Monday, 31 August 2015
Sunday, 16 August 2015
Giving in trading, and everything

Dalam tiap aktiviti harian, kita dilatih untuk memberi tiap masa
Dilatih semuanya, untuk menyerah sepenuhnya hanya kerana dan kepada Dia
Dalam sehari minima 5 kali kita didisiplin memberi sepenuhnya keberserahan itu
Dimulai 'sahaja aku' bermasud kita sepenuhnya sedar,
dan atas keikhlasan, kemahuan, kesungguhan kita untuk menyerahkan segalanya kepada Nya
Kita menyerah sepenuh kepercayaan kepada Dia,
tanpa membuat kira-kira berapa banyakkah pahala hari itu atau bulan itu kita akan atau telah kumpul
Andai berjemaah itu 27 kali lebih darjatnya dari sendirian,
maka jika pahala untuk kepentingan peribadi itu lebih dibanggakan dari mengagungkan Nya,
maka adakah itu wajar?
Andai satu malam bersamaan seribu bulan itu,
lebih diutamakan untuk memenuhi kepentingan peribadi dari mengagungkan Nya,
maka adakah itu juga wajar?
Dalam trading, tiap kali mouse di klik,
tatkala itu juga kita akan menyerah sepenuh keyakinan kepada Nya
Walau apa berlaku,
tatkala itu tawakkal diserah sepenuh,
tanpa perlu kita mengira, mengejar dan menjangka profitnya
asalkan kita tahu bila 'thomakninah' nya,
dan berapa 'rakaat' nya dalam sesuatu position buy atau sell itu
Sebagaimana halnya tidak kita mengira,
berapa pahala yang akan diperoleh dalam tatkala kita beribadah
Menerima kita, banyak atau sikit,
kerana Dia lebih tahu amaun untuk kita pada masa itu
berapa yang layak dan sepatutnya
Adakah akan mensyukuri atau meragui,
akan memantapkan atau mengendurkan keyakinan di hati
Kerana jika hanya keselesaan dan terpenuhnya keinginan yang kita rasai,
maka yakin itu sebenarnya belum benar benar teruji
Praktiskan keberserahan sepenuh mutlak dalam trading
Serahkan kepada Dia berapa Dia ingin beri
Ia lebih indah untuk dihadapi, berbanding trade tapi kita mengharap apa yang kita ingini
Dan kelak Dia akan memberi lebih baik dari yang kita asalnya ingini,
dalam amaun 'terbaik' yang jumlah dan ketikanya, hanya Dia lebih Mengetahui.
Monday, 10 August 2015
Hujan

di kala hujan
ada yang hiba
ada yang ria
ada yang berteduh di hentian
ada yang menerus perjalanan
ada yang kebasahan
ada yang sekadar basah
ada yang basah dihujani
ada yang basah mengharungi
semuanya di dalam hujan yang sama
syukur dengan sejuk gigilnya yang sementara
kerana bermakna kita masih punya nafas dan rasa
alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)