Monday, 10 August 2015

Hujan





di kala hujan

ada yang hiba
ada yang ria

ada yang berteduh di hentian
ada yang menerus perjalanan

ada yang kebasahan
ada yang sekadar basah

ada yang basah dihujani
ada yang basah mengharungi

semuanya di dalam hujan yang sama

syukur dengan sejuk gigilnya yang sementara
kerana bermakna kita masih punya nafas dan rasa


alhamdulillah

2 comments:

  1. Alhamdulillah....
    Dengan hujan juga tanaman dapat hidup subur sebagai bekalan rezeki

    ReplyDelete
  2. Hujan membawa berkat dan rahmat. Jika terkurang atau terlebih hujan membawa kesan yang besar kepada setiap yang bernyawa.

    ReplyDelete