Tuesday, 28 April 2015

Emotion is your friend



Petikan ini saya ambil dari buku 'Fooled by Randomness' oleh Nassim Nicholas Taleb. Antara buku yang bagus dibaca  untuk mencambahkan pemikiran dalam dunia trading, juga hidup harian.

" It is a fact that our brains tend to go for the superficial clues 
when it comes to risk and probability, 
these clues being largely determined 
by what emotion they elicit 
or the ease with which they come to mind. 

In addition to such problems with the perception or risk, 
it is also a scientific fact, 
and a shocking one, 
that both risk detection and risk avoidance 
are not mediated in the "thinking" part of the brain 
but largely in the emotional one (the "risk" as "feeling" theory). 

The consequences are not trivial: 
It means that rational thinking has little, 
very little to do with risk avoidance. 

Much of what rational thinking seems to do 
is rationalize one's actions by fitting some logic to them. "

*****

Emosi adalah sebahagian dari manusia.
Trader juga manusia.
Sepanjang pengalaman saya dalam trading,
biasa saya dengar istilah 'trade without emotion'.
Mudah disebut, dan sedap didengar.
Tapi realitinya, agak mencabar untuk dilaksana.
Kerana, bagaimana ingin mengwithoutkan emosi itu dalam diri?
Kerana emosi itu akan terus ada dalam diri spesies manusia (trader).

Banyak juga menganggap 'emotion is your enemy'
Tak caya, cuba try google keyword tu.
Bila sebut perkataan 'emosi'..ia beri tanggapan negatif.
Apa salah emosi?
Jika emosi diluar kawalan, dan memudaratkan, siapa yang patutnya disalahkan?.
Emosi adalah cetusan energy..
terpulang pada kita bagaimana untuk menggunakannya
Umpama api, terpulang pada kita nak guna untuk bakar lemang atau nak bakar basikal.

Maka yang penting adalah untuk 'menjinakkan' dan 'respek' pada emosi.
Perlu kita akui dan iktiraf, emosi itu ada , wujud dan hadir, pada saat itu,
bukan  menafikannya
Tapi, amat perlu untuk 'mengawal, memandu arah dan memimpinnya'.

Emosi juga boleh menjadi antara faktor penentu,
dalam decision making untuk pengambilan risiko.
Dan risiko adalah sesuatu yang akan dihadap setiap hari oleh trader.
Risiko untuk loss besar..risiko untuk loss kecik.. risiko untuk tak dapat apa apa..risiko untuk dapat profit banyak sangat diluar jangkaan..dan banyak lagi.

Jadikan emosi sebagai kawan yang mendorong untuk membantu kita,
to be stronger dari kebiasaan,
bukannya kawan yang mendorong untuk menjatuh dan melemahkan.
Terpulang pada kita, nak jadikan dia kawan yang macamana..
Sebab nak tak nak, emosi akan terus nak berkawan dengan kita sampai bila bila.
Dan dia boleh datang bila bila masa, suka suka dia je..
dan dalam pelbagai rupa.
Jangan halau dia..tapi manage dia untuk sama sama mendepani situasi luarbiasa itu.




p/s
sorry, rasa macam lama tak update blog..tak berapa sihat last week..but, alhamdulillah makin ok..and from positive point of view, maybe ia masa untuk get enough rest.

Tuesday, 14 April 2015

Laahaulawalaa'quwwata'illabillaah






"there is no power and no strength except with allah"



suksess atau tidak seorang trader itu
bukan hanya bergantung kepada ilmu dan skill yang dimiliki
bukan kerana teknik terbaik 
bukan kerana disiplin tinggi
bukan kerana broker terbaik
bukan kerana kuatnya psikologi dan mental 
bukan kerana pengalamannya

kerana, jika itu semua sudah ada,
tetapi tiada izin kehendak dari Nya
suksess itu tidak akan tercapai.

walau hanya untuk memegang mouse,
walau hanya untuk meng klik dengan sebatang jari,
jika tiada izin dari Nya,
benda simple dan mudah pun tak akan terlaksana.

itu belum lagi dalam berfikir, menganalisa dan membuat keputusan
buy, sell, hold, close position, or do nothing..

sama ada sebesar tindakan, atau sekecil tindakan 
semuanya dengan izin Nya.

semasa trade..
banyakkan menyebut dan mendalami maksud  ayat tersebut..
untuk mengingatkan diri bahawa segala tindakan trader yang membawa profit adalah dengan izin Nya
dan bukannya kerana ke terror ran skill trader itu 

even dalam azan
semasa menyambut seruan bilal
ayat tersebut dilafaz 
untuk menyambut seruan haiyaalassolah dan haiyaalalfalaah..

kerana solat dan suksess,
adalah aktiviti yang perlukan kesungguhan tindakan fizikal
dan ia tak akan terlaksana jika tiada izin dari Nya..

ketika panggilan diseru
untuk segera solat..segera mencapai suksess
ketika itu kita mohon diberi kekuatan dan dimudahkan,
dengan menyebut ayat diatas..

ia ayat magik yang mencetus energi 
jika dihayati mendalam maknanya
dan digenggam erat energi nya
menyerap ke seluruh tubuh dan hati

begitu juga ke suksess an dalam trading, 
atau hidup harian
perlu juga selalu mohon dari Nya

trading adalah aktiviti yang mencabar
kerana trader akan berhadapan dengan uncertainty setiap masa
namun  ia akan lebih ringan, 
jika sandaran dan tawakkal itu diletakkan kepada yang memberi petunjuk

Thursday, 2 April 2015

Alhamdulilah.. Ulangtahun ke 2






Hari ini,...
pada dua tahun lepas...
blog ini bermula.

Semuanya berlaku secara spontan dan on the spot.
Sebagaimana post post saya di blog ini, semuanya datang secara spontan,
on the spot ditulis, tiada yang di prepare terlebih dulu then di publish.

Dan blog ini merekodkan perjalanan dari awalnya hingga hari ini.
Jika baby berusia 2 tahun, pastinya sudah semakin besar.

Mungkin ada kekurangan sepanjang perjalanan.
Ianya perjalanan penuh pengalaman.
Ia banyak memberi pengajaran kepada saya.

Tentang erti amanah
Tentang erti  syukur.

Juga mengajar
Bahawa setiap apa yang kita punya, sebenarnya bukan kita punya.
Semuanya cuma pinjaman.
Tak kira Kancil atau Lamborghini
Tak kira dalam saving account kita ada RM seratus, seribu, atau seratus ribu.

Kita cuma menguruskan sesuatu yang dipinjamkan pada kita.
Sampai masanya kita akan tinggalkan, atau pulangkan,

Dan betapa pentingnya masa hidup yang sangat singkat ini kita maximise kan usaha.
Gunakan apa yang kita ada sekarang untuk manfaat orang lain.
Dan tak perlu nak tunggu duit berjuta baru nak menyumbang.

Walau RM 10 yang kita ada dalam saving account
Tapi, dengannya,  ia digunakan untuk jariah dan charity
yang mungkin mengenyangkan seseorang.
atau menambah nilai kehidupan seseorang
atau memberi senyuman kepada seseorang..

Itu lebih baik,
berbanding  RM 1 juta dalam saving account
tapi, ia sekadar menggembirakan diri sendiri,
mengenyangkan diri sendiri,
dan tersenyum sendiri melihat ianya makin berkembang
tahun demi tahun tidak 'dibelanjakan ke jalannya'.

*******

Terima kasih banyak saya ucapkan kepada semua peserta, terutama yang dah bersama since day one, juga yang baru..juga kepada anda semua, pembaca blog ini..

Saya hargai sokongan anda semua.

Alhamdulillah, program ini terus berjalan lancar.

Moga kita akan terus suksess!