
Zaman sekarang ni macam macam jenis program buat duit yang muncul. Ada yang betul, ada yang kurang betul, ada yang separuh betul, ada yang langsung tak betul. Jadi, apabila ada yang menanya saya soalan sama ada program itu scam atau tidak, ianya sukar nak saya jawab dengan jawapan objektif.
Saya akui juga program zaman ni lebih kompleks berbanding 10 or 20 tahun dulu. Walaupun ianya berpotensi untuk scam atau merugikan, ada yang berjalan atas nama syarikat. Ada yang berdaftar. Ada yang libatkan VIP. Ada yang libatkan artis. Ada yang libatkan ustaz. Ada yang keluarkan kad debitcard. Ada yang betul betul ada pejabat syarikat. Ada yang ada lesen. Ada yang libatkan orang politik. Dan banyak lagi point besar yang akan mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai dengan program itu.
Apatah lagi, program zaman ini, kebanyakannya bertahan lama dan jangka hayat lebih panjang sampai beberapa tahun. Bukan sekadar fly by night, bukan sebulan dua.
Apapun, saya akan share satu tips yang boleh menggambarkan sesuatu program itu yang berpotensi untuk bertahan atau tak, scam atau tak, walau ianya berjangka panjang. Tak kira ianya pogram pelaburan, MLM, perniagaan, atau program buat duit lain. Saya akui, ada program yang bukan scam, program yang jujur, tapi jika caranya tak kena, sukar nak bertahan lama.
Caranya dengan tengok niat dan matlamat diaorang.
Kat website diorang.. Ada tak gambar orang pegang duit banyak siap boleh buat kipas lagi.? Ada gambar orang bergambar depan kereta mewah dengan tersenyum lebar hidung kembang kempis?. Ada orang bergambar depan gambar rumah besar? Ada gambar kapal layar? . Jika sesuatu perniagaan atau pelaburan berfokus kepada kekayaan material semata, ianya tak kekal lama. Apatah lagi kekayaan yang ditunjuk banggakan. Matlamat tu dah lari. Jadi jika terjumpa program sedemikian, elok cari alternatif lain.
Matlamat bisnes or pelaburan adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain. Fokus kepada orang lain, dalam menyelesaikan masalah. Jangan keliru dengan matlamat dan tujuan bisnes dan pelaburan. Jangan fokus kepada kepentingan sendiri. Jangan fokus kepada wang semata.
Ada yang tak pernah kisah dengan duit yang diperoleh dari downline yang mengikat perut, dan sentiasa memberi harapan kepada downline agar terus bekerja keras bagi memastikan program itu terus hidup dan upline terus banyak duit.. Jika ada produk pun, kadang kos dan nilainya cuma berapa ringgit je, tapi ia di jual dengan mark up melampau harga ratusan ringgit, untuk memastikan untung besar boleh dibahagi bahagikan dengan syarikat dan upline upline yang ada. Produk cuma buat syarat je untuk dapatkan lesen, dan fokus utama adalah aliran wang masuk. Memang orang yang berusaha dan tak duduk diam akan dapat hasilnya. Perompak yang bijak, tekun, berani dan berusaha gigih pun boleh berjaya dan kaya raya dengan mengambil hak orang lain, walau caranya dengan cara yang kasar dan straight to the point, tak payah pakai tie dan guna ayat manis berbelit. At least perompak tu taklah tamak sangat, untung satu level jer, tak berterusan kaut untung sampai bertingkat tingkat lapisan downline.
Memang boleh dapat kekayaan jangka pendek dengan matlamat material sedemikian, tapi ianya tak kekal lama (termasuk si perompak tu). Sebab tak berkat. Hidup pun tak bahagia walau punya segala, dan pada bila bila masa ia boleh back to zero atau lagi dahsyat jadi negative hidupnya.
Memang saya sendiri sebagai manusia biasa, kadang nak tergelincir juga, tapi kita perlu sentiasa cuba sedaya upaya untuk cepat cepat sedar dan fokus semula on the track. Kita manusia biasa, memang godaannya sangat menarik, dan mudah untuk hilang fokus jika tak alert.
Kekayaan, tak kira wang atau material lain akan datang sendirinya dengan automatik, sekiranya ia tidak dijadikan fokus dan matlamat utama.
Kadang, yang datang tu jauh lebih besar dan lebih baik dari jangkaan pemikiran kita.
Kerana kekayaan yang dikurniakan adalah jauh lebih best, daripada kekayaan yang dikejar, dicari dan dikumpul.
Terima kasih atas maklumat yg sngt2 berguna ini..wlupun sederhana tetapi sngt mendalam maksud utk pembaca..sy sngt2 meminati hasil penulisan tuan blog..setiap update penuh dgn pengisian yg berguna..di harap jika ada peluang lg dpt peluang utk melabur bersama2 tuan..sebagai pembaca setia blog tuan kepercayaan terhadap tuan tdk perlu diragui lg..
ReplyDeleteTerima kasih farah kerana menjadi pembaca setia blog ini. Setiap penulisan, just my personal opinion, mana yang baik boleh diambil, dan jika ada kekurangan ia terbuka untuk teguran.
DeleteTerbaik Tuan Admin.
ReplyDelete