
"there is no power and no strength except with allah"
suksess atau tidak seorang trader itu
bukan hanya bergantung kepada ilmu dan skill yang dimiliki
bukan kerana teknik terbaik
bukan kerana disiplin tinggi
bukan kerana broker terbaik
bukan kerana kuatnya psikologi dan mental
bukan kerana pengalamannya
kerana, jika itu semua sudah ada,
tetapi tiada izin kehendak dari Nya
suksess itu tidak akan tercapai.
walau hanya untuk memegang mouse,
walau hanya untuk meng klik dengan sebatang jari,
jika tiada izin dari Nya,
benda simple dan mudah pun tak akan terlaksana.
itu belum lagi dalam berfikir, menganalisa dan membuat keputusan
buy, sell, hold, close position, or do nothing..
sama ada sebesar tindakan, atau sekecil tindakan
semuanya dengan izin Nya.
semasa trade..
banyakkan menyebut dan mendalami maksud ayat tersebut..
untuk mengingatkan diri bahawa segala tindakan trader yang membawa profit adalah dengan izin Nya
dan bukannya kerana ke terror ran skill trader itu
even dalam azan
semasa menyambut seruan bilal
ayat tersebut dilafaz
untuk menyambut seruan haiyaalassolah dan haiyaalalfalaah..
kerana solat dan suksess,
adalah aktiviti yang perlukan kesungguhan tindakan fizikal
dan ia tak akan terlaksana jika tiada izin dari Nya..
ketika panggilan diseru
untuk segera solat..segera mencapai suksess
ketika itu kita mohon diberi kekuatan dan dimudahkan,
dengan menyebut ayat diatas..
ia ayat magik yang mencetus energi
jika dihayati mendalam maknanya
dan digenggam erat energi nya
menyerap ke seluruh tubuh dan hati
begitu juga ke suksess an dalam trading,
atau hidup harian
perlu juga selalu mohon dari Nya
trading adalah aktiviti yang mencabar
kerana trader akan berhadapan dengan uncertainty setiap masa
namun ia akan lebih ringan,
jika sandaran dan tawakkal itu diletakkan kepada yang memberi petunjuk
Subhanallah. Banyak kelemahan diri ini..
ReplyDeleteSetuju sangat. Sayangnya sesetengah kita ada yg makin lupa. Keakuan yg dilihat tanpa mata hati telah tanpa disedari memesong akal. Padahal dgn kudrat iradatNya juga kita mampu melaksanakan segala. Wslm.
ReplyDeleteSubahanallah...Alhamdulillah...Laillahailallah wallahu akhbar.
ReplyDeleteSangat benar apa yang tuan nukilkan.
Akidah yang mantap tuan
Tiada daya upaya kami melainkan dengan kehendakmu Ya Allah. Allah kuasa makhluk lansung tiada kuasa. - Adnan Isnail
ReplyDelete