Monday, 20 January 2014

Respect is EARNED, not given!




Beberapa hari lepas, lelaki yang mengaku Sultan Melaka dah kena tangkap.
Tak kisahlah, sama ada memang iya, dia ada keturunan dengan Sultan Melaka atau tidak.
Sepatutnya, perlu untuk dia 'memahami' maksud dan tanggungjawab seorang raja dahulu. 

Tak perlu menjadi raja untuk membangunkan negeri dan membela agama.
Tak perlu sebarang jawatan untuk menolong seramai mungkin rakyat dan manusia.
Tak perlu memanggil seramai mungkin orang untuk mengiktiraf diri dan mengagung-agungkan diri.

Setiap diri kita, dilahirkan untuk MENJADI KHALIFAH. 
Dan kita semua punyai potensi itu, terpulang pada kita sama ada nak hidup sebagai khalifah, 
or just hidup biasa-biasa, 
or just robot yang telah diprogramkan to obey the obselete system.

Kan lebih bagus kalau rajin berusaha. 
Usahakan (beramal) mencari rezeki yang halal.
Gandakan usaha dan ilmu untuk capai sebanyak mungkin kekayaan.
Jadi kaya, berjaya, dan beriman... 
Contohnya, punyai net worth few billion ringgit.. Dont say impossible, kerana Dia Maha Kaya.
(tapi jangan simpan dalam bank la, sebab orang yang betul-betul kaya tak simpan duit di bank).
Then, bantu sebanyak mungkin manusia, tak terhad kepada sesuatu 'negeri jajahan takluk' sahaja.
Bantu semua orang, tanpa mengira bangsa, agama, negara, atau tanah jajahan.

Masa tu tak perlu rasanya nak declare diri raja. 
Tak perlu nak 'tuntut hak'.
Tak perlu nak menceroboh negeri orang dan kononnya nak tuntut balik sejarah lama.

Kerana yang penting adalah pandangan dan penilaian dari tuhan.
Bukannya sanjungan dari manusia.

Berapa banyak yang kita boleh 'beri' kepada orang lain.
Bukannya berapa banyak yang kita boleh 'mintak' dari orang lain.

Semua manusia sama di sisi tuhan. 
Yang membezakan hanya IMAN dan AMALANNYA.
Bukan pangkat, jawatan, menteri, raja, sultan, dato, datin...etc...

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



TRADING
Alhamdulillah, banyak atau sikit, teruskan bersyukur.
Terus dan terus positive!

No comments:

Post a Comment