Tuesday, 4 March 2014

Lets write



Salah satu benda yang saya agak sukar nak praktis masa mula mula dulu adalah menulis matlamat, perancangan, dan apa yang kita nak. Bila masa pergi ke kursus motivasi pun, salah satu benda yang di suggest adalah untuk menulis kita punya malamat. So, nak tak nak kena tulis jugaklah.

Benda ni simple je. Sangat simple, dan kadangkala  kerana kesimpleannya, ia dianggap remeh dan tak perlu.
Tapi saya silap.

Benda ni sangat penting.
Menulis sangat penting.

Dalam trading, ada pelbagai strategi dan teknik. Walau teknik yang saya gunakan sangat simple dan tak komplikated, ianya perlu juga ditulis. Saya perlu menulis strategi dan teknik trading saya di atas kertas, dan membaca dan memahaminya tiap hari. Apabila benda itu ditulis, ia dah terzahir di satu medium, yang menjadi perlembagaan dan peraturan yang perlu kita ikuti. Tak kisahlah sesimple mana ianya. Sebab jika tidak ditulis, kita akan cenderung untuk merubah dasar yang ada pada bila-bila masa. Di situ bahanyanya, di mana lama lama ia akan tergelincir dari landasan asal matlamat dan strategi yang ingin dicapai, sedikit demi sedikit, tanpa disedari. Dengan ditulis, kita akan membacanya hari hari, dan ia akan melekat di kepala otak kita.

Menulis perancangan dan strategi ini juga applied kepada bidang lain juga dalam kehidupan. Tak kira sama ada student, pemimpin, berbisnes atau makan gaji.  Tak kira siapa kita, apa yang kita buat. Ianya sangat penting.

Saya juga terfikir.
Sedangkan Allah pun menulis segala detail lengkap takdir alam ini di Luh Mahfuz, sebelum kita lahir lagi di duñia ini. Kenapa kita yang jauh terlalu kecil darinya tidak applied benda yang sama. Sure Dia boleh mencipta dan mengatur alam ini tanpa menulisnya, kerana Dia Maha Berkuasa. Tetapi ada rahsia sangat besar yang Dia mahu kita semua fikirkan.  Di dalam Quran sendiri ada surah Al Qalam, menunjukkan betapa besarnya power aktiviti menulis itu sendiri. Dengan penulisan ia boleh mengatur hidup ini, menjadi panduan kepada para pengimpi matlamat, menjadi pedoman kepada seluruh umat rakyat. Dengan penulisan ianya boleh memusnahkan sebuah negara. Dengan penulisan juga ianya boleh membina dan membangun sebuah empayar bangsa.

Lets start writing.
Write good things.




Trading
Alhamdulillah. Walau minggu lepas harga emas ada buat junaman sikit, always be careful. Jangan bermain ditepi pantai ketika nak ada ombak besar, apatah lagi semasa musim bergelora. Sedangkan tsunami pun boleh datang dengan tiba-tiba, jadi perlu alert setiap masa. Sentiasa, ikuti ramalan cuaca.

Juga satu link yang amat menarik untuk dibaca. Apa yang actuallly happen dalam market.. Apapun, seperti biasa, 'ikan ikan besar' akan terus menafikannya... Cuma mereka belum sedar lagi kot, zaman ni bukan zaman milik 'si ikan besar lagi'..

http://www.bloomberg.com/news/2014-02-28/gold-fix-study-shows-signs-of-decade-of-bank-manipulation.html














No comments:

Post a Comment