Monday, 5 May 2014

Discipline through fasting


Bagaimana nak jadi trader yang betul-betul berdisiplin?
Antara soalan yang diterima. 
Tak pasti sama ada saya pernah menjawab persoalan ini sebelumnya. 
Apapun, just coretan saya sebagai perkongsian.

Disiplin tersangat super penting. 
Bukan saja dalam trading. Malah semua bidang. Tak kira bisnes atau bekerja dengan orang lain, student, housewife, atau siapa saja. Even seorang penganggur pun perlu berdisiplin untuk terus meningkatkan taraf hidupnya menjadi lebih baik.

Salah satunya, kaedah yang terbaik untuk disiplinkan diri, yang dah diajar sejak sekian lama, adalah dengan berpuasa.
Puasa melatih disiplin kita dengan  Tuhan.
Nak berpuasa tak perlu  tunggu bulan puasa, sebaliknya sepanjang tahun boleh dibuat. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis antaranya.

Actually berpuasa pada bulan biasa lagi kurang cabarannya sebenarnya. Sebab, tiada longgokan makanan di bazaar ramadhan yang boleh menggiurkan. Tiada dikelilingi oleh mereka yang tiba tiba  mood lemah longlai produktivitinya, sedikit sebanyak boleh berjangkit aura kurang bermaya tersebut, walau pada hal hanya kerja di dalam aircond di kerusi empuk, bukannya berpeluh membanting tulang di bawah terik mentari seperti orang lain. Saya sendiri kurang setuju dengan budaya kita yang membenarkan balik kerja awal di bulan itu. Menggambarkan seolah puasa, selain salah tanggapan sebagai bulan berpesta makanan, ianya juga bulan menurunkan produktiviti, pada tanggapan mereka yang non muslim especially, kerana mungkin mereka tidak mendapat mesej yang sebenarnya tentang puasa. Jika sedemikian,  bagaimana keindahan islam itu dapat digambarkan dalam bentuk sebenarnya yang terindah? Keindahan itu terlindung, kerana terlalu bayak disaluti dengan misunderstanding dan misconception oleh muslim itu sendiri.

Semasa berpuasa;
kita ada duit, dan boleh beli makanan untuk dimakan pada masa itu, yang sedang lapar dan dahaga. 
Tapi kita tak beli.
Begitu juga dalam tading; 
kita boleh ubah lot jadi besar dari 1 kepada 10 contohnya, untuk dapat wang besar sekelip mata.
Tapi kita tak ubah...kerana modal yang belum cukup besar, untuk cover jika anything happen.

Kita boleh makan menyorok, dan bagitau orang lain yang kita puasa. 
Tapi kita tak boleh menyorok dari tuhan, atau pun cuba nak pura pura puasa depan Dia. 

Begitu juga konsepnya kita yang tak boleh menipu diri sendiri. 
Respect diri kita sendiri terlebih dulu. 
Its about internal strength. Dan ianya sangat sangat penting dalam trading, juga  dalam hidup.

Puasa akan menajamkan fikiran. Pembuatan keputusan yang tepat. 
Sesekali pemikiran akan cuba mempengaruhi kita, tapi dengan self discipline, kita akan take in charge dan mengawal pemikiran kita. 
Tak perlu emosional. 
Tak perlu rasional.
Hanya fokus.

Trader boleh mengawal emosi, ataupun emosi yang mengawal dirinya.  
Dalam trading, trader punya pilihan untuk follow strategi yang telah dirangka. 
Atau tiba tiba mengubah teknik hanya kerana nak 'cuba nasib'. 
Tak ada istilah cuba nasib dalam trading.
Nak cuba nasib hanya di kedai yang menjual cebisan kertas untuk ditulis nombor di atasnya.

Dalam trading, yang penting apa yang perlu dibuat pada saat itu. 
Keputusan sama ada buy, sell, or do nothing. Nampak simple, tapi biasanya trader akan dipengaruhi hormon terlebih  aktif bergejolak dalam jiwa, apatah lagi cuba mengangankan $$$ yang besar dan banyak yang bakal diperoleh jika membuat keputusan drastik dan terus klik pada masa itu. 

Trading tidak boleh melihat ke depan. 
Trading juga tidak boleh melihat ke belakang. 
Trading perlu BERADA & SEDAR DI DALAM SAAT ITU.


No comments:

Post a Comment