
Budaya kita sangat kaya dengan perumpamaan, simpulan bahasa, dan peribahasa.
Saya merasakan semua peribahasa itu asalnya niatnya murni,
dan definisi asalnya adalah memberi kebaikan kepada masyarakat.
Namun..masa berlalu..dulu dan kini..
Ada peribahasa yang relevan dengan situasi semasa...
Ada yang disalahanggap makna asalnya, ada yang diberi makna baru..
Peribahasa penting, kerana ia memberi acuan kepada cara berfikir sesuatu masyarakat.
Andai dari kecil dan dipaku di kepala otak budak kecil itu dengan batasan keupayaan dan kebolehannya..
maka ia akan membesar dengan kejayaan yang terbatas.
Bukan sekadar seorang individu yang dipaku pemikirannya,,
bahkan satu bangsa dan tamadun masyarakat boleh direndahkan pencapaian pemikirannya..
Antara mindset yang perlu diadjust settingnya ialah
"Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi'
Bangsa yang terlalu menjaga ketinggian, semata nak jaga hati orang lain sukar nak naik lebih tinggi..
Bangsa yang tak nak orang lain lebih tinggi dari dia, juga sukar nak maju..
Bangsa yang nak duduk sama rendah, bukan saja akan terlalu selesa terduduk,,
bahkan lama lama akan terbaring dan lama lama boleh terlena tanpa disedari..
Tamadun yang stagnant, tak de peningkatan ketinggian budaya,
akan makin lama makin berkarat menunggu masa rapuh dari dalamnya..
Sampai masanya untuk kita berdiri lebih tinggi dari masa ke semasa
Sentiasa berterusan tingkatkan ketinggian
Dan semasa di kedudukan tinggi di atas, perlu untuk menjadikan orang lain tinggi juga,
dan tak semestinya sama tinggi dengan kita, kalau boleh biar mereka lebih tinggi lagi..
Then, kita teruskan proses peninggian itu..learn from each other.
Baru bangsa itu akan semakin tinggi pencapaiannya,
tinggi ilmunya ,
tinggi teknologinya,
tinggi tamadunnya..
Jadi, lihat balik our mindset untuk tahu dimana tahap kebolehan dan ketinggian kita pada masa ini..
Tak perlu untuk sama level dengan orang lain.
Dan perlu progresif untuk terus think and act, how untuk naikkan kita punya ketinggian pencapaian..
tak kira dalam apa juga aspek, merangkumi ilmu, income, dan lainnya..
Dan semasa sedang tinggi, bukan masa untuk 'meninggi diri'..
#####
antara berita terbaru menarik tentang pasaran gold:
http://www.bloomberg.com/news/2014-09-18/china-opens-gold-market-to-foreigners-amid-price-ambition.html
#####
Ada yang bertanya pada saya tentang macamana teknik trading..
tak diceritakan pun dengan detail dalam blog.
For info, yang paling penting dalam trading is our mindset, teknik bukan keutamaan.
itu adalah 'holy grail' sebenar yang ramai orang masih tak jumpa lagi, kerana ia dalam diri seseorang itu, dan kebanyakan orang mencari formula sakti di luar sana..manakan bisa ketemu?.
sebab tu dalam blog saya lebih fokus kepada mindset dan view yang betul, yang perlu di adjust dan dipolish terlebih dahulu....barulah teknik itu boleh dipelajari kemudian..
Salam....
ReplyDeleteSetuju dengan pandangan saudara blogger