Point ringkas untuk makluman semua.
-Maaf lewat update, sebab saya perlu tunggu confirmation dulu.
- Tarikh baru pembayaran adalah minggu depan, Jumaat 11 Mac 2016
*****
-Sepatutnya, semalam. Tapi, minta maaf, perlu masa tambahan sikit lagi.
-Seperti semua maklum, proses withdrawal dengan pihak institusi kewangan memang ada isu sikit sebelum ni.
-Tapi, pada masa sama saya usahakan juga jalan dan alternatif lain, sementara menunggu isu tu settle.
-Alhamdulillah, ada pihak, yang telah sudi membantu untuk meringankan beban, dengan mendahulukan wang beliau. Terutama dengan jumlah keseluruhan yang agak besar, pasti ia akan membantu ringankan beban.
-Sebab tu sebelum ini saya berani umum, payment dalam selewatnya bulan Februari boleh settle. Dan buat countdown. Untuk bagitau semua pihak bahawa benda ni benda sangat serius dan penting, libatkan banyak pihak yang dah lama menunggu, dan sangat perlukan wang. Urgent.
-Tapi ada sebab tak dapat dielakkan. Tu yang delay, perlu masa tambahan ke tarikh baru, minggu depan Jumaat 11 Mac 2016.
-Maaf, tertangguh lagi yang pastinya akan timbulkan kesulitan di pihak anda semua. Terutama yang tengah dalam situasi terdesak. Saya minta maaf banyak. Terima kasih kerana sanggup sabar, lama menunggu walau anda sendiri sedang hadapi kesulitan.
-Saya berhati-hati dalam membuat pengumuman, agar tak nak beri janji atau harapan kosong, selagi ianya tak pasti. Tapi pada masa sama, saya pun serba salah, sebab saya tak nak peserta salah faham jika saya tak maklumkan atau update info terkini. Jadi, maaf kalau saya lewat reply sms atau email.
-Moga dipermudah semua urusan, semua jadi kenyataan, dan selesai secepat mungkin. Amiin.
No comments:
Post a Comment