
Berikut, antara pertanyaan yang selalu diterima tentang program ini, selepas 2 tahun+ program berjalan
Untuk perkongsian dengan anda semua, peserta program.
Jumlah peserta terkini:
Masih di bawah angka 100 orang, walau dah berjalan lebih 2
tahun. Dan saya tak akan ambil ramai, lebih dari sepatutnya. Hampir tiap hari,
request untuk menyertai diterima melalui email. Tapi, kepada yang pernah
menerima email balas dari saya, pastinya tahu bagaimana formatnya. Dan tak
semua akan yakin untuk join, setelah membaca email ringkas tersebut. Ia salah
satu kaedah filteration saya, untuk memilih, sebab yang request terlalu ramai. Untuk
pastikan hanya yang benar yakin dan bersedia sahaja join. Alhamdulillah, hingga
kini jumlah masih tak ramai. Maaf, jika semua orang nak join, ramai sangat, tak
terhandle tangan ni nanti.
Target date:
Insyaallah hingga 31 Dec 2015. Ada 6 bulan lagi untuk sampai
tarikh tu. Bila sampai tarikh tu, semua
modal asal peserta akan dikembalikan semula. Yang buat compounding/re-invest, akan menerima modal + profit anda. Lepas tarikh tu, saya belum pasti sama ada
nak sambung lagi atau tak. Yang pastinya maybe nak rehat terlebih dahulu. Dan
sebarang pengumuman akan diberitahu masa tu kepada peserta.
Dan JIKA disambung
lagi, maybe masa tu blog ini akan di privatekan, ekslusif untuk peserta sahaja,
or maybe format bertukar, kita tengok nanti. Saya tak nak blog ni terlajak popular,
memandangkan tak semua pihak yang suka dengan program ni. Terutama dari pihak pihak arus perdana yang tawarkan profit
pelaburan x% setahun, seperti amanah saham x. Sejak kebelakangan ni pun jumlah
visitor blog dari dalam dan luar negara ada peningkatan, walau tanpa sebarang
iklan atau promo.
Apapun saya akan cuba manage program ni sebaiknya, dan
elakkan popular berlebihan, bagi menjaga kepentingan semua peserta dari pihak
pihak yang mungkin cemburu. Biasalah tu dalam masyarakat, benda tak elok orang
tak puas hati, benda elok pun akan ada yang tak puas hati. So, better untuk low
profile.
Saya akui buat program ni tak semudah yang dibayangkan pada
mulanya. Perlukan komitmen tinggi dan disiplin. Banyak guru saya juga rakan
trader, yang pernah nasihatkan agar trade guna duit sendiri sahaja kalau tak
nak tambah stress dalam trading. Dan memang ada betulnya, sebab trade duit
orang, psikologinya tak sama, walau amaun tak besar, sedikit sebanyak ia
mempengaruhi.
Anyway, it’s a training and learning process for me.
Jumlah penyertaan peserta, minima dan maksima:
Jumlah secara detail rasanya tak perlu diumumkan, P&C.
Apapun secara kasar yang minima even bawah RM 100 pun saya terima, dan saya hargai
kesungguhan yang diberi. Bukan amaun besar atau kecil, tapi komitmen yang lebih utama.
Bahkan bagi
peserta dengan jumlah terbesar/maksima dalam program ini, peserta tersebut tak pulak
request Borang Perjanjian. Agak pelik juga saya rasakan pada mulanya, hanya
dengan beberapa pertukaran komunikasi by sms and phone, transaksi terus dilakukan dalam masa yang singkat.
Walau saya tak pernah berjumpa muka dengan semua peserta. I really appreciate your trust.
Anyway, bagi yang
request Borang tu, saya tetap siapkan, untuk kukuhkan lagi keyakinan. Kerana
saya faham tiap peserta punyai pengalaman lepas yang berbeza. Ada yang berpengalaman
luas menilai sesuatu program, ada yang pernah rugi banyak, ada yang baru nak
menceburi, ada yang kental yakin, ada yang was was. Dan saya hormati tiap
pandangan dan persepsi anda semua.
Yang penting, bukan dari mana kita datang,
tapi di mana sekarang, dan ke mana kita nak pergi SEKARANG, bukannya esok.
Kerana esok kita belum pasti umur kita ada lagi atau tak. Biar kita jujur mengaku ada rasa takut, tapi tetap berani bertindak, better daripada berani, tapi hati sebenarnya belum berani untuk bertindak.
Kaedah/strategi/tools/rahsia yang digunakan:
Yang paling penting adalah pengalaman dan praktis.
Sepertimana selalu sangat saya tekankan, saya lebih focus untuk asah disiplin
dan psikologi, compare aspek teknikal. Anda boleh pilih apa saja teknik dan
strategi, tinggal google dan download je. Teknikal tu umpama senjata, yang penting bukan
senjatanya, tapi si pemegang senjata. Jika senjata paling tajam, paling kuat,
dan paling advanced sekalipun, jika
tangan yang memegangnya belum mampu, ia boleh mencederakan diri sendiri, bahkan
lebih dahsyat dari itu akibatnya.
Saya juga menganggap, saya masih dalam proses pembelajaran.
Dan program ini sebagai salah satu subjek pembelajaran saya untuk menguatkan
lagi kemahiran dan mengasah disiplin. Jadi, maaf jika ada yang request untuk
belajar, saya masih belum bersedia untuk mengajar secara formal. Tapi apa yang
saya tahu, ada saya kongsikan di blog untuk bacaan umum semua.
Saya juga ada juga beberapa ‘tools’ yang saya gunakan untuk trading. Diperoleh dan amanah dari guru saya dulu yang menciptanya. Cuma, amanah dari
guru saya untuk tidak memberi tools tersebut kepada orang lain. Walau berat untuk
saya terima dan setujui syarat itu pada mulanya, namun kelamaan saya mulai
faham intipati yang nak disampaikan. Dan program ini menjadi medium untuk saya
berkongsi dan membantu sedikit apa yang ada dengan orang di luar sana. Hanya
ini sedikit sumbangan yang dapat saya berikan. Alhamdulillah, accuracy tools itu, setakat
ni memuaskan, dengan percentage profit yang so far bertahan lagi hasilnya masih
hijau tanpa merah. Lagipun settingnya saya tak letakkan terlalu tinggi. Safe
mode. Selaras dengan nama blog ni, pelaburan paling selamat, bukan paling
menguntungkan.
Mungkin…jika ada rezeki kelak, dan ada sambungan program ni nanti,
dan mungkin adanya perubahan strategi untuk naikkan profit rate, maybe ianya sesuatu
yang boleh dipertimbangkan masa tu. Dalam kebiasaan, high risk selari dengan
high income. Tapi jika majority sudah bersedia masa tu, why not…
But for now,
kita akan teruskan misi asal kita..
Teruskan perjuangan.
Salam tuan
ReplyDeleteSejujur nya ingin saya kata kan agak mengejutkan juga bila terbaca yang 'mungkin' program ini akan berakhir hujung tahun ini.
Disini saya dgn rendah diri merayu agar program ini dapat diteruskan dan bersedia menerima T&C baru atau pun kembali kepada format asal permulaan program ini dimulakan.
Saya juga menyokong penuh agar blog ini diprivatekan esklusif hanya kepada peserta program ini saja kerana seperti kata tuan banyak mata yang memandang dgn perasaan dan prasangka yang tidak baik.
Oleh itu besar lah harapan saya agar pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini dan saya percaya ramai lagi peserta lain yang sependapat dgn saya.
Terima kasih.
sedihnya dengar berita ini.. :(
ReplyDeleteTerima kasih semua for your support.
ReplyDeleteDont worry, any news kelak akan dimaklumkan..bila tiba masanya nanti.
I appreciate sokongan anda semua.
jgn tuan...jgn stop program nie...saya merayu pada tuan...andai ini takdirnya saya redha...harap sangat2 tuan xhentikan program nie
ReplyDeleteAssalam tuan,
ReplyDeleteKalau boleh janganlah ditamatkan. Tapi kalau jadi juga saya redha. Itu adalah keputusan dan hak tuan. Salam nuzul al-quran untuk semua.
As salam tuan.
ReplyDeleteSejak saya join program tuan ini pada Mei 2014 sehingga skrg....byk jg program lain yg saya join tp smua bungkus. Tinggal program tuan shj masih bertahan n telus. Harap program nie diteruskn sbb dpt menjadi sumber pendapatan kedua saya. Apepn tuan KIPIDAP n DONGIBAB. Always support u. Tq