
Bila teknologi manusia semakin canggih, kadang kita terlupa, sebenarnya ia cuma sedikit.
Ilmu yang manusia ada, umpama setitis air di lautan besar.
Kadang kia terlupa bahawa Tuhan pun check semua apa yang kita tulis di online, post gambar, dan lainnya..
Platform metatrader yang trader selalu guna pun Dia check...
Dia lagi Maha Tahu.. ke mana price akan pergi..
Jadi, kena selalu ingat Dia..
Bukan sekadar di dunia offline kita diperhatikan.
Kadang terlupa, kita merasakan Dia di alam lain,
dan Dia tak check alam cyber dan alam online kerana ada yang merasakan ianya 'alam ciptaan manusia'..
Alam cyber, alam yang kita tahu ianya wujud, walau sukar nak diexplain bentuk rupanya..
Begitu juga alam akhirat, alak barzakh, alam ghaib...
Alam online ianya lebih pantas, lebih mudah, semuanya dihujung jari..
compare alam offline yang dilalui spesies manusia sebelum ini..
Perlu diingat, tiap kata, tiap niat, tiap pandangan, semuanya dibaca oleh Tuhan..
Walau kita letak fake account sekalipun, Dia tahu..
Dan semua tu akan jadi kita punya jariah berpanjangan, jika yang baik kita tulis dan share.
Tapi kalau sebaliknya yang ditulis dan dishare, maka sebaliknya diperoleh kelak.
Teknologi yang ada memudahkan untuk kita membuat kebaikan dengan banyak dan pantas..
berbanding masa dulu..
Jadi, kongsikan kebaikan, dengan satu klik ke ribuan atau jutaan manusia..
Itu lebih baik
Walaupun hanya sepotong ayat di twitter..
Dalam trading pun, signal terbaik adalah dari Dia...
Jadi, kena selalu 'online' dengan Dia..
Doa dan dekati Dia...
As-salam....
ReplyDeleteMemang itu yang diwajibkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Sentiasa beribadat dan mengingati Dia dalam apa jua tindakan di samping berbuat kebaikan sesama kita.
Terima kasih Tuan
Azrul