
Antara yang menerima kesan kepada kejatuhan harga emas adalah para syarikat pelombong emas.
Bayangkan, anda menjual nasi lemak yang biasanya seringgit.
Harga tersebut sudah termasuk harga kos dan ditambah keuntungan.
Tetapi, bayangkan harga nasi lemak perlu mengikuti harga standard dunia yang telah dtetapkan dan perlu dipatuhi.
Apabila harga semakin turun, dan lebih dahsyat lagi turun di bawah harga kos untuk membuat nasi lemak, mana boleh tahan kan. Tak balik modal, dan memang tak boleh nak bertahan lama, maybe kena tutup kedai, tunggu harga pasaran standard nasi lemak naik balik. Pada masa itu pastinya permintaan tidak dapat dipenuhi, dan pengguna sentiasa mencari, dan sanggup bayar lebih. Dalam kes ini, semua orang nak makan, dan berbeza dengan emas, tiada istilah 'atas kertas' sahaja. Consumer want real things. Prinsip demand vs supply pasaran akan mencari keseimbangannya selepas itu.
Same case dengan syarikat pelombong emas Kos melombong memang tinggi, mesin, jentera dan peralatan bukannya pakai air liur sahaja untuk dijanakan Gaji pekerja yang terdedah dengan berisiko perlu dibayar, dan bukannya murah. Jika syarikat pelombong terpaksa jual emas pada harga murah, mereka akan mengalami kerugian. Tiada siapa ingin rugi. Dan jika perlu mungkin akan menghentikan operasi, yang seterusnya akan mengurangkan penawaran di pasaran. Permintaan dunia yang semakin meningkat tak dapat dipenuhi.
Yang pastinya apabila tiba masaya harga emas akan terus meningkat, kecuali jika orang sanggup 'ditipu' lagi dengan membeli 'emas di atas kertas sahaja'. Tapi, kesedaran dan keterbukaan orang ramai semakin meningkat terutama di zaman online yang banyak membuka minda manusia. Yang tau membezakan yang mana betul, yang mana sekadar lakonan dalam financial market dunia ini. Dan kenaikan harganya, dalam jumlah yang besar terutama untuk jangka panjang.
http://investorplace.com/2013/07/are-gold-miners-a-lost-cause/
TRADING
Alhamdulillah, profit, dan moga berterusan.
Jika anda perasan, menu 'borang penyertaan' saya tak on kan terus sepanjang masa, sebab saya nak lebih fokus pada trading. Jadi pengambilan saya akan buat ikut schedule dan bukannya berterusan.
TRADING
Alhamdulillah, profit, dan moga berterusan.
Jika anda perasan, menu 'borang penyertaan' saya tak on kan terus sepanjang masa, sebab saya nak lebih fokus pada trading. Jadi pengambilan saya akan buat ikut schedule dan bukannya berterusan.
No comments:
Post a Comment