Wednesday, 20 May 2015

Read & Recite


Read in the Name of Your Lord


"Read: In the Name of your Lord Who created,"


"Bacalah,
dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan."
itu ayat terawal dari tuhan di dalam kitab suci.

Memberi isyarat betapa besarnya dan pentingnya untuk membaca..

Membaca, bukan sekadar menggabung huruf jadi perkataan.
Bukan sekadar menggabung perkataan jadi cerita.
Bukan sekadar membaca yang tertulis di dalam buku
Bukan sekadar untuk pelajar sekolah atau universiti sahaja..

Ia lebih luas.
Sangat luas.
Membaca alam. Membaca persekitaran. Membaca sekeliling. Membaca ekonomi. Membaca bicara manusia lain. Membaca situasi dan berita semasa. Membaca halatuju sebuah negara.
Dan terlalu banyak lagi perlu dibaca dengan mata, telinga dan mulut, juga minda dan hati..

Setakat membaca sungguh sungguh untuk pandai dan lulus cemerlang dalam akademik tidak cukup.
Jika tidak membacanya itu dengan menyebut nama tuhan, yang mengilhamkan pemahaman dan panduan dalam bacaan.
Yang seterusnya menentukan halatuju hidupnya.

Membaca akan dapat memahami sesuatu yang tersurat di luaran.
Tapi membaca dengan menyebut nama tuhan akan memahami dan mendalam isi tersirat di dalaman.

Membaca graf.
Membaca candlestick.
Membaca moving average.
Membaca news.
Membaca price action.
Dan banyak lagi bacaan...
tidak akan mendatang hasil jika bacaan itu tidak disertakan dengan menyebut nama tuhan yang menciptakan ilmu kepada seluruh manusia.

Macam mana kita nak buat keputusan untuk sesuatu yang belum terjadi..

Kita tak tahu banyak benda.
Dengan membaca kita akan tahu sedikit demi sedikit..
Tapi sekadar tahu, tak cukup,
kerana apa yang kita tahu walau kita rasa dah cukup pandai,
sebenarnya sangat sedikit berbanding  Dia yang Maha Mengetahui
Jika dicompare umpama setitis air di lautan yang besar.
Jadi, kita mintak tolong dan guidance dari Dia,
Agar Dia gerakkan hati kita
dan pembuatan keputusan kita dan segala action, adalah yang terbaik.

Juga,
dalam solat ada masanya perlu baca perlahan
ada masanya perlu lafaz yang  kuat.
Jadi sama juga dalam 'bacaan' dalam hidup harian,
praktikkan untuk 'membaca' dengan kuat
agar telinga kita turut mendengar 'bacaan' kita,
dan mesej itu sampai di deria telinga untuk diproses dalam tiap decision making

Walau apa yang sedang kita baca sekarang,
Bacalah, dengan menyebut nama tuhan yang menciptakan...

Bismillaah..

Wednesday, 6 May 2015

Great news i just received






Pagi tadi,
saya terima satu berita yang menyentuh hati.
Salah seorang peserta program ini, yang sudah agak lama join,
menyampaikan satu berita.

Saudari itu menyatakan hasrat beliau,
yang bakal secara rasminya memilih menjadi muslimah tak lama lagi.
Alhamdulillah..

Bertukar ke agama baru, pastinya satu keputusan yang amat besar,
dan keputusan itu perlukan kekuatan.
Saya pasti, dia sudah lama punyai kekuatan itu,
dan sudah lama prepare, belajar dan mendalami,
dan moga tuhan mempermudahkan segala urusannya.
Moga juga, famili, rakan juga masyarakat kelilingnya,
akan terbuka memahami dan memberi support.

Just some sharing kepada dia..juga kepada pembaca lain.
When you want to be a muslim, u dont have to be malay, arab, or anyone else..
Just be yourself..
adapt..and just change what need to change..no need to change everything.
Islam is very simple. Just keep it that way...It will make our life easier.
Terus kuat kukuhkan relationship with parent, famili n friends.

Antara salah faham di negara kita adalah,
masuk islam bermaksud masuk melayu?
islam bukan milik melayu
dan tak perlu jadi melayu untuk hayati islam
because islam is for everyone..
dan tiada paksaan dalam islam


******

Umpama sebatang pokok.
Fokus untuk jaga akarnya dahulu.
Kerana yang lainnya seperti daun, bunga, dan buahnya,
adalah dari akar yang kuat.
Even dahan dan ranting dicantas.
Even bunga dan buah dipetik.
Ia tak akan menghalang pokok itu,
dari terus membesar dan terus memberi hasil manfaat kepada kelilingnya.
Even angin kencang mematahkan dahan,
akar akan terus kuat mencengkam,
dan sampai masanya tunas baru akan berputik,
untuk tumbuh menjadi pokok yang lebih kuat.
Menjadi teduhan mendinginkan,
dan memutikkkan buah segar untuk yang menghampiri.

When you need anything, ask directly to god.
Dia sentiasa available 24/7 online, never offline.
Baca kata kata Dia.
Tiap kata kata Dia ada mesej
dan ianya umpama  bicara dua hala untuk yang membacanya.

Wish you all the best and success to Miss S.