Tuesday, 4 February 2014

Trading is a journey, not a destination.



Sepanjang saya membuat porgram ini, ada beberapa request untuk saya mengajar trading. 
Syabas kerana anda ada keinginan untuk belajar.

Cuma, saya minta maaf sebab saya tidak membuat kelas mengajar trading.
Kerana seperti yang saya maklumkan awal-awal lagi dalam menu 'Tentang Saya', saya bukan kategori trader professional dan belum layak untuk mengajar. 

Cara saya trading pun 'lain macam' tak sama dengan trader lain, bahkan ada yang tak setuju dengan cara ini.

Terus terang saya cakap, kalau anda tanya sebarang soalan pun, tak semua saya boleh jawab. Tak kira lah sama ada berkaitan technical atau fundamental.  Dan saya akan advise anda rujuk kepada mereka yang lebih pakar. Saya akan hanya jawab apa yang saya tahu.

Tetapi apa yang saya boleh berikan di blog ini adalah perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada. Segalanya saya ada share di blog ini. Mungkin penyampaiannya secara  langsung, atau tak langsung, namun ianya menjadi asas penting dalam dunia trading.

Trading tidak perlukan diploma, degree, master, atau phd. Kerana jika ianya semudah itu, sudah ramai orang boleh menajdi jutawan tanpa perlu bersusah payah. Just ambik course di universiti, guna PTPTN, then start make money menghadap PC hari-hari, then bayar balik PTPTN tu full dengan cash.  (Tapi, jika adanya paper qualification, MAYBE ianya boleh menjadi bonus, dan mungkin lebih memudahkan dan mungkin mempercepatkan proses pembelajaran).

Tapi trading tak semudah itu.

Trading is simple, but it is not easy..untuk sesetengah orang.

Contoh paling mudah saya beri, sekadar perbandingan.

Solat subuh berjemaah di surau jauh lebih baik dari solat di rumah di akhir waktu.
Aktivitinya dan prosedurnya sangat mudah. Kaedahnya straight to the point.
Tapi, melaksanakannya secara konsisten dan berterusan, tak semua orang 'sanggup'.


Sebab itu juga, kita seringkali mendengar trader yang boleh membuat profit 100% dalam sebulan, ada yang 100% seminggu, even lebih cepat dari itu. Iya, ianya memang boleh dilakukan, kerana saya juga pernah melaluinya.

Biasanya trader baru yang memperoleh keuntungan tinggi tersebut adalah short term, sebelum ia 'dihilangkan' dengan loss, yang juga boleh dicapai dalam masa singkat, contohnya -100% keseluruhan duit dalam akaun, dalam masa sehari. Masa tu hancur luluh hati yang sebelumnya berbunga, kini kecewa menjadi pengganti.

Memang ada juga trader yang dah sampai level terror sikit dan boleh menguasai disiplin diri, mereka boleh memperoleh keuntungan tinggi secara konsisten, dalam jangka panjang. Dalam trading, everything is possible, sama ada profit 100%, atau loss 100%.

Sebagaimana yang banyak saya ungkapkan tentang berjayanya sesuatu kerjaya trading.
Trading adalah 20% sahaja berkaitan teknik, teknikal dan strategi. (faktor luaran).
Bakinya 80% adalah berkaitan disiplin diri, emosi dan psikologi. (faktor dalaman).

Faktor luaran tersebut nampak complicated dan orang akan sangat fokus kepadanya, mendalaminya setiap indicator, setiap expert advisor, setiap formula. Ada beratus-ratus strategi dan teknik. Dan semuanya bagus dan profitable. Tapi, yang peliknya juga, walaupun ianya sangat banyak, orang tak 'nampak', dan akan bertukar dari satu teknik ke satu teknik lain.

Yang ironinya, faktor dalaman adalah lebih simple. Cuma kuat atau tidak hati itu untuk mematuhi disiplinnya.
Part soal hati, tiada orang lain yang boleh mengubah, kecuali diri sendiri yang mahukannya. Dan part yang ini, orang kurang beri perhatian.

Jadi, my advise, banyakkan membaca buku motivasi, especially self help books yang boleh merubah gaya pemikiran dan cara kita memandang persekitaran dan mempunyai mind set positive dan kaya terlebih dahulu. 'Kayakan' minda dulu kita, sebelum 'kayakan' poket. Ini kerana, banyak sistem di sekeliling kita, sejak kecil lagi yang 'menjuruskan' minda kita untuk jadi 'tak kaya', sekadar cukup-cukup je. Iyalah, kalau semua orang kaya, integriti kita tak boleh dibeli, maruah kita tak boleh dibeli, undi kita pun tak boleh dibeli. Jadi, adalah lebih mudah 'merantai' umat manusia menjadi hamba dengan 'ketidakkayaan'. Rantai yang lebih kuat dan susah nak diputuskan, compare dari rantai besi hamba di zaman firaun.

Trading is a journey.
Yang silapnya, kebanyakan orang lebih fokus kepada destinasi.

Focus on the journey, dan setiap destinasi yang dicapai, akan sekadar menjadi persinggahan untuk meneruskan journey ke level lebih jauh.

Tetapi, jika fokusnya kepada destinasi, tiada kemanisan dalam merasai journey, dan lebih mudah untuk tersungkur dalam perjalanan itu.

Another comparison.
Solat, ibadah, dan apa jua yang kita buat hari-hari, NIAT nya adalah lillahitaala.
Bukan niat kerana pahala. Bukan kerana syurga.
Tak pernah kita jumpa, 'sahaja aku solat.........kerana nak dapat pahala banyak'.
Semuanya lillahitaala.
Kita serahkan kepada Dia. 
Kerana Dia.

Begitu juga trade, bekerja, berniaga, atau apa saja.
Kalau niat utamanya  untuk $$$, kekayaan itu akan makin jauh, apatah lagi keberkatan.

Sekadar perkongsian dari saya yang masih belajar dan dalam proses memperbaiki diri. I admit, part solat jemaah tu pun, saya belum betul-betul konsisten. Anyway, sama-sama kita semua menjadi lebih baik dari hari ke hari, kerana kita manusia yang ada kekurangan, tapi kita disuruh untuk sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki diri.


TRADING
Alhamdulillah profit

2 comments:

  1. bagi saya yang selalu membaca blog tuan dan salah seorang yang join tuan...nie yang paling bermakna...dan saya tertarik dengan ayat :-

    "Focus on the journey, dan setiap destinasi yang dicapai, akan sekadar menjadi persinggahan untuk meneruskan journey ke level lebih jauh.

    Tetapi, jika fokusnya kepada destinasi, tiada kemanisan dalam merasai journey, dan lebih mudah untuk tersangkut dalam perjalanan itu."

    penuh makna

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana terus mengikuti blog ini..

    ReplyDelete