
Ada trader yang gemar untuk meramal pergerakan harga yang bakal berlaku.
Ada yang terlebih menganalisa dan buat pelbagai andaian pergerakan pasaran.
Kalau A, maka akan berlaku B.
Kalau news ini keluar, akan jadi kesan itu.
Trader tak semestinya perlu jadi analyst.
Trader bukan fortune teller.
Trader tak perlu forecast atau predict the market.
Sebab, tiada siapa yang tahu masa depan,
tiada yang tahu apa yang berlaku esok,
atau beberapa jam, atau beberapa minit kemudian.
Tiada sesiapa yang tahu kecuali Dia.
Serahkan tugas menganalisa harga, menganalisa pasaran dan lain lain lagi kerja complicated kepada menteri kewangan, gabenor bank, presiden atau PM negara, pakar perunding ekonomi, market analyst dan seangkatan dengannya.
Jadi, tak perlu nak tambah kepeningan kepala dengan perkara tak perlu.
Tak perlu suka suka cari penat or stress.
Kecuali saje saje nak mengisi masa lapang, ataupun nak add knowledge, itu lain cerita.
Trade dengan simple. Sesimple mungkin.
Tak perlu banyak sangat indicator sampai penuh screen berwarna warni.
Untuk long term ia akan meletihkan.
Just fokus dan fahami strategi dan sistem yang dipilih,
serta disiplini diri pada setup untuk entry dan exit, dan stop loss.
Trade pada moment itu,
ke mana juga market pergi, ke atas atau ke bawah,
jangan sesekali berharap agar ia akan mengikuti kemahuan kita,
just respect dan redho dengan pemergian market,
walau ke mana ia ingin pergi.
Let it go.
Less is more.
Focus kepada simplicity, bukannya complexity.
Salam tuan,
ReplyDeleteMemang benar apa yang dikata. Ramalan selalunya salah dan saya sendiri alaminya. Tapi jangan cepat berputus asa. Pengalaman adalah guru yang paling berharga.
betul tu encik faisal..pengalaman akan polish kita punya instinct and 6th sense.
Delete