Majoriti,kebanyakan belum lagi.
Minta maaf, sebab ramai yang sedang sangat memerlukan, tapi dengan berat hati belum dapat penuhi semuanya.
Saya tidak mahu lagi bergantung sepenuhnya kepada tawaran bantuan pihak lain, kerana tak semudah itu, dan tak mahu lagi penat mengharap benda tak pasti, tiba tiba tak seperti yang dijanji.
Dah terlalu banyak kali janji belum ditepati.
Kadang dalam dilema juga, sama ada perlu bagi due date atau jangkaan tempoh tertentu... Atau tidak perlu saya umumkan selagi belum pasti.. Tapi saya tahu anda semua mahu jawapan.
Secara praktikalnya, dengan perkembangan terkini..jangkaan sebelum pertengahan tahun ini akan selesai isu withdrawal dengan pihak terbabit.
Tapi saya tahu,jangkamasa itu agak lama, maka perlu saya terus ikhtiarkan jalan lain untuk dapatkan solution segera seawal mungkin.
Ini ujian saya paling besar. Saya perlu upgrade menjadi lebih besar untuk menghadapi dan menangani.
Maaf kalau saya perlu keraskan hati dan kentalkan diri, kerana saya perlu redah semua baki jalan jalan yang ada buat masa ini. Dan kebanyakannya saya perlu tempuhi dan hadapi sendiri, jadi saya perlu fokus sepenuhnya., dan maaf buat masa ni saya tak dapat sepenuhnya menjawab semua pertanyaan, kerana saya tak nak bagi jawapan yang sama, apatah lagi cuma sekadar harapan.
Terima kasih kerana sangat sabar memahami, walau anda sendiri dalam kesulitan.
No comments:
Post a Comment