Wednesday, 8 January 2014

Working hour & Solat hour


foto: http://adib.typepad.com/blog/2009/11/off-to-solat.html


-sorry, lewat update blog minggu ni..-

Kali ni nak cerita sikit tentang waktu solat semasa bekerja (untuk yang makan gaji).

Sebagaimana semua tahu, semasa seseorang staf itu sign appointment letter, dah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, working hour dari pukul berapa sampai pukul berapa. Dan waktu lunch/rest pukul berapa.

Tapi jika kita lihat sekarang ni, ada masanya rules itu tidak dipatuhi. Waktu lunch hour, diguna untuk makan, minum, berborak, smoking, or shopping. Then lepas habis lunch hour baru masuk kerja (ada yang siap ada masa tambahan lagi, masuk ofis lewat). Sambung kerja, sambil layan FB, etc... Then, lepas tu baru nak pergi solat.

For me, waktu solat boleh dilakukan semasa lunch hour tadi. Dan bukankah lagi afdhal solat di awal waktu. Terutama mereka yang bekerja di syarikat korporat yang punyai working culture yang berbeza, tak seperti agensi lain yang ada waktu untuk minum pagi, minum petang, etc...So, jika dah join company tersebut, perlu adapt dan mematuhi peraturannya.

Sebelum ni (suatu ketika dulu) saya bekerja di beberapa buah bank, local and foreign bank. Dan majoriti boss-boss saya adalah non Muslim. Kebanyakannya chinese. So far semasa saya bekerja dulu, alhamdulillah tidak pernah timbul isu dengan bos-bos saya tentang waktu solat, tidak kira solat fardhu biasa atau solat Jumaat. Saya akui, ada ada beberapa staf Melayu lain yang menyalahgunakan keutamaan solat hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan bangsa lain yang non muslim. Kadang susah jugak saya nak tegur dan nasihat kawan-kawan saya tu.. Ada tu yang ambik masa sampai hampir setengah jam untuk Zohor, dan setengah jam lagi untuk Asar. Itu belum waktu solat Jumaat, lagi panjang masanya. Ada sorang kawan saya tu tiap kali solat Jumaat mesti masuk lewat antara setengah jam hingga sejam. Sampaikan ada satu hari tu boss yang panggil saya ke dalam dalam bilik, sebab nak tanya beberapa perkara tentang solat..bila masuk waktu, berapa lama, dan few things tentang Islam yang saya akui kebanyakan disalahfaham, berpunca dari orang islam itu sendiri. Hingga ia memberikan wrong impression pada mereka.

Selalunya saya akan solat Zuhur pada lunch hour.
Untuk waktu Asar pula saya dah awal-awal inform boss saya untuk keluar. Dan saya akan gantikan waktu tersebut dengan balik lewat maybe dalam 15 min to setengah jam biasanya. Dan sudah menjadi kebiasaan untuk balik jam 9 atau 10 malam, even hingga 12 tengah malam, bukan sesuatu yang luarbiasa waktu itu. Dan saya akui, saya bukan bagus sangat, bukan selalu solat di awal waktu, kadang habis working hour baru solat Asar.

Islam itu mengutamakan kejujuran. Kejujuran termasuk dalam waktu kerja dan solat. Juga kebersihan dalam rezeki kita. Andai 10 minit kita 'mengular' akan ditanya kelak. Kerana rezeki itu boleh jadi haram. Apatah lagi aktiviti 'mengular' tersebut di cover beri alasan untuk solat, seolah-olah memberi kuasa veto dan tidak boleh dipersoalkan oleh orang. Benda ni yang kebanyakan orang terlepas pandang atau pandang ringan. Kalau rasuah, pecah amanah, mencuri tu orang dah lama faham. Tapi part mencari rezeki haram dengan cara tak nampak ni, yang orang tak kisah. Sebab tu rezeki boleh hilang keberkatannya dan gaji tak pernah cukup walau kerja berpuluh tahun.

Apatah lagi jika yang mempersoal penyalahgunaan waktu solat tersebut adalah non Muslim, terus melenting. Sedangkan adalah perlu untuk mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Agar Islam itu dipandang mulia oleh bangsa lain juga.


Apapun hidup ini sentiasa ada pilihan. 
Sama ada pilihan hidup yang dikawal oleh orang lain, atau hidup yang diatur oleh diri sendiri.
Income yang ditentukan oleh orang lain, atau income yang ditentukan oleh diri sendiri.

Apapun, sekarang saya lebih prefer menceburi bidang business. 
We can make our own rules.

selain dapat mengelakkan diri dari sumber yang 'diragui', juga menjauhkan diri dari 'industri riba'....

****
Some sharing dari Dr Danial Zainal Abidin & Ustaz Azhar Idrus:





TRADING
Still positive. Alhamdulillah.

some interesting story to share:




1 comment:

  1. so true. menyedarkan. thanks atas post yg memberi peringatan.

    ReplyDelete