64764
http://www.astroawani.com/video-malaysia/harga-emas-jatuh-kepada-us-1088-05-62369
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-muda-digalak-kumpul-emas-sebagai-permulaan-jaminan-belanja-kahwin-66609
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/emas-masih-instrumen-pelaburan-selamat-66532
********
Di atas, beberapa tajuk utama berita terkini.
Just secara random, diambil dari satu sumber media.
Tentang nilai duit kita.
Tentang nilai emas.
Tentang gambaran semasa hidup hari ini.
*********
Semasa Hari Raya lepas berjumpa seorang kawan.
Dia baru balik dari UK, setelah beberapa tahun di sana, further study, habiskan program PHD.
Dari cerita perkongsian dia, memang sangat berbeza dan sangat terasa, nilai mata wang yang di pegang di sana compare apabila balik ke Malaysia. Katanya rasa macam nak duduk di sana je. Apatah lagi dengan anak yang sedang membesar dengan kenaikan kos asas seharian, memang bebannya dirasai ramai orang.
Itu untuk orang yang berkelulusan tinggi dan punya pekerjaan yang ok.
Bagi yang kerja biasa-biasa pastinya tekanannya pasti lebih lagi.
Moga Allah peliharakan negara ini.
Dan segala krisis yang sedang dilalui sekarang dapat ditangani dengan baik.
*******
Dalam pelbagai krisis hari ini.
Dalam kita mencari sandaran dan petunjuk,
Yang terbaik bagi kita adalah untuk ingat kembali kepada pesanan Rasulullah saw:
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang ertinya :
“Aku berwasiat kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah
dan mendengar serta taat
walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak.
Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku
nescaya dia akan melihat banyak perselisihan,
maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnah ku
dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudah ku.
Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham mu
serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan
kerana semua yang baru dalam agama adalah bid’ah
dan semua bid’ah adalah sesat.
” HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Dzahabi dan Hakim, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al jami’ no. 2549

###
Post di atas adalah edited version daripada post asal yang lebih panjang semalam.
As usual, tiap post yang saya tulis adalah pandangan secara spontan on the spot, tanpa draf awal.
Untuk semalam punya post, setelah dinilai semula, rasanya ia ada menyentuh isu sensitif yang tengah hangat sekarang, iaitu isu politik. Walau hanya menyentuh sedikit sahaja, untuk kebaikan program ini dan kelangsungan jangka panjang, elok saya elakkannya di blog ini. Lagipun tiap orang akan berbeza pandangan, dan juga untuk elakkan salah faham dari mesej yang ingin disampaikan.
Terima kasih
24 July
Islam agama yang sempurna. Tidak perlu pengurangan dan penambahan. Akan tetapi di akhir zaman, Islam ibrat bara api. Dipegang kita sakit, dilepas ia padam.
ReplyDeleteMari sama2 kita berdoa semoga kita selamat dari segala musibah yg melanda hari dan akan datang
ReplyDeleteHarap2 projek ni bertahan shgga ke tahun akan2 datang berikutan ekonomi d a n suasana di Msia agak menakutkan dari segi ekonomi,sosial dan politik nya agak membin bangkan
ReplyDeletebetol tua zabidi zabidi..... harap program berterusan....dpt tampung yg kurang
ReplyDeleteTulisan ini bermanafaat untuk direnung. Semuga kita sentiasa diberi petunjuk dan bimbingan olehNya dlm menghadapi pelbagai ujian.
ReplyDelete