Tuesday, 14 October 2014

A bodybuilder..and a trader..




Berapa lama agaknya seorang bodybuilder punyai body yang berketul ketul?
Dan bukan setakat berapa lama..
yang lebih utama...
berapa banyak kesungguhan, disiplin dan komitmen yang sanggup diberikan..

Siapa saja boleh pergi gym ataƫ fitness centre
Bahkan yang berduit boleh bayar kepada personal trainer yang paling mahal.
Kalau mampu, boleh juga hire Mr Universe ke, Mr Asia ke, Arnold SusahnakEja ke.
Maybe boleh ambik kursus intensif ekspress punya, dengan bayaran paling mahal.

Tapi..
Menjadi bodybuilder bukan proses cuma sehari.
Trainer boleh bagi instruction..
boleh bagi tips..
boleh bagi rahsia..
boleh bagi modul intensif..

Tapi, in the end..
Terpulang pada orang yang diajar itu..
Berapa kerap besi diangkat tiap hari..
berapa jam sanggup diluangkan tiap hari..
berapa sanggup dia meneruskan training setelah keletihan
berapa sanggup dia teruskan bila tercedera otot kerana kesilapan teknik
Dan untuk novice bukannya boleh terus angkat besi yang paling berat..
apatah lagi yang tak pernah pun buat workout..

Sesetengah orang salah angap dengan profession trader.
Orang salah anggap, ianya kerja mudah dan ekspress..
dan dianggap boleh berjaya dalam sehari dua..
'bukannya susah pun, cuma klik buy atau sell je..budak bawah umur pun boleh buat'
Ada yang salah anggap merasakan kursus ekspress sehari dengan ribuan ringgit dah cukup..
dan terus berangan..balik rumah terus boleh buat puluhan ribu ringgit sehari..
Kalau umpamanya di gym, dia nak terus angkat barbell yang 100 kilo..
sedangkan sebelum tu, yang 10 kilo pun tak pernah diangkat..

Kalau kat gym..kalau anggota badan cramp atau cedera..
dia akan automatik stop, sebab badan memang dah tak boleh teruskan..

Tapi kalau masa trading..kalau otak dah 'cramp'..atau burnout..
ia tak akan automatik stop (kecuali modal dah habis sebab MC)
otak akan terus berjalan..bezanya, masa tu tenaga emosi akan takeover otak..
Dan, masa tu biasanya bermulanya satu tragedi..

Mesti rajin praktis..
start small, and make it big..
angkat besi yang paling ringan dulu, dan dari masa ke semasa baru tambah..
sampai satu level benda tu dah jadi kebiasaan..dah jadi habit..
baru masa tu tak ada stress..
dan emosi tak akan boleh memasuki diri

4 comments:

  1. As-salam,
    Setiap apa yg kita lakukan perlukan kesabaran, usaha yg gigih dan berterusan. Selebihnya tawakal kepada yg Maha Esa. Setuju dgn Tuan.
    Azrul

    ReplyDelete
  2. Every time I read your blog is really make my day. A very humorous language. Apa2 pun when kita nak lakukan sesuatu kesabaran adalah amat penting untuk menentukan kejayaan especially bila kita buat trading.

    ReplyDelete