
Attention: Ini bukan blog politik.
This blog is about money, gold, financial freedom, investment, motivation, success and anything related to it. Not politics.
Sekarang ni, ramai orang nak berubah. Nak mengubah. Nak perubahan. Change.
Mereka nak mengubah sesuatu yang besar dan makro. Sesuatu yang menjadi faktor luaran.
Tetapi.
Better dan lebih afdhal, kalau kita start dari sesuatu yang lebih kecil dan mikro. Sesuatu yang menjadi faktor dalaman. Ianya lebih mudah untuk diubah.
UBAH KEDUDUKAN EKONOMI DIRI SENDIRI DAHULU, SEBELUM NAK UBAH NEGARA.
Naikkan taraf hidup kita dulu. Kukuhkan kedudukan kewangan kita dulu. Kayakan diri kita dulu.
Then, baru kembangkan energi perubahan itu ke sekeliling. Kepada keluarga, kepada masyarakat dan seterusnya ia akan mengubah landskap ekonomi negara. Tak kira bagaimana polisi ekonomi negara masa tu.
Masa tu kita tak kisah harga minyak naik ke, yuran sekolah tinggi ke, tol mahal ke, harga kereta mahal ke. Sebab, kedudukan ekonomi dan kewangan kita kuat. We are in control, bukannya di control oleh sistem. Kita tak perlu lagi untuk meminta-minta dan minta dilebihkan dalam segala hal. Kita akan lebih berani untuk bersaing walau dengan sesiapa. Memang tak akan Melayu hilang di dunia. Tapi setakat 'tak hilang' tak mencukupi, kita kena berjaya di dunia. Sebab, sebelum nak ke akhirat, kita kena melintasi dunia dulu, siapkan bekalan sebelum ke akhirat.
Tiada sesiapa perlu dipersalahkan jika gaji tak naik. Kita bersyukur lahir dan tinggal di Malaysia, there are a lot of opportunities, compare to South Pole. Rezeki melimpah ruah, ada di mana-mana. Terpulang sama ada nak rajin atau tak nak rajin. Kalau kerja makan gaji, dan rasa gaji macam tak cukup, kita boleh get other side income, part time business, online business, full time business atau lain-lain lagi. Warga asing pun boleh cari makan dan jadi lebih kaya di negara ini.
Kita perlu berhenti dari terlalu bergantung pada makhluk, kerana kebergantungan mutlak kita hanya pada Yang Maha Kuasa. Kita ambil contoh orang lain yang berjaya dalam perniagaan, hasil usaha keras mereka. Kita boleh belajar sesuatu yang sangat berharga. Walau tanpa Tekun, Mara, PUNB dan sebagainya. Tetapi mereka boleh berjaya. Make friend with anyone, tanpa mengira kaum. Hilangkan racism, kerana setiap manusia adalah sama pada pandangan Allah, dan Dia menilai seseorang itu pada iman dan amalannya, not their race or skin color.
Jadi, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama mengubah ekonomi dan kewangan kita sendiri terlebih dahulu, sebelum nak mengubah ekonomi negara. Masanya bukan akan datang. Bukan esok. Bukan nanti. Tetapi SEKARANG. Ini kalilah!
p/s
Ikuti contoh Rasulullah. Beliau pernah ditawarkan jawatan tinggi. Tetapi menolaknya. (Berbanding hari ini, ramai yang berebut jawatan). Beliau berdakwah dengan orang terdekat, step by step, hingga lama kelamaan berkembang pesat. Sangat besar ujian dan halangan, tetapi akhirnya berjaya juga mencapai kegemilangan, dari segi akidah, juga ekonomi.
No comments:
Post a Comment