Tuesday, 6 December 2016

Update 6 Dec 2016

Never stop and never give up.
Its a race against time.
Hingga selesai sepenuhnya, usaha wajib terus dijalankan.
Yang masih bersabar menunggu, terima kasih banyak.
Melalui email, segala makluman akan diberitahu.

Terima kasih.

Thursday, 3 November 2016

Update 3 Nov 2016

Fokus untuk terus moving forward ke hadapan.
Sebarang pertanyaan atau penerangan akan saya jawab bila selesai semua pembayaran. Hopefully selesai dalam baki 2 bulan ni. Sebelum tahun 2017.
Terima kasih sebab anda semua masih sabar menunggu walau jangka masa penantian itu ambil masa yang lebih panjang dari sepatutnya. Terima kasih.

Tuesday, 4 October 2016

Update 4 Oct 2016

-Payment masih diteruskan.
-Target untuk selesai semua sebelum januari tahun depan..dah delay dan tangguh lama sangat sebelum ni. Sori atas janji sebelum ni yang tertangguh.

Saturday, 3 September 2016

Update 2 Sept 2016

-Masih diteruskan proses pembayaran.

-Masih ada yang belum terima, dan menunggu turn, once dah settle saya akan email.

-Menjadi pembelajaran paling penting dalam hidup saya. Bila dah selesai payment 100% semuanya kelak, insyaallah saya kongsi pengalaman bagaimana menyelesaikan isu besar ini, dan bagaimana mendapatkan sumber untuk pembayaran dalam masa yang sangat terhad. Lewat dari target date asal yang sepatutnya, dan saya pasti ia menggusarkan semua pihak, terutama yang sedang amat memerlukan kewangan, maaf banyak banyak. Apapun sekarang masa untuk saya terus fokus dan lebihkan usaha lagi. Lebihkan kerja/tindakan, kurangkan cakap/tulisan.

-Terima kasih kerana memahami.

Tuesday, 2 August 2016

Update 2 Ogos 2016


Terima kasih kepada yang tetap sabar menunggu turn untuk pembayaran.
Walau delay yang agak berpanjangan, dan anda sendiri berada dalam kerumitan.

Saya masih meneruskan usaha,  dan moga makin dipercepatkan, kerana masih ramai yang menanti.

Friday, 8 July 2016

8 Julai 2016

Sedikit demi sedikit pembayaran dibuat. Masih perlahan, tapi wajib diteruskan, kerana masih ramai yang belum dibuat pembayaran balik modal. Pemberitahuan dan makluman akan dibuat terus ke email anda. Kepada yang belum terima, maknanya sedang dalam giliran, maaf sebab benda ni ambil masa lebih dari yang sepatutnya.

Saya tidak balik beraya, juga tiada persiapan raya..tapi itu semua tak ada apa jika dibanding dengan anda yang sangat lebih memerlukan wang modal bagi perbelanjaan di hari raya juga selepas raya, terutama yang sudah berkeluarga.

Maaf dari saya atas kesusahan dalam tempoh ini yang perlu anda lalui sekarang. Saya pasti ianya tempoh yang sangat mencabar dalam hidup anda, kerana saya juga merasakan, walau pastinya cabaran anda sure ada yang lebih besar dari saya.

Raya akan berlalu,,tapi yang lebih penting, saya mesti terus buat kerja dan usaha untuk settle kan semua tunggakan dan janji. Itu jauh lebih penting, kerana ianya amanah yang wajib dilangsai, untuk ringankan beban kewangan anda semua. Kerana ini bukan masa bersuka ria.

Moga di bulan syawal ni, momentum pembayaran akan lebih lagi dari sebelumnya.

Wednesday, 1 June 2016

Update 1 Jun 2016

Masih ada yang belum dapat pembayaran balik.
Puasa pun makin dekat tinggal berapa hari.
Begitu juga Raya, tak lama lagi, yang pastinya perlu pakai banyak belanja untuk anda dan keluarga.
Walau apa tindakan anda atau persepsi anda, saya janji akan tetap teruskan usaha untuk settlekan perkara ini, hingga semuanya selesai. Selagi ada kudrat dan tenaga, selagi nyawa dikandung badan.

Masa untuk buat kerja dan gandakan usaha lagi. Any info, saya akan contact through your email secepat mungkin.

Tuesday, 3 May 2016

Update 3 May 2016

Dalam bulan ini, akan cuba diselesai semua payment, insyaallah. Sebolehnya sebelum bulan puasa di settle, sebagaimana yg diberitahu sebelum ini.

Segala makluman akan diberitahu menerusi email.

Terima kasih.

Tuesday, 12 April 2016

Update 12 apr 2016

Sebarang info / attachment/ resit, akan dimaklumkan melalui email.

Kepada yang belum terima, minta maaf, harap bersabar.

Akan cuba diselesaikan satu persatu hingga settle semua, insyaallah sebelum bulan puasa ni (before june), tak nak mengganggu persiapan puasa/raya anda semua.

Terima kasih.

Thursday, 31 March 2016

Update 31/03/2016

Hanya sebilangan kecil sahaja yang dah dibuat payment setakat ini.
Majoriti,kebanyakan  belum lagi.

Minta maaf, sebab ramai yang sedang sangat memerlukan, tapi dengan berat hati belum dapat penuhi semuanya.

Saya tidak mahu lagi bergantung sepenuhnya kepada tawaran bantuan pihak lain, kerana tak semudah itu, dan tak mahu lagi penat mengharap benda tak pasti, tiba tiba tak seperti yang dijanji.
Dah terlalu banyak kali janji belum ditepati.

Kadang dalam dilema juga, sama ada perlu bagi due date atau jangkaan tempoh tertentu... Atau tidak perlu saya umumkan selagi belum pasti.. Tapi saya tahu anda semua mahu jawapan.

Secara praktikalnya, dengan perkembangan terkini..jangkaan sebelum pertengahan tahun ini akan selesai isu withdrawal dengan pihak terbabit.

Tapi saya tahu,jangkamasa itu agak lama, maka perlu saya terus ikhtiarkan jalan lain untuk dapatkan solution segera seawal mungkin.

Ini ujian saya paling besar. Saya perlu upgrade menjadi lebih besar untuk menghadapi dan menangani.

Maaf kalau saya perlu keraskan hati dan kentalkan diri, kerana saya perlu redah semua baki jalan jalan yang ada buat masa ini. Dan kebanyakannya saya perlu tempuhi dan hadapi sendiri, jadi saya perlu fokus sepenuhnya., dan maaf buat masa ni saya tak dapat sepenuhnya menjawab semua pertanyaan, kerana saya tak nak bagi jawapan yang sama, apatah lagi cuma sekadar harapan.

Terima kasih kerana sangat sabar memahami, walau anda sendiri dalam kesulitan.



Image result for bigger than the problem

Wednesday, 16 March 2016

Update 16 Mac 2016

-Ringkasan update terbaru:


-Selepas update pada minggu lepas (11/3), saya ada menerima beberapa tawaran terbaru lain, dari pihak yang ingin membantu saya dalam settlekan payment.

-Semoga peserta tak perlu tunggu terlalu lama lagi, moga semua berjalan lancar.

-Insyaallah, dapat di settlekan menjelang hujung bulan ini (Mac), lebih kurang dalam 2 minggu lagi.

-Mungkin bunyinya macam sama macam yang lepas, asyik-asyik sebelum tarikh tertentu.

-Tapi tawaran yang saya terima yang terbaru ini, kali ini ianya agak berbeza, nampak lebih serius berbanding sebelum sebelumnya. Ya, nothing is free in this world, tapi saya perlu utamakan keperluan anda semua. (Pertolongan dari pihak terdahulu yang ingin membantu sebelum ini, yang tu saya tak dapat nak komen lebih buat masa ni).

-Tak perlu saya huraikan dengan lebih detail. Yang penting ada hasilnya nanti baru boleh cerita. Saya pun dah penat dan rasa bersalah. Tapi saya akan tetap teruskan usaha

-Fokus pada solution, bukan pada problem.

***


-Maaf juga, buat masa ini mungkin ada sms dan email yang saya tak baca atau reply.

-Kerana saya ingin fokus sepenuhnya dalam usahakan semua solution.

-Saya just manusia biasa. Memang ramai yang hantar mesej bagi semangat, dan sangat memahami. Sangat saya hargainya walau mereka sendiri tertekan. Tapi, dengan adanya segelintir yang agak kurang sabar, sedikit sebanyak kadang-kadang buat mood dan semangat jadi down juga..maaf, saya bukan robot. Apapun saya tak salah kan mereka, dan berhak untuk luahkan perasaan. Lagi lagi dalam situasi yang tertekan. Saya terima segalanya, cuma buat masa ni saya kena pandang ke depan

-Walau adanya bantuan pihak lain, pada masa yang sama juga saya masih belum berhenti usahakan dengan usaha saya sendiri. Sebab tak nak bergantung sepenuhnya.

-Sekarang, masa untuk fokus buat kerja 200%.

-Actions, and results.. not just words..sebab kalau sekadar cakap dan janji, semua orang boleh buat.


laahawlawalaaquwwataillabillaah.

Friday, 11 March 2016

Update 11 Mac 2016

Hari ni sepatutnya, dah start buat payment, seperti diumum sebelum ni.

*Dengan berat hati, dan saya minta maaf, nampaknya payment still delay lagi.

Sebelum ni, pada awalnya kawan saya yang nak bantu tu bagitau, insyaallah boleh assist dalam beberapa hari sahaja. Tapi, to be safe, dalam pengumuman awal bulan hari tu, saya jarakkan dan panjangkan masa ke 11 hb Mac, iaitu sepatutnya hari ini.

Tapi, rupanya walau ada tempoh tambahan, still belum dapat nak settle hari ni.
Walau bukan kawan rapat, dan kenal di online, saya terima setelah beliau menawarkan bantuan. Tapi saya bersangka baik dan masih menaruh keyakinan pada dia. Kerana buat masa ni itu saja jalan yang nampak meyakinkan buat masa terdekat.


Kadang terfikir.
Kalau saya tak start program ni, pastinya saya tak akan menyusahkan anda semua.
Kadang terfikir, if i wish i can turn back time. Tapi seolahnya saya nak ubah takdir dah berlaku.

Yang penting sekarang, dan yang belum berlaku.

Saya tahu buat masa ni, ada peserta yang sangat urgent nak pakai duit antaranya;
nak bayar kos perubatan ahli keluarga
nak bayar duit kereta yang dah nak kena tarik
nak bayar duit rumah yang tertunggak
nak bayar untuk yuran pengajian
nak bayar untuk perkahwinan
nak bayar untuk tebus barang kemas di pajakgadai
nak bayar hutang
nak terus kan hidup setelah berhenti kerja
ada yang terpaksa meminjam saudara dan kawan untuk hal kecemasan
ada yang kumpul duit kawan kawan untuk join program ni
dan banyak lagi..
dan semuanya dah terlalu lama menunggu
saya tahu berat sangat bahu anda memikul
lebih lebih lagi yang dah lepas due date.

Saya tahu juga, peserta-peserta  ini terdiri dari latar belakang yang pelbagai;
ada student, surirumah, ibu tunggal, anak atau ibu bapa yang menyara keluarga, anggota polis, doktor, engineer, bisnesman, sedang mencari kerja dan lainnya.
Terdiri dari pelbagai bangsa termasuk dari negara jiran.

Dan saya tahu, masa depan saya sangat berisiko jika tak settlekan perkara ni dengan cepat.
Kerana antara peserta juga melibatkan orang yang berpengaruh.
Dan melibatkan wang beratus ribu oleh beberapa peserta.
Lagi lagi, pastinya pegawai polis yang merupakan antara peserta program ini, boleh buka file anytime.

Dah lama sangat tangguh demi tangguh.
Saya sangat hargai kesabaran anda semua menunggu, walau saya tahu bukan senang.
Lagi-lagi bila perlukan duit dan sangat terdesak.
Dan saya tahu juga, anytime peserta boleh bawa perkara ni ke tengah jika sudah hilang kesabaran sepenuhnya.
Saya perlu bertindak lebih pantas walau tekanan sangat tinggi sekarang.
Seriuosly, dah lama saya tak rasa pressure sebegini, sebab ia melibatkan banyak pihak.

Saya tak akan putus asa.

Walau sesetengah perkara di luar kawalan saya.
Tapi saya berharap perkara itu dipercepatkan, dan berdoa pada perkara yang di luar kawalan.

Saya tak boleh nak tahan tahap kesabaran anda.
Tapi, yang saya boleh buat, walau tertekan saya wajib usaha dan ikhtiar di luar kebiasaan.

* Kawan saya menyatakan perlu masa dalam anggaran  sepuluh hari lagi.
Saya tak berani janji. Dan saya tak berani nak panjangkan masa lagi, seperti sebelum ini.
Saya nak tulis ni pun fikir banyak kali. Tapi kalau saya tak bagitau, pasti anda akan lebih banyak tanda tanya.

Moga setel sebelum hujung bulan Mac ni, itu yang saya  usahakan.

Maaf kalau saya lewat reply sms atau email, atau terlepas tak reply.
Sebab saya terima sangat banyak sms dan email.
dan ada yang saya tak tau macam mana nak bagi jawapan, selagi belum pasti.

Sekarang memang masa yang sangat sukar untuk saya.
Berjaya settlekan, bermakna saya boleh teruskan hidup ke next level.
Pengajaran paling berharga dalam hidup.
Gagal, bermaksud its the end untuk kehidupan saya.
Dan saya mesti pastikan ia berjaya diselesai, segera.

Saya akan teruskan walau sesukar mana.
Kerana saya tahu, situasi anda sekarang jauh lebih sukar berbanding saya.


laa'ilaaha'illa'antasubhaanaka'innikuntuminazzolimiin.

Tuesday, 1 March 2016

Pengumuman 1 Mac 2016

Point ringkas untuk makluman semua.


-Maaf lewat update, sebab saya perlu tunggu confirmation dulu.

Tarikh baru pembayaran adalah minggu depan, Jumaat 11 Mac 2016


*****

-Sepatutnya, semalam. Tapi, minta maaf, perlu masa tambahan sikit lagi.

-Seperti semua maklum, proses withdrawal dengan pihak institusi kewangan memang ada isu sikit sebelum ni.

-Tapi, pada masa sama saya usahakan juga jalan dan alternatif lain, sementara menunggu isu tu settle.

-Alhamdulillah, ada pihak, yang telah sudi membantu untuk meringankan  beban, dengan mendahulukan wang beliau. Terutama dengan jumlah keseluruhan yang agak besar, pasti ia akan membantu ringankan beban.

-Sebab tu sebelum ini saya berani umum, payment dalam selewatnya bulan Februari boleh settle. Dan buat countdown. Untuk bagitau semua pihak bahawa benda ni benda sangat serius dan penting, libatkan banyak pihak yang dah lama menunggu, dan sangat perlukan wang. Urgent.

-Tapi ada sebab tak dapat dielakkan. Tu yang delay, perlu masa tambahan ke tarikh baru, minggu depan Jumaat 11 Mac 2016.

-Maaf, tertangguh lagi yang pastinya akan timbulkan kesulitan di pihak anda semua. Terutama yang tengah dalam situasi terdesak. Saya minta maaf banyak. Terima kasih kerana sanggup sabar, lama menunggu walau anda sendiri sedang hadapi kesulitan.

-Saya berhati-hati dalam membuat pengumuman, agar tak nak beri janji atau harapan kosong, selagi ianya tak pasti. Tapi pada masa sama, saya pun serba salah, sebab saya tak nak peserta salah faham jika saya tak maklumkan atau update info terkini. Jadi, maaf kalau saya lewat reply sms atau email.

-Moga dipermudah semua urusan, semua jadi kenyataan, dan selesai secepat mungkin. Amiin.

Monday, 11 January 2016

Wednesday, 6 January 2016

06012016

Terima kasih kepada yang bersabar dan memahami.
Walau pun jumlah pelaburan anda ada yang besar, secara individu ada yang rm 100k, 200k dan lebih, namun anda tetap bersabar dan memberi peluang. I really appreciate it, walau saya akui trust anda semakin berkurang dari masa ke semasa.
Saya akui juga, ada yang tertekan, kerana memang sangat betul2 perlukan duit sekarang.
Jadi, saya juga tak salahkan seorang dua dari anda, jika ada yang nak ambik tindakan lanjut.
Cuma, saya pohon untuk saya settlekan pembayaran kepada mereka yang masih bersabar nak menunggu itu. Kerana dibimbangi tindakan segelintir anda boleh menjejaskan majoriti mereka yang sedang menunggu.
Bila dah settle dan langsai semua, then ada yang nak proceed hasrat anda, carry on.

Walau apa berlaku, saya tetap usahakan untuk settlekan semua amanah ini.
 Saya nak fokus pada perkara lebih besar dan penting sekarang. Masa dah sangat terhad, dan sekarang bukan masa untuk buang masa

* 54 days to go.

Tuesday, 5 January 2016

05012016

- Terima kasih atas feedback/cadangan/komen/solution yang kebanyakannya membina yang saya terima. Segala luahan anda pun saya terima dengan hati terbuka, kerana saya memahami situasi anda.

- Last  few days kebanyakan masa saya disconnected from online. Ada perkara urgent sedang diuruskan. Baru hari ni back to online. Sms pun dah full inbox, lama tak check, saya akan clearkan, and check tiap satu. Begitu juga email, saya belum habis baca lagi, akan go through sekali lagi.

-Dokumen; yang request, saya akan siapkan, dan send.

- Saya sangat hargai kesabaran anda, walau saya tahu ada di kalangan anda yang berada dalam situasi lebih tertekan dan memerlukan.


* Countdown: Baki 55 hari lagi.