Friday, 28 June 2013

I Love Gold, Gold Loves Me


Goldbar pertama saya bentuk macam ni. 


AKU & 1 GRAM EMAS


Kali ni, nak citer sikit pasal saya dan emas. Sebenarnya, pendedahan saya kepada emas agak lewat, umur dah 30an baru nak faham apa itu emas. Baru start nak beli emas. Dan emas pertama saya beli adalah 1 gram goldbar keluaran Pamp Suisse. Nak tunjuk kat orang pun segan masa tu, sebab kecik sangat. Memang halus je, tapi tak pe, kalau tak start sampai bila kita tak akan bermula kan. Dan sekarang, alhamdulillah. Moga-moga akan datang akan bertambah jadi beribu-ribu kilo emas.

Masa saya kecik-kecik dulu pun, bila masa kakak atau emak beli atau pakai emas, masa tu siap dalam hati persoalkan lagi, apa faedahnya emas ni. Dah la mahal, just untuk perhiasan je, tak ada nilai praktikal.

Di sekolah pun kita tidak didedahkan sepenuhya dengan mendalam tentang emas. Apa yang kita diajar adalah emas ni termasuk dalam kategori komoditi. Dan sekarang ni pun ia didagangkan bukan sebagai currency. 

Beberapa tahun lepas sebenarnya saya baru bukak mata. Baru saya faham beza antara emas dan duit. Masa tu saya trade forex, dan di dalam platform tu ada juga Gold yang didagangkan, so dari situ saya mula mendekati dalam dunia trading emas online. Seterusnya mendekati lebih mendalam lagi emas fizikal.


AURA EMAS

Emas ni memang special. Ada nilai tinggi dalam kehidupan. Uniknya juga wanita dibolehkan memakainya, tetapi lelaki diharamkan memakainya. Diharamkan tu, bukannya makruh ke. Mesti ada sebab dan rahsia besar di sebaliknya. Bermaksud juga, ia bukan sekadar logam biasa. Jika kita menyimpan emas fizikal, dia ada aura tersendiri, ada orang kata ia umpama magnet untuk menarik emas lain supaya jadi lagi banyak. Dan lama kelamaan koleksi emas tu akan bertambah. Sebab tu juga adanya zakat emas, agar kita tidak terlalu taksub mengumpul kekayaan, dan tidak terlalu mengagungkan emas, di samping menunaikan kewajipan untuk berkongsi kekayaan yang kita ada. 

Dan saya galakkan anda semua beli emas fizikal, tak kira lah brand apa, sebab saya bukan wakil mana-mana syarikat penjual emas pun. Untuk pelaburan yang terbaik adalah goldbar, tapi dalam bentuk lain seperti barang kemas atau coin pun ok. Kalau beli sport rim baru harga $5 ribu sekarang, sepuluh tahun lagi kalau nak jual, harga memang jauh beza. 

Untuk investment, elakkan membeli emas di atas kertas sahaja, tanpa wujudnya emas sebenar. Sekarang ni institusi kewangan pun dah start provide emas dalam bentuk macam ni. Dan yang 'kelakarnya' simpanan dalam akaun emas itu tidak dilindungi oleh PIDM, tidak seperti deposit wang biasa yang ada perlindungan, maksimum hingga RM 250K. 

Harus faham beza antara trade & invest.

So, pada pendapat saya, better beli emas seketul yang kita nampak dan pegang, then simpan. Tapi kena target jangka panjang, 5 atau 10 tahun. Kalau lagi lama lagi bagus, 20 atau 30 tahun. Anggaplah emas ni macam saving KWSP kita, yang boleh digunakan kelak. Tak semestinya beli sekilo terus, beli ikut kemampuan. Kat mana nak simpan, pandai-pandai kitalah, kat peti besi, kat bank, kat peti sejuk ke. Orang zaman dulu simpan emas berkilo-kilo kat rumah tak kisah pun, zaman sekarang ni je manusia sering ditakut-takutkan, bahaya simpan emas, risiko tinggi, takut hilang, takut kena rompak, so, jalan paling senang,....simpan duit dalam bank.


HARGA EMAS SEMASA

Harga emas dengan dahsyatnya jatuh lagi dalam minggu ni. Hingga ke tahap 118x, semasa artikel ni ditulis.
Kepada yang kurang faham tentang emas mungkin ada yang dah start nak jual goldbar mereka, takut rugi lagi banyak, kalau jatuh lagi lepas ni. 
Jangan jual, sebab ada terlalu ramai pihak yang nak membeli sekarang ini. Takut nanti pening, tak tau nak jual pada siapa pulak.

Tetapi kepada yang trade online tu, nak sell silakan, just be carefull, sebab ada penganalisa yang mengatakan  ianya sudah hampir di penghujung. Mungkin juga akan turun sikit lagi before dia u turn, cuma kita tak pasti bila dia akan bertukar arah, maybe beberapa hari, beberapa minggu, beberapa bulan, or maybe sideway dulu. Nobody knows.  Trade safely.

Apa yang saya perhati juga, ada beberapa blog dan FB yang sebelum ni aktif  mempromosi emas, ada yang dah stop promosi emas mereka.
Sepatutnya masa harga emas murah nilah kita galakkan masyarakat membeli emas. Kalau bukan beli dari kita, tak apa, suggest untuk beli dari supplier besar yang mampu memberikan harga yang kompetitif. Stok kita mungkin terhad, apatah lagi masa kita beli dulu masa harga di atas, dan kalau jual sekarang memang rugi. But, teruskan mempromosi emas kepada semua. Dont focus on the profit, but focus on the ilmu.

Saya akui ada pihak yang kaki MLM tegar telah meng MLM kan emas. Dan kebanyakannya fokus kepada berapa banyak wang yang boleh mereka dapat dari masyarakat dalam masa yang singkat, bukannya berapa banyak bisnes mereka boleh sumbangkan manfaat kepada masyarakat dalam jangka panjang. 

Sedikit sebanyak, mereka telah memberi imej negatif pada emas. Siap mark up harga tinggi-tinggi, untuk bayaran fees itu  dan ini. Ada peserta mereka yang kurang faham rasa tertipu setelah membeli emas, kerana terlebih janji manis semasa buat promosi nak menjual dulu. Dan ada pembeli yang ingat emas ni untuk pelaburan jangka pendek, so bila harga jatuh, dipersalahkan emas, mengatakan pelaburan emas cuma penipuan. Maka adalah perlu untuk menyampaikan ilmu dan info dengan jelas dan ikhlas.

Itu belum lagi mereka yang mengambil kesempatan membuat 'program pelaburan' yang menggunakan nama emas, syarikat carigali emas lah, saham syarikat emas lah, dan macam-macam lagi yang ambik kesempatan dengan trend populariti emas sekarang.


TRADING PERFORMANCE

Alhamdulillah, walau harga emas terus berminat dengan acara terjunan sukan olimpik, namun trading terus positif dan untung. Syukur. Sila rujuk pada 'trading statement'.
Bulan ni, dah genap 3 bulan saya ber blog, dan bilangan peserta makin penuh menghampiri kuota.
Kebanyakan yang join, promosi dari mulut ke mulut dari existing member.
I prefer to make it simple. Not too huge.
Terima kasih saya ucapkan.


Friday, 21 June 2013

Harga Emas Makin Turun, Jatuh, Menjunam!




Harga emas jatuh, alhamdulillah.
Harga emas naik, pun alhamdulillah.
It is just a scenario created by 'them'.
Jangan kita panik pulak.
Masa harga emas naik nanti, boleh buy banyak sikit di pasaran online.

Masa harga emas turun ni, boleh beli emas 'ketul' dengan harga murah.
Kalau harga turun lagi pun tak apa, still boleh guna teknik averaging.

Sesetengah orang nak tunggu sampai harga terendah. 
Tapi kita tak tau harga terendah tu pada takat berapa?
Lagi elok beli emas dari beli smartphone baru,
yang akan datang harganya kita pun tau berapa kalau nak jual.

Jika dilihat keadaan market dunia hari ini, harga emas turun tak henti-henti sejak bebulan-bulan.
Minggu ni pun turun dari 138x  sampai takat level 126x. (semasa artikel ni ditulis)
Penurunan banyak tu, dan jika 'sell' memang lumayan. Masyuukk.

Central planners dunia pandai nak manipulate pasaran ekonomi.
'Paper gold', salah satu bentuk manipulasi untuk mengganggu harga emas dunia.

Permintaan emas fizikal makin tinggi, tetapi boleh pulak harga makin turun.
Mungkin ada pihak tertentu yang nak turunkan harga emas serendah mungkin, agar dapat beli emas sebanyak mungkin time ni, disimpan untuk persiapan... Sebab 'mereka' pun dah tau, kesedaran masyarakat tentang emas semakin meningkat. Mereka beli, tak main gram atau sekilo dua. Volume besar punya, bertan-tan. Kalau kita ada mesin cetak duit kertas pun, kita boleh beli setengah tan emas pun jadilah, simpan kat dapur, huhu. Contohnya, sekarang beli 10 tan emas, dan bayangkan akan datang bila harga emas dilepaskan naik sikit, contohnya 10% je la, fuhh..untung banyak tu, itu memang betul-betul cepat kaya, diaorang tak payah susah-susah, cuma perlu adjust rate je.


Tapi, 'mereka' tak akan boleh mengawal dunia selamanya. 
The truth will prevail.

Kita tak tau sampai bila penurunan ini akan berlanjutan. 
Just prepare, beli emas fizikal banyak-banyak sekarang. 
Sebagai persiapan. Maybe krisis ekonomi bakal berulang tak lama lagi?
Sebab zaman sekarang tak macam zaman dulu. 
Dia punya economic cycle dan buble burst lagi pantas, selari dengan kepantasan teknologi.


*****
Kita dah di akhir zaman.
Banyak kejutan akan berlaku.
Just get ready setiap saat.

Negara banyak dah ditumbangkan satu persatu, especially negara-negara Arab.
Latest, Turki pun isu dia tak besar mana, tapi cuba dibesar-besarkan.
Cyprus, sekejap je ekonomi dia collapse.
Ben Bernanke, Chairman untuk US Fed pun maybe tak lama lagi melepaskan takhta.
Mungkinkah changes will happen dari segi policy? Atau sekadar color change strategy seperti Bush dengan Obama, untuk memanipulasi persepsi orang yang mahukan perubahan?
Banyak lagi perubahan yang akan berlaku, semuanya dengan pantas.
Yang mungkin akan merubah corak ekonomi dunia.

News, rumour dan propaganda akan terus berlegar di sekeliling kita.
Dont 'buy' it, dont 'sell' it.

Lebih dari seribu tahun dulu nabi dah ingatkan awal-awal;
Hanya DINAR dan DIRHAM yang berharga, bukannya US Dollar atau Pound Sterling.


***
Trading, alhamdulillah, walau harga emas makin turun, trading terus positif dan profit. Sila rujuk statement. Terima kasih.



Monday, 17 June 2013

Kekayaan, boleh ke dibawa mati?



Lewat sikit minggu ni update blog dan reply semua email. sebab last Friday ada saudara terdekat  meninggal. Uruskan beberapa perkara dan tolong mana yang perlu. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Ok. Kali ini kita berbicara sikit isu yang bersangkut paut antara kekayaan dengan kematian.
Selalu kita dengan statement, "Alaaa, kalau kumpul duit banyak-banyak pun bukan boleh bawak masuk kubur nanti...cukuplah setakat apa yang ada...Bila mati semua tinggal". Biasanya ayat tersebut diiramakan dengan intonasi yang penuh dengan gelombang kenegatifan.

Memang, kumpul duit dan harta banyak-banyak setinggi gunung pun tak akan dibawa masuk dalam kubur apabila mati kelak.
Itu, kalau segala kekayaan , duit dan harta cuma diguna untuk kepentingan DIRI SENDIRI SAHAJA. Cuma 'dikumpul dan disimpan sahaja' supaya makin banyak. Duit yang tak 'dibelanjakan dan digunakan' untuk amanah saham akhirat.
TETAPI.
Kalau duit, dan segala kekayaan turut digunakan untuk MANFAAT ORANG LAIN, untuk masyarakat sekeliling, dan sesiapa sahaja yang memerlukan, sudah pasti segala 'duit dan kekayaan itu boleh dibawa mati'. 

Lagi banyak duit, dan lagi kaya maka sudah tentu lagi banyak derma dan sedekah jariah dapat disumbang. Lagi banyak rumah anak yatim dapat disponsor. Lagi banyak sekolah tahfiz dapat dibina. Lagi banyak sumbangan dapat diberi kepada orang yang belum mampu nak pergi haji atau umrah Lagi banyak makanan diberi kepada mereka yang kelaparan. Lagi banyak kedai 24 jam dapat dibina, dimana kedai tersebut memberi harga berpatutan dan tak perlu turut menjual minuman keras 24 jam seperti yang ada sekarang. 

Itu cuma sikit, banyak lagi sebenarnya yang dapat dibuat apabila kita kaya, banyak duit dan banyak harta.

Mari kita refresh minda, kuat berusaha, rajin berfikir dan berani bertindak.
Nabi sendiri merupakan businessman yang sangat berjaya dan kaya. Digelarnya al Amiin kerana keperibadiannya yang tinggi dalam segala urusan. Banyak sahabat yang kaya dan banyak menyumbang harta untuk pembangunan ekonomi dan menyebarkan syiar kebenaran.

Jadi. Apabila diberi pilihan, ingin jadi kaya atau miskin? Simple jer, pilih satu antara dua. Kita pilih kaya. 
Maka sudah tiba masanya kita berhenti dari memiskinkan minda, dan sudah tiba masanya untuk mula mengkayakan pemikiran. Change our mind and attitude first.

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; 
Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Sunday, 16 June 2013

Update

Salam.
This few days, jadual agak penuh,  ada urusan keluarga yang perlu diuruskan.
Saya akan update blog, reply email, etc..latest by tomorrow, Isnin.
Terima kasih.

p/s
last week punya trading, alhamdulillah terus positif dan profit.

Friday, 7 June 2013

My Secret: The Power of Compounding

Teringat masa kecik-kecik dulu selalu tengok kartun ni. Duck Tales.
Itik pun simpan emas lagi banyak dari duit.


Important Secret You Must Know: How the Rich get Richer..& Richer

Ada yang bertanya, masa saya start serius dengan trading, bermula dengan modal besar ke?

Jawapannya tidak.

Sebab, semasa bereksperimen mula-mula kenal trading dulu, duit saya dah banyak yang jadi mangsa bahan ujikaji. Pakai demo account, dengan real account lain, feel dia tak sama. Banyak eksperimen yang tak menjadi masa mula-mula tu, tapi dikuatkan usaha juga sebab ambil inspirasi Thomas Alva Edison yang ambil beribu kali eksperimen untuk cipta sebiji mentol.

Jadi, setelah berjaya menemui formula, dah menguasai dan mendisiplinkan diri,  seterusnya menguasai trading, modal permulaan yang ada ketika itu dah tak besar. Apapun, tetap syukur kerana ilmu dan pengalaman yang diperolehi sebelum itu sangat berharga, tak ternilai.

Jadi, macam mana kita nak dapatkan sejumlah wang yang 'OK', tapi dengan jumlah wang kita ada dalam simpanan tak sebesar Bill Gates punya?

Ok. ini rahsianya. Baca dengan teliti dan fahamkan.

Anda mesti pernah dengar tentang 'compounding'?

Supaya saya tak perlu nak type, maka saya copy paste maksudnya dari investopedia:

"The wonder of compounding (sometimes called "compound interest") transforms your working money into a state-of-the-art, highly powerful income-generating tool. Compounding is the process of generating earnings on an asset's reinvested earnings. To work, it requires two things: the re-investment of earnings and time. The more time you give your investments, the more you are able to accelerate the income potential of your original investment, which takes the pressure off of you."
(Untuk bacaan penuh, boleh klik link ini: http://www.investopedia.com/university/beginner/beginner2.asp)

Here is another good article to read:
http://www.thecalculatorsite.com/articles/finance/what-is-compound-interest.php

Walau berapa modal anda bermula, namun dengan keuntungan yang konsisten, di re invest, dilabur dalam satu tempoh masa tertentu, jumlahnya akan berganda dan membesar .

Jadi, dahulu saya start dengan jumlah yang biasa, but i re-invest the profit. Dan berterusan.

Di sini saya akan bagi contoh, sekiranya ada seorang jejaka bernama Jackie Chan memulakan pelaburan dengan RM 1,000, memperolehi profit bulanan 10% sahaja, setahun 120% (kita ambik tahap paling rendah la yer, tak perlu lebih). Dan hasil profit bulanan diinvest semula, tak ada top up modal. Pada penghujung tahun ke 5 dia akan memperolehi lebih RM 300,000 lebih!

Itu tanpa sebarang tambahan modal.
Bagaimana jika keuntungan, 20% sebulan? Atau lebih..?
Jika modal asal 10K? Atau lebih..?
Jika tempoh selama 10 tahun? Atau lebih..?
Anda boleh kira sendiri, pada link "Compound Interest Calculator" yang saya sediakan di bawah.
Bagi yang first time nak kira, jangan terkejut dengan jumlahnya!

Boleh beli rumah dan kereta dengan cash and carry. Untuk kebahagiaan keluarga juga kan. Tak perlu berhutang selama berpuluh tahun.

Jadi, selepas ini, jangan rasa pelik apabila melihat orang lain pakai Rolls Royce, Lamborghini, or Ferrari. Or even donating USD1 million for charity or rumah anak yatim.

Because for the rich people, they BELIEVE they can achieve it, they KNOW the formula and they take ACTION on it. Anda mahu jadi seperti mereka? Jadi kaya dan bertakwa.


Click this link for calculation: >>
Compound Interest Calculator 

  Example: Invest RM 1,000


Best sebenarnya ilmu kira-kira ni, sebab kita boleh 'nampak' dan rancang masa depan yang kita nak. 

Ia umpama sebiji benih yang kecil, ditanam, tiap hari disiram, sampai 5 tahun dah berbuah dan memberi hasil jauh berlipat ganda.


The most powerful force in the universe is compound interest.

Sebab tu ada orang mengatakan 'The most powerful force in the universe is compound interest". Ada yang kata Albert Einstein yang cakap, ada yang kata bukan. Tapi tak kisahla siapapun, ianya memang suatu penemuan matematik yang memberi impak besar dan sangat powerful, bagi siapa yang tahu menggunakannya.

Terpulang bagaimana untuk kita manfaatkan ilmu ini, di side mana kita nak berada, sama ada kita nak menggunakannya atau dipergunakan oleh sistem tersebut. Pilihan di tangan masing-masing.

Now we know, why the big institutions, don't want to offer that type of profit, and prefer to calculate the profit yearly not monthly. Sebaliknya, kita digoda dengan macam-macam jenis pinjaman berinterest tinggi yang sampai pencen baru nak habis bayar, siap boleh overlap lagi. Interest satu hal, inflasi pun satu hal. So ramai makin diikat tanpa disedari. Imagine, kalau manusia menjadi benar-benar 'merdeka', tidak diikat. Mereka menjadi manusia yang berani,  lebih 'hidup', dan tidak akan dicucuk hidung. Barulah istilah 'khalifah' itu benar-benar hidup dalam diri setiap manusia. Hamba hanya kepada yang Maha Esa, bukannya hamba kepada 'sesuatu yang lain'.


Jika anda nak buat kira-kira dengan jumlah lain, sila klik link di bawah. Boleh adjust-adjust detail dia, berapa amaun nak, nak tengok tahunan ke atau bulanan, semua ada.

Click: >>


Compound Interest Calculator


FAQ:
Berapa lama saya akan buat program ni?
Insyaallah, saya target at least 2 tahun. Lepas tu, bergantung kepada tahap komitmen saya masa tu, jika dirasakan saya boleh manage lagi, i'll continue. Tetapi jika time tu, saya perlu berikan lebih komitmen pada urusan lain seperti bisnes dan sebagainya, i'll stop, but i'll inform you earlier. Buat program ni tak boleh sembarangan, because i am a trader, i dont have any team to manage all the deposit and withdrawal. Kalau tengah busy dan tak cukup tangan, contohnya kalau payment terlewat sikit, dibimbangi akan menimbulkan syak pula nanti.

Saya limit kan jumlah penyertaan. Sebab tu program ni  saya tak announce di mana-mana, kecuali satu  tempat je (boleh check di google). Jadi siapa yang tak sengaja terjumpa di internet tu, kira itu takdir anda. Dan kalau tak join pun tak apa, its ok, i just make an offer to help. Jangan risau, kepada yang isi borang penyertaan, saya akan hantar email undangan sekali sahaja, lepas tu tiada sebarang 'sales letter' susulan seperti program lain. . I am a trader, not a salesman yang nak jual barang or servis. I am just giving my service kepada yang serius. And my servis charge is free :).


P/S
Untuk peserta yang baru join, i suggest withdraw dulu profit anda secara bulanan. Build your konfiden first. Kalau dah rasa betul-betul ok dan yakin, baru kita tukar next gear, buat compounding..
+ Dan elok juga, bila sampai tempoh tertentu, keluarkan sebahagian untuk zakat.

WARNING
Pastikan, anda mentally prepared to handle a big amount of money, bagi yang belum biasa. Or else, akan berlaku self sabotage dalam diri, dan akan berlaku penafian dalam diri. Especially mereka yang sudah terbiasa punyai pendapatan tetap, apa yang anda bakal perolehi ini bukan pendapatan tetap, ia bukan sesuatu yang biasa, dan sebahagian orang akan mengalami kejutan. Mungkin kita biasa dengar kan, seorang tiba-tiba dapat wang sejumlah besar, tapi dihabiskan dalam masa singkat, dan kedudukan kewangan lepas tu menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

Money is power, and great power come with great responsibility.. (macam ayat cerita spiderman pulak).




Trading Update:
Minggu ini, setakat petang ni, so far, market punya trend kejap naik, kejap turun, up, down, still sideway, naik sikit jer.. Belum betul-betul nampak major trend nak naik.
Tapi alhamdulillah, all profit. Boleh rujuk di bahagian 'Trading Statement'.

Sunday, 2 June 2013

No need to change the government economic policy. Change our personal economic first!



Attention: Ini bukan blog politik.
This blog is about money, gold, financial freedom, investment, motivation, success and anything related to it. Not politics.



Sekarang ni, ramai orang nak berubah. Nak mengubah. Nak perubahan. Change. 

Mereka nak mengubah sesuatu yang besar dan makro. Sesuatu yang menjadi faktor luaran. 

Tetapi.
Better dan lebih afdhal, kalau kita start dari sesuatu yang lebih kecil dan mikro. Sesuatu yang menjadi faktor dalaman. Ianya lebih mudah untuk diubah.

UBAH KEDUDUKAN EKONOMI DIRI SENDIRI DAHULU, SEBELUM NAK UBAH NEGARA.
Naikkan taraf hidup kita dulu. Kukuhkan kedudukan kewangan kita dulu. Kayakan diri kita dulu.

Then, baru kembangkan energi perubahan itu ke sekeliling. Kepada keluarga, kepada masyarakat dan seterusnya ia akan mengubah landskap ekonomi negara. Tak kira bagaimana polisi ekonomi negara masa tu. 

Masa tu kita tak kisah harga minyak naik ke, yuran sekolah tinggi ke, tol mahal ke, harga kereta mahal ke. Sebab, kedudukan ekonomi dan kewangan kita kuat. We are in control, bukannya di control oleh sistem.  Kita tak perlu lagi untuk meminta-minta dan minta dilebihkan dalam segala hal. Kita akan lebih berani untuk bersaing walau dengan sesiapa. Memang tak akan Melayu hilang di dunia. Tapi setakat 'tak hilang' tak mencukupi, kita kena berjaya di dunia. Sebab, sebelum nak ke akhirat, kita kena melintasi dunia dulu, siapkan bekalan sebelum ke akhirat.

Tiada sesiapa perlu dipersalahkan jika gaji tak naik. Kita bersyukur lahir dan tinggal di Malaysia, there are a lot of opportunities, compare to South Pole. Rezeki melimpah ruah, ada di mana-mana. Terpulang sama ada nak rajin atau tak nak rajin. Kalau kerja makan gaji, dan rasa gaji macam tak cukup, kita boleh get other side income, part time business, online business, full time business atau lain-lain lagi. Warga asing pun boleh cari makan dan jadi lebih kaya di negara ini.

Kita perlu berhenti dari terlalu bergantung pada makhluk, kerana kebergantungan mutlak kita hanya pada Yang Maha Kuasa. Kita ambil contoh orang lain yang berjaya dalam perniagaan, hasil usaha keras mereka. Kita boleh belajar sesuatu yang sangat berharga. Walau tanpa Tekun, Mara, PUNB dan sebagainya. Tetapi mereka boleh berjaya. Make friend with anyone, tanpa mengira kaum. Hilangkan racism, kerana setiap manusia adalah sama pada pandangan Allah, dan Dia menilai seseorang itu pada iman dan amalannya, not their race or skin color.

Jadi, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama mengubah ekonomi dan kewangan kita sendiri terlebih dahulu, sebelum nak mengubah ekonomi negara. Masanya bukan akan datang. Bukan esok. Bukan nanti. Tetapi SEKARANG. Ini kalilah!



p/s
Ikuti contoh Rasulullah. Beliau pernah ditawarkan jawatan tinggi. Tetapi menolaknya. (Berbanding hari ini, ramai yang berebut jawatan). Beliau berdakwah dengan orang terdekat, step  by step, hingga lama kelamaan berkembang pesat. Sangat besar ujian dan halangan, tetapi akhirnya berjaya juga mencapai kegemilangan, dari segi akidah, juga ekonomi.